Klik klik

Isnin, Mac 22, 2010

Pembaziran terancang???

Untuk menaip catatan ini, aku telah berfikir ratusan kali. Aku tak mahu apa yang aku paparkan disalah erti. Tak mahu dikatakan mengada-ngada atau terlalu meminta-minta. Tak mahu juga dikatakan sombong, tidak memahami, tidak mengenang budi atau sebagainya. Walau apapun, ini hanyalah catatan pengalamanku. Itu adalah fakta (pinjam perkataan yang selalu digunakan oleh Sdr Mazidul).

8 hari 7 malam aku di hospital. Aku mengharapkan sakit yang kuderitai akan segera sembuh dengan izinNya. (Saat ini, aku masih lagi mengalami kebas kaki kiri - dulu kanan - yang kadangkala membuatkan aku amat sukar untuk melelapkan mata).

Apa yang ingin aku sentuh adalah berkenaan penyediakan hidangan makanan kepada pesakit. Ampunkan aku Ya Allah, seandainya aku ini termasuk dalam golongan yang tidak tahu bersyukur. Tapi, bagaimana tekakku boleh menelan makanan yang disediakan bilamana dibuka sahaja penutup hidangan, yang terlebih dahulu keluar adalah bau yang amat hanyir. Ikannya pula 'keras berdentung'. Sayur pula 'dicincang semahunya'. Usah cerita bab rasa.. mungkin memang sesuai untuk para pesakit yang perlu dikurangkan segala rasa - yang ada hanya rasa tawar! Sesekali dihidangkan ayam - kalau besar potongannya, bermakna lebih tulang dari isi. Kalau diberi isi, hanya 3 ketul sebesar ibu jari kaki.

Selang 2 hari, aku akan menerima hidangan yang sama - ikan keras yang berbau hanyir. Aku tak berani hendak menuduh walaupun hatiku berdetik juga.....

Bila aku fikirkan semula, berapa banyak agaknya makanan yang terbuang begitu sahaja? Tidakkah itu membazir namanya? Kalau dibuang, ke mana agaknya? Alangkah lebih baik kalau hanya dihidangkan nasi panas bersama telur mata kerbau yang ditabur dengan bawang dan cili goreng bersama semangkuk sayur yang 'ada rasa bukan rasa tawar'. Tapi... akan ada juga rungutan dan sungutan, kalau itu yang dihidangkan. Bagaimana agaknya pihak yang diberikan tanggungjawab menyediakan hidangan itu membersihkan ikan dan segala masakan? Mengapa terlalu hanyir? Mengapa sayurnya dicincang bagai hendak memberi makan kepada ternakan? Kurang kakitangan? Kurang modal? Atau apa? Atau apa?

Paling penting yang hendakku tekankan.... SAMPAI BILA HARUS BERLAKU PEMBAZIRAN????

(Sempat juga aku berfikir.. ke mana agaknya para jururawat yang lebih berusia, ya? Sepanjang aku menerima rawatan, kebanyakannya hanya jururawat yang berusia di bawah 30 tahun yang kutemui - termasuk para pelatih yang datang dari pelbagai kolej yang seusia anakku)

20 ulasan:

  1. Vic terfikir, kementerian kesihatan ada memantau ke apa jenis makanan yang diberikan kepada pesakit di hospital kerajaan ni? Bukankah seorang peskait memerlukan makanan yang berzat untuk "membaiki" tisu2 yang rosak dan membekalkan nutrien penting pada pesakit. Saya rasa semasa catering menyediakan makanan, mereka hanya fikir nak bagi makan kepada warga Indonesia je ke? Atau mereka sekadar mengaut keuntungan tanpa memikirkan kebajikan pesakit?

    BalasPadam
  2. kalau di swasata Operasi Mangernya di mana??

    adakah Penyelia sedar perkara ini??

    Tender itu siapa yang memantau??

    salah letak telinga atau salah letak MATA?(terlepas pandang).

    BalasPadam
  3. Mungkin dilihat masalah kecil atau remeh bagi mereka, tetapi begitu besar maknanya bagi kita... kan?

    Semoga Kak CIK segera sembuh...

