Klik klik

Khamis, Februari 25, 2010

Sepetang yang melelahkan..

pstttt.. mummy.. tolong iklan ni.. boleh dapat makan free ke?? (gambar dr rumah pakcik google)

Dalam keadaan cuaca yang panas, kesihatan yang tidak begitu baik. ES jemput di pejabat hampir 6.30 petang. Jemput pula rakan ES di Cititel Mid Valley. Bawa ke Jalan TAR. Maghrib di surau Jakel. Hantar semula rakan ES ke Cititel. Sampai rumah hampir 9.30 malam. Tak larat lagi nak main masak-masak. Makan di Moon's Kitchen - western food. Tapi, ES dan Adik memang tekak Melayu - makan nasi dengan lauk pauk serta ulam dan sambal belacan.

Balik ke rumah - tidur. Bangun pukul 4.00 pagi untuk lipat dan gosok pakaian. Masak lebih kurang...

Ya Allah, aku bersyukur dengan rezekiMu. Aku sentiasa yakin dengan janjiMu. Along dah mula mengajar semula di Sekolah Rendah Agama. Tugasnya sebagai Imam Masjid juga tetap berjalan di samping memberi ceramah mengikut kemampuannya. Aku tak pasti sama ada dia mampu untuk meneruskan tugas mengajar mengaji di rumah orang. Berikanlah anak-anakku rahmat dan limpah kurniaMu, Ya Allah. Amin

nota jari : tak jadi bercuti hari ini kerana ES ada urusan yang perlu diselesaikan sebelum menyambung tugasan di Sarawak minggu depan..

37 ulasan:

  1. salam Kakcik..
    heheee....Alhamdulillah....
    sebgai hamba kita jgn pernah berhenti berharap kakcik..
    spt mana yg kita tau masih ramai yg lebih kurang bernasib baik dr kita di luar sana, wlp kita mungkin sekadar yg ada, syukuri nikmat Tuhan....take care, luv u QJ.

    BalasPadam
  2. Salam QJ..

    (tepuk tepuk tepuk).. lajunya you pagi ni... baru lepas berdoa selepas solat, ya? :)

    betul tu.. terlalu banyak nikmat kurniaanNya.. cuma adakala kita terlalu leka untuk menyatakan syukur.. luv u too.. :)

    BalasPadam
  3. alamak..ingat kena belumba dgn akak je.....(sambil berlari setempat dgn lebih laju). Kalo macam ni kena bangun pukoi 4.30 le. Kakcik pukul 4.00 dah bangun semata2 nak lipat kain dgn masak? Hmmmm...mesti rumah kakcik ni sentiasa terurus kalo gitu gaya. Alhamdulillah, sejuk hati saya baca tentang abang Long. Semoga dia terus berjaya. Kakcik, tak payah cuti la kakcikkkkkk.....hehehe

    BalasPadam
  4. Salam kakcik.Memang letih.Sabarlah.

    BalasPadam
  5. Salam Fa..

    Rumah terurus?? huhuhu.. moh le singgah kat ghomah teman.. mike tau le mana gayenya ...hehehe.. :)

    Kalo kakcik tak sempat buat kerja lipat dan gosok pakaian tu sebelum tidur, memang kakcik akan bangun awal untuk buat.. tak mahu tunggu (sesekali tangguh juga) sebab nanti berganda nak dibuat. Masak tu, ala kadar je.. janji ada makanan untuk bangcik dan adik..

    Cuti dah lulus.. tiket pun dah beli.. tak boleh la batalkan.. :)

    BalasPadam
  6. Salam Abu Muaz...

    sesungguhnya sabar itu sebahagian dari iman, betul tak? :)

    BalasPadam
  7. Fa..

    terlepas pulak bab berlari setempat tu...

    kalau dah setempat tu, laju macam mana pun, tak akan sampai punya... ;-)

    terima kasih juga atas doa Fa untuk Along.

    BalasPadam
  8. hehehe...berlari setempat tu bukan nak sampai ke mana kakcik, nak dapatkan stamina betul2 ni...maklum le, nak lawan deme2 yang laju benor tuu...(ehem..kakcik, ada satu cara lagi la...tak payah susah2...sonang jo!) apa kata, kakcik sms fa bila nak buat posting yang baru!! hehehehee......

    BalasPadam
  9. sy lak tekak x koman ngeee.. asal bleh msuk.. tp itu dulu skang dah koman dah balik apa punya ayat le.. mkn sekali je sehari tapi bdn cam ikan buntal gak huhuu

    BalasPadam
  10. Kakcik,
    Ehem..ehem...ehem...
    (Tak boleh nak nyanyi nombor satu kat sini...)
    QJ,
    Awatnya awai sangat?... i tak bangun lagi tau... i tidor lagi masa u datang sini...
    Fa,
    U ingat akak sorang yg berebut tempat pertama.... nengok kat atas tu.... orang tu lagi laju... pakailah livina ke... kasut reebok ker.. kalau dah tak ada rezeki nombor satu, takdalah jawapnya... ngeh..ngeh..ngeh...

    BalasPadam
  11. kakcik,
    kalau kakcik bagi hint macam tu kat fa... foul... tak kira... tak chi... tak boleh diterima...
    QJ,
    ada orang main tipu....

    BalasPadam
  12. Fa..

    nak kakcik sms lepas buat catatan? boleh.. boleh.. nanti kakcik sms kat Dik Mah sekali :)

    QJ tu, kakcik tak ada nombor dia.. CS pun tak ada nampak kelibatnya ni...

    BalasPadam
  13. KAK CIK... saya sentiasa tabik dengan Akak yang sungguh gigih, kadang2 dlm sakit pun masih juga cuba sedaya upaya membuat rutin..

    Semoga sentiasa sejahtera dan berbahagiaaa....

    BalasPadam
  14. Salam Maiyah..

    macam kakcik ni pun, makan tak banyak mana.. tapi badan bagai dipam2 juga..huhuhu...

    BalasPadam
  15. Salam Dik Mah..

    tak kira nombor berapa, asal sudi masuk kat sini pun kakcik amat menghargainya.. hehehe... kakcik sayang anda semua.. :)

    BalasPadam
  16. Salam Azie..

    bagi seorang ibu,kegembiraan anak2 adalah kepuasan yang tak tergambarkan.... :)

    Azie nak ikut serta ke perhimpunan blogger tu? Kakcik tak pasti lagi.. macam penat je rasanya waktu tu...

    BalasPadam
  17. rajinnya kak chik...bangun pukul 4 pagi lipat kain...betul betul ibu dan isteri mithali ;-)

    BalasPadam
  18. Salam Chik Na..

    ala.. kalau Chik Na kat tempat kakcik, Chik Na pun akan buat perkara yang sama, kan? :)

    BalasPadam
  19. Salam Kak Chik,

    Bukan setakat org yg bekerja je busy sy yg surirumah sepenuh masa ni pun busy memanjang. Rasanya kalau sehari ada 60 jam pun tak taulah cukup ke tak.

    BalasPadam
  20. Salam Aidah..

    betul tu.. tapi, kakcik kalau hari cuti.. kakcik ambil masa juga untuk berehat2 walaupun rumah dah macam tongkang pecah..... :)

    BalasPadam
  21. Salam Kak Cik..

    Rasanya Kak Cik klu masak simple2 pun tetap sedap.

    BalasPadam
  22. Salam semua..

    hoooiiii!!....saper yg naik main ngelat tuh? ha Mah?
    lenkali kalu nama dia naik no 1, kira foul!
    Mah...kita demo jer!....wakakaka.... luv u ols QJ.

    er...kakcik, selamat bercuti, moga sehat dan selamat diperantaun dan pulangnya nanti bawa oleh2 yg segar2 belaka ya, I wait for youuuu....wink QJ.

    BalasPadam
  23. Salam Nida..

    kakcik memang masak yang ringkas2 je.. sebab kakcik sebenarnya tak pandai masak macam2 jenis masakan.. cuma goreng telur/ikan, tumis sayur.. :) Nanti Nida balik ke Malaysia, datang kat rumah kakcik, ya?

    BalasPadam
  24. QJ..

    balik dari bercuti minggu depan, mungkin kakcik akan sambung cuti lebih lama lagi.. Insya Allah kakcik akan menjalani pembedahan pada 9/3.. doakan, ya? :)

    BalasPadam
  25. Salam LB..

    tahniah kenapa pulak? (pusing biji mata) :)

    BalasPadam
  26. kakcik combi suke western food...tp kena tahan nafsu sbb kalau selalu bole kopak poket en huby :p

    BalasPadam
  27. KAK CIK, pasal gathering tu, saya tak leh nak boh priority dlm diari saya. Rasanya mcm ada program lain jerrrr... Lagipun lokasi kejadian mcm jauh jerrr...

    BalasPadam
  28. Salam Combi..

    western food kat Moon's Kitchen ni, memang harga 'mampu makan'.. tak la mahal seperti di restoran2 ternama. Itu sebab kakcik sekeluarga 'rajin' makan kat situ. Lagipun dekat je dengan rumah kakcik.. jalan kaki boleh sampai dalam 5 minit. Makanan dia pun sedap juga. :)

    BalasPadam
  29. Azie..

    rasanya, kakcik pun tak dapat turut serta. 4hb, kakcik baru balik dari bercuti. 5hb, naik kerja. 8hb, masuk wad. 9hb kena bedah. 6 & 7hb kenalah duduk kemas rumah dan buat apa yang patut. :)

    BalasPadam
  30. Tekak saya tekak 1 Malaysia, he..he..

    BalasPadam
  31. Salam IM..

    tekak kakcik ni kadang2 memilih juga! :)

    BalasPadam
  32. Salam! Kokcik, Mun Abg ES kitak keS`wak, sidak neylah nok ngagak kitak kelak pulang dari opis? Susah juak ooo? Maklum ajaklah, pergi dihantar, pulang dijemput`
    Awei betoi Kokcik bangun pkl 4.00pg? Mane le idak semput kokcik kalor dah awei2 sejuk metor kokcik teghuih mandi? Tapi yalah kolor idak, menyelempah ghomah pulak! Dah koghoje ompuan, susah senang masing2 ughuihkanlah....

    BalasPadam
  33. Salam Yop Tajnur..

    idok le teman mandi pukoi pat pagi tu.. teman buat khoje ghomah dulu.. dah nak ke opeh, baghu le teman mandi. Munkalo idok, dah badan melengeh je.. sape nok minum ayo yang teman bancuh.. mau kene halo ngan bos! (teman ngeko ES ke Seghawok tu.. setakat ini, sebuleh2nye dia tak 'sampei ati' ninggeikan teman.. hehehe)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...