Klik klik

Jumaat, Februari 26, 2010

Jom Jawab...



Semut melata di Bukit Raja
berjumpa cendawan lalu dipanjat
kononnya kita sama sahaja
mengapa berkawan memilih darjat?

Sudah merekah buah delima
diadun dengan sirap selasih
siapa sahaja sanggup diterima
simiskin yang datang mengapa disisih?

Berkelip-kelip lampu pelita
dinyalakan orang di waktu malam
budi bahasa budaya kita
mengapa berat memulakan salam?



jawab.. jangan tak jawab... :)

36 ulasan:

  1. Salam! Kokcik,
    Allah, bila macam ni yg terkanjei keme nak njawabnye! Maklum jelah kokcik oi, keme ni tak besetipekek bab puisi ni. Manele teman tau. Biyorle Yong fa dll menjawabnya dulu...

    BalasPadam
  2. Dua tiga kucing berlari
    mana nak sama sikucing kenya
    teman suka duka yg ku cari
    walau apapun darjatnya

    BalasPadam
  3. Salam Kakcik,

    terimalah jawapan ku ini ya, dengar baik2..

    berjumpa cendawan lalu dipanjat,
    jatuh dipanjat lalu tertendang;
    mengapa berkawan memilih darjat?
    kerana darjatlah manusia dipandang....

    diadun dengan sirap selasih,
    tambah pula sirap kencana;
    simiskin yg datang mengapa di sisih?
    kerana miskinlah manusia dihina....

    dinyalakan orang diwaktu malam,
    kalau menyala mana apinya;
    mengapa berat memulakan salam?
    memulakan salam tak nampak ringgitnya....

    tak tumbuh tak melata...
    tak sungguh orang tak kata....

    betul tak kakcik seroja sayang....
    -luv QJ.

    BalasPadam
  4. Salam My lovely KakCikS..:):)
    Aduhai..kalau diikutkan ni..maunya 3 rangkap pantun kena rekacipta nii..aduhaii..
    :):):)
    Takpelah ekk..bagi chance kat teman2 lain menjawab..
    anyway..:):):)Moga sis sihat...maaf sekali lagi..baru sempat nak menjenguk niii..Moga sis ceria2 selalu...Muahhhhss..:):):)

    BalasPadam
  5. Salam KAK CIK (baru perasan ada no hp di atas sana) :)


    Tinggi sungguh kota itu,
    tinggi lagi si batang galah,
    Nak jawab pantun tak berapa tahu,
    kang jawab, banyak yang salah...

    :)

    BalasPadam
  6. salam kakciks
    cuba2 la ye jawab ni..x kena jgn marah la yer..ampunnn kan daku kak..

    Salam diberi pembuka acara
    Tak kira tua muda dan dimana
    Berkawan beribu usah berkira
    Yang penting ada dalam suka dan duka

    Orang tak kaya naik scotter
    Orang kaya naik helikopter
    Renung dan fikir lah wahai blogger
    Darjat & harta pinjaman semater-mater

    BalasPadam
  7. Salam yop tajnur..

    ater.. gemo beno mike meghendohkan dighi.. mike tu lagi pandei daghi teman.. buknnya teman tak tauu...:)

    BalasPadam
  8. Salam Dik Mah..

    teman sejati akan sanggup bersama kita dalam apa keadaan pun.. harta cuma kebanggaan dunia, belum tentu membela kita waktu di sana.. betul tak? :)

    BalasPadam
  9. Salam QJ dear..

    dari Klang pergi ke Melaka
    bawa bekalan mangga dan duku
    jawapanmu puan benar belaka
    walaupun ramai yang enggan mengaku

    BalasPadam
  10. Salam Tinie Sayang..

    tak apalah Tinie tak jawab pantun.. yang penting kehadiran Tinie memang menggembirakan kakcik. :)

    BalasPadam
  11. Salam Maiyah..

    tak keluar ke hari ini? :)

    BalasPadam
  12. Salam Azie..

    pohon kemboja di tepi titi
    bunganya dipetik sigadis jawa
    jawablah sahaja apa di hati
    itulah gambaran rasa di jiwa :)

    BalasPadam
  13. Salam N..

    bina rumah di tanah rata
    taman dihias bunga seroja
    harta dan darjat pinjaman semata
    itulah juga yang dipuja-puja :)

    BalasPadam
  14. aiii, yeop tajnur awei2 dah suruh fa baleh pantun kakcik ni, tersedak teman. hehe..

    ooo...kakcik, teman pun terkanjei juge. Mati akei ghasenye. Senang ceritakan kakcik, bior le fa besogheh aje kat sini.

    Adapun orang yang berkawan memilih darjat, menyisihkan orang misekin, dan payah benor nak ngucapkan salam tu kan, orang yang tak semenggah!! Aje yang tak sedor diri!! :D

    BalasPadam
  15. Salam Kakciks.

    Katakan kepada orang-orang itu,

    "Hidup jangan sombong, nanti di akhirat mulut melopong"

    "Manusia semua sama, yang berbeza hanya takwa"

    Salam Maulidur Rasul buat Kakciks dan keluarga.

    BalasPadam
  16. Pergi ke Tampin berdua-dua,
    Singgah sebentar di rumah cik Johan;
    Kaya dan miskin hamba Allah jua,
    Akhlak yang mulia menjadi pilihan.