    BalasPadam
  4. Salam Vic..

    itulah juga yang kakcik fikirkan. Kepada siapa seharusnya kita mengadu perkara sebegini? Kepada KKM? Pengurusan Hospital? Atau siapa? :(

    BalasPadam
  5. Salam Zeq..

    terlalu banyak perkara yang 'terlepas dari pandangan'.. lalu, apakah perlu menunggu sehingga ada yang mati keracunan.. huhuhu...

    BalasPadam
  6. Salam Azie..

    hari ini tak bertugas di Pesta Buku? Ada novel terbaru dari RAM tak? (teringinnya nak pergi.. tapi, laratkah kaki ini hendak melangkah sedangkan semalam, hampir saja tumbang di Tesco..huhuhu..)

    BalasPadam
  7. Salam KakCik.. diharap KakCik beransur sembuh kembali sihat walafiat seperti biasa.

    Betul tu KakCik.. selama nih takde sorang pun membangkitkan tentang pembaziran yg berlaku dihospital. Hmmm.. Sdr Mazidul pasti dapat mengexposekan situasi tersebut.

    BalasPadam
  8. Salam... bagus kalau ada yang mengadu akan hal ini supaya diberi perhatian oleh pihak berkuasa...

    * mintalah sdr mazudil kita jadikan 'isu' dalam rancangannya ;)

    BalasPadam
  9. Salam Kak Cik,
    Dah selalu sangat sy dengar org adu tentang perkara ni tapi pihak berkuasa macam tak endah je. Bila lapur ke pihak media barulah masing2 macam berlakon2 buat kerja, sakit hati je nengok

    BalasPadam
  10. Salam CS..

    kakcik ada terfikir nak minta Mazidul saja yang bangkitkan hal ini.. tapi.. mesti dengan fakta yang lengkap kan?

    (tadi kakcik masuk rumah CS - baca tentang apek x, Ah Long, Ah Ling..) :)

    BalasPadam
  11. Salam Umi_e..

    harap-harap kalau Sdr. Mazidul baca catatan kakcik ini.. beliau akan 'terfikirkan sesuatu'..

    BalasPadam
  12. Salam Aidah..

    hmmmm.. itu pun satu hal.. berlakon... padahal selepas itu walhasil balik asal.. :(

    BalasPadam
  13. Salam Kak Chik ...

    duluuuuu mak warded kat PutraJaya Hosp. Makanannya sedapppp. Tapi itu dulu masa zaman zaman awal pembukaannya ...


    Sekarang , tak tau la pulak macam mana

    BalasPadam
  14. Salam pB..

    mungkin orang yang dapat kontrak menyediakan makanan di situ, orang yang ada rasa tanggungjawab dan amanah dengan tugas yang digalas. Syukurlah.

    BalasPadam
  15. mmg x sdp mknan spital huhuu.. kalo sy sruh adik beli luar

    BalasPadam
  16. Salam Maiyah...

    kebetulan kakcik hilang selera makan selepas pembedahan.. jadi, bangcik memang kakcik bagi duit untuk beli makanan di luar.

    BalasPadam
  17. IM sudah 2 kali masuk hospital. Seronok juga masuk wad. Apa saja makanan yang di hidangkan, tak pernah berbaki.

    IM dapat rihatkan minda.

    BalasPadam
  18. Salam IM...

    mungkin katerer yang menyediakan makanan di hospital di mana IM dimasukkan itu orang yang memang bertanggungjawab terhadap rezeki yang diterimanya. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  19. salam kakcik..lama chik na tak singgah..semoga kakcik cepat sembuh..

    hmm... memang satu pembaziran kan.. mesti mostly pesakit lain pun tak lalu makan jugak.Patutnya sebagai penyedia makanan, kena la buat dengan ikhlas..kalau tak buat betul betul nanti org marah dan rezeki yang dapat jadi tak berkat..

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum Kak Cik,

    Saya bacapun dah naik kembang tekak...
    Udahlah badan sakit, tekak kita pun jatuh sakit kat hospital ye...

    Betul tu, kalu ramai yg x lalu makan, banyak yg terbuang - membazir! Komplen Kak Cik, jgn x komplen...

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...