Semalam aku mengambil keputusan untuk 'memandikan' bapa.
Telah berminggu-minggu - mandi bagi bapa cumalah badannya dilap dengan air sabun dan dibilas dengan air suam...
Jadinya semalam, setelah memastikan bapa dalam keadaan selesa - tidak merasa sakit belakang bila diangkat.. aku dengan dibantu suami dan anak-anak, mengangkat bapa ke bilik air, letak diatas kerusi malas, dan mandikan bapa...
Bapa nyata merasa gembira kerana dapat mandi dengan puas - bersabun dan menjirus air ke seluruh badan...
Walaupun bahagian belakang badan telah kurang sakitnya, tapi bapa mengadu sakit dada pula... Tambahan, semalam berkali-kali bapa diangkat... Aku sengaja berbuat begitu supaya bapa tak hanya terlantar di atas katil. Dari katil aku dengan dibantu anak2ku, mengangkat bapa ke kerusi malas, supaya bahagian kepala bapa lebih tinggi dari badan. 2-3 jam di kerusi malas, kami angkat semula bapa ke katil...
Yang sedihnya, semasa bapa diangkat untuk dihantar ke rumah adik.. masukkan dalam kereta dan diangkat menaiki tangga di rumah adik (rumah adik 3 tingkat). Bapa mengaduh kuat sebaik saja diletakkan di atas katil kerana sakit dada.... Walaupun kami tak merasakan kesakitan bapa.. tapi kami tahu bapa memang sakit.... Yang termampu kulakukan cuma menyapu minyak ke dada bapa sambil berselawat... Mudah2an ringan kesakitan yang bapa tanggung...
Untung punya anak dan menantu yg mengambil berat ttg bapa. Sy berdoa agar anak2 sy spt kakcik juga, menjaga bapa dgn baik.
BalasPadamSemoga tabah menghadapi dugaan ini.
InsyaAllah.. mudah2an begitulah hendaknya...
BalasPadamAminnnnn..
Dulu saya pernah merasakan macam bapa kakseroja. Saya kena tunggu adik-beradik angkat ke bilik air untuk mandi. Dalam keadaan begitu perlu jagaan yang lebih teliti supaya tak kena bedsore, sy doakan kesejahteraan kakseroja sekuluarga, semoga sentiasa dalam kesabaran..
BalasPadam