    BalasPadam
  17. Salam Fa..

    macam yang Fa kata tu.. ghase kakcik bukannya deme tak nyedokan dighi, tapi jenih yang tak ingat Tuhan dan tak ingat aghi kendian gamoknye.. mudoh2anle deme cepat sedo.. ye dok? :)

    BalasPadam
  18. Salam Babah..

    kadang-kadang, bila kita lihat.. orang-orang yang sombong itu, bila bercakap, siap berpesan-pesan agar sentiasa membina hubungan baik sesama insan. Hakikatnya, apa yang ditutur dengan apa yang dilakukannya, bak kata pepatah.. 'jauh panggang dari api' (dengan bahasa mudahnya - 'cakap tak serupa bikin') :(

    BalasPadam
  19. Salam Aida...

    cuaca mendung menjelang senja
    tiada lagi orang di pekan
    di sisiNya kita sama sahaja
    amal dan taqwa itu yang membezakan :)

    BalasPadam
  20. Salam KakCik ..

    Pagi-pagi makan roti
    Roti bentat buatan sendiri
    Bila berkawan awasi pekerti
    Pekerti mulia seharum kasturi

    BalasPadam
  21. Salam CS..

    masak lemak keledek dan turi
    bukan untuk sipemakai susuk
    pekerti mulia seharum kasturi
    merembeskan baunya ke segenap pelusuk :)

    BalasPadam
  22. salam kakcik
    smlm cuba jwb tp tak tahu apa masalah, komen taklepas. Hari ni harap2 lepas la. tp sy x reti pantun... jgn marah ye...

    semoga kakcik sihat selalu

    BalasPadam
  23. Salam Nanie..

    tak apa.. kakcik tak marah pun.. kakcik suka Nanie singgah kat sini. Terima Kasih :)

    BalasPadam
  24. salam kakcik syg..
    alamak..kdg2 minda ida ni tetiba je jd beku...so tk dpt nk jwb pantun kak cik ini..terimaksih sbb singgah kat rumah ida..

    BalasPadam
  25. salam kakcik syg..

    kakcik pon tau sgt dh nora ni mmg zero bab pantun..sajak ker..keras jer jari ngan lidah ni nk menyusun kata..hehehe apa2 pn yg di hitung di alam sana nnt bukannya darjat atau pn jumlah harta yg dikumpul..semuanya sama disisi Allah..dan satu lg sebelom terlupa nora sklrga mendoakan mudah2an kakcik selamat menjalanai pembedahan tulang blkg tu nnt..mcm nk pegi jer jumpa kakcik..kalo xder baby mau jer nora temankn kakcik kt spital..nnt nora bincang ngan wan kot2 dia free..

    BalasPadam
  26. Berjumpa cendawan lalu dipanjat
    semut melata di Bukit Raja
    pasti berkawan memilih darjat
    Wang, ringgit yg dipandang sahaja


    Sudah merekah buah delima
    diadun dengan sirap selasih
    disisih si miskin ke kaki lima
    lantaran dihati gersangnya kasih

    Berkelip-kelip lampu pelita
    dinyalakan orang di waktu malam
    Akhir zaman itulah petanda
    budaya salam nampaknya kelam

    (p/s: ok... dah jawab semua soalan dalam masa kurang seminit..hehe)
    mengapa berat memulakan salam?

    BalasPadam
  27. salam makcik seroja. maafla saya tak pandai pantun.

    BalasPadam
  28. Salam Ida..

    kdg2 kakcik tak ada ilham nak dicoretkan, tu yang berpantun tu... :)

    BalasPadam
  29. Salam Nora sayang..

    kakcik betul2 terharu dengan keikhlasan Nora tu.. tapi, kakcik faham, Nora juga ada keluarga yang perlu diuruskan. Doa dari Nora sekeluarga pun sudah cukup untuk memberi kekuatan kepada kakcik. Doakanlah, ya.. :)

    BalasPadam
  30. Salam Nida..

    wahhh.. pandainyeeeeee dieeee... :)

    baris terakhir tu tanya balik kat kakcik ke? ;-)

    jangan dibiar budak menyelam
    andainya tiada kawalan bersama
    bagaimana tak berat memulakan salam
    kononnya taraf tidaklah sama

    BalasPadam
  31. Salam Abu Muaz..

    itu jawapan Abu Muaz ke? ;-)

    BalasPadam
  32. Salam Kakak Bihah..

    nanti belajarlah berpantun, ya sayang? :)

    BalasPadam
  33. berjumpa cendawan lalu dipanjat,
    jatuh dipanjat lalu tertendang;
    mengapa berkawan memilih darjat?
    kerana darjatlah manusia dipandang....

    Salam Kacikseroja,

    Balik cuti nanti sambung pantun lagi yeh....



    Daun kemuncup keladi memanjat,
    Tumbuh melata tepi perigi,
    Bukan hidup memilih darjat,
    Nak jadi miskin tak sangup lagi.

    ( Kerana sejak lahir dah hidup miskin )

    Langit mendung berawan larat,
    Biru air di Padang Kota,
    Buru besi kerana berkarat,
    Hina manusia kerana tak berharta.

    ( Dah ada dunia kakcikseroja ooiii..)

    Pasang andang diwaktu malam,
    Terang benderang suluh pedati,
    Tidaklah berat memberi salam,
    Bimbang dan takut disalah erti.

    ( Tu le aje )


    Selamat berpantun semua blogger

    BalasPadam
  34. Salam Hj. Zed..

    simpan harta di dalam peti
    hendak di bawa belayar ke hulu
    biarlah orang menyalah erti
    asalkan kita kita ikhlas selalu

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...