rebus ubi dibuat sira
untuk hidangan di tengahari
saat ketawa bersama gembira
kala berduka sepi sendiri
untuk hidangan di tengahari
tidak pula habis dimakan
kala berduka sepi sendiri
orang lain usah libatkan
tidak pula habis dimakan
simpan dahulu dibuang jangan
orang lain usah libatkan
mereka jua ada rintangan
~~~~~~~~~~~~~~~~*******~~~~~~~~~~~~~
waaa..pantun kakcik bersambung-sambung lah. Memang kakcik pandai sungguh berpantun. Tak reti pulak Fa nak menjawabnya...kot kotlah boleh cuba, dengan syarat jangan senyum atau ketawa!!!!!!!
BalasPadamorang lain usah libatkan
mereka jua ada rintangan
tapi kitakan kawan
sikitpun tiada halangan
amacam kakcik?? lulus tak ni..
Hello Kakcik,
BalasPadamUbi gajah ubi kayu,
Boleh juga dibuat sagu,
Tuan laksana si parang kayu,
Dietak tak lut dijual tak laku.
Pagar buruk jangan dicabut,
Kachang melilit hingga ke hujung,
Hat terkenang mulut menyebut,
Baik budi rasa nak junjung.
Have a beautiful Sunday Kakcik, and simpan satu lagu dalam hati, best regards, Lee.
Salam kakcik,
BalasPadamsemacam jer...jgnlah menjeruk rasa, kami kan ada...
ikan tuna berlawan-lawan,
lawan bersama ikan tenggiri;
apa guna kita berkawan,
kalau memilih nangis sendiri.
lawan bersama ikan tenggiri,
dimasak gulai makan bertinggung;
kalau memilih nangis sendiri,
menambah berat beban ditanggung.
dimasak gulai makan bertinggung,
tanpa cili mana sedapnya;
menambah berat beban ditanggung,
kesal kemudian apa gunanya.
tanpa cili mana sedapnya,
walau dimakan ditempat redup;
kesal kemudian apa gunanya,
umpama tidak menghargai hidup....
Sekian, wabillahi taufiq
walhidayah, wassalamualaikum wbt.
QJ.
kak cik....uncle Lee menang 4 seconds dari I!!! grrr...
BalasPadamYeeeeeeHaaaaa! Beat you by 4 seconds! Not bad for a young man like me, Lee.
BalasPadamsalam dari bukit istana... apa khabar kak cik.. amboi...!!! berpantun sakan... abeli pantun tak berapa reti.. tapi.. sikit sikit tu boleh la... tapi bukan pantun.. kira se angkatan dgn nya...
BalasPadamkalau tak faham buka kamus...
tajuk dia
"DIKIR MOTIVASI"
Abeli nyanyi lagu berdikir..
sebagai ceramah motivasi..
tuan puan kena pikir..
terutama yang baca ini..
sekarang zaman dunia moden..
zaman sais teknologi...
semua bangsa pakat bertanding..
nak mengangkat harga diri..
keperluan alaf baru...
semakin hari semakin canggih..
bukan setakat perlu tahu..
baca quraan baca hadis..
bidang lain juga perlu..
matematik dan inggeris..
semua bidang kita maju..
jadi orang serba boleh...
kehidupan sudah bertukar..
gaya hidup banyak beralih..
sakit demam ke hospital..
org tak bomoh dah dgn sirih..
talipon nampak gambar ..
boleh bercakap.hantar massage..
kalau kita tak nak belajar..
bangsa kita orang tindih..
teknologi zaman moden..
mengubah hidup manusia..
cuma peti suis di dinding..
kipas musing lampu menyala..
periuk memasak.. kuali mengoring...
sekarang pakai leterik belaka..
sikit lagi tak mustahil..
kereta api atas udara..
teknologi alaf baru
semakin hari semakin cekap
keretapi deras macam peluru..
ada robot boleh bercakap
satelite di lagit biru
org berlumba dok lancar roket
kalau kita tak nak maju
bangsa kita org golek...
bukan zaman keris lembing..
sejata kayu tongkat buluh..
kapal terbang tiada stering..
peluru berpandu kawalan jauh..
bom nuklear hak boleh berpikir..
kuasa letupan kalahkan guruh..
kenapa kita tak nak bersaing
tujuk kan lah kita ni jaguh...
nk kwat pntun tp x bleh nk nap lelamalak
BalasPadamSalam adikku Fa...
BalasPadamhehehe.. ok apa pantun Fa tu.. Mr Atip tak nak tolong tambah ke dengan pantun standard KBSR dia??? :)
Hello Lee..
BalasPadamYou ada simpan buku pantun lama dalam hati ya? Cantik dan indah pantun tu. Terima kasih sudi datang ke sini.
hutan dara jangan diredah
warisan orang zaman dahulu
hujung minggu tenang dan indah
semoga dirimu sihat selalu :)
Wa'alaikummussalam warrah matullah hiwabarakatuh dindaku QJ... clap clap clap...
BalasPadamYou memang puitis la QJ.. (masak pun pandai.. bila nak hantar roti puri ke rumah I..hehehe...)
Tak apa.. lain kali you cepat2 letak tol depan rumah kakcik sebelum Uncle Lee sampai.. ;-)
usah dipetik rimbunan kudup
menjadi bunga indah di taman
bukan tidak menghargai hidup
teman disayang usah bebankan :)
Salam Abeli..
BalasPadamkakcik pulak tak pandai berdikir, sebab selalunya dikir ini keluar secara sepontan saja, kan? Atau pun memang dikarang dulu sebelum persembahan?
Apa yang penting, maksud yang tersirat tu sampai kepada pendengar.. betul tak? :)
Salam Dik Maiyah...
BalasPadamberehatlah.. tenangkan minda :)
kakcik ni kadangkala kalau minda tak tenteram, mulalah nak merapu dengan pantun bagai... :)
tidak pula habis dimakan
BalasPadamjangan disimpan di dalam bakul
mereka jua ada rintangan
berat kan ringan sama dipikul !
Salam Kanda Hamzah..
BalasPadamjangan disimpan dalam bakul
lebih baik dibuat pengat
berat dan ringan sama dipikul
terima kasih memberi semangat :)
salam kakcik sayang
BalasPadamkakcik yang ida sayangi
walau hanya bertemu di alam maya
sentiasa diingat dalam hati
muga persahabatan kekal selamanya
sori kakcik tak berapa sihat ni..semalam singgah tp tak boleh nk komen..muga kakcik sentiasa redha dgn dugaan dariNya
alamak..semua org berpantun nampaknya..tak tahu nak balas pantun laa kak chik...
BalasPadamSalam Kak Cik:
BalasPadamrebus ubi dibuat sira
untuk hidangan di tengahari
kita semua ibarat saudara
sedih di hati usah sendiri
untuk hidangan di tengahari
tidak pula habis dimakan
semoga kak cik tabahkan diri
kami semua sudi doakan
Salam Chik Na..
BalasPadammelihat kehadiran Chik Na kat sini, dah cukup membuatkan kakcik berbesar hati. :)
Salam Nida..
BalasPadamterbang helang sambil menyambar
mangsa bersembunyi di dalam hutan
terharu hatiku tidak tergambar
kalian semua tetap di ingatan :)
Salam Ida sayang..
BalasPadamkakcik faham dengan situasi Ida.. jadi kakcik tak pernah berkecil hati :)
tergantung rendah sarang tempua
tempat lebah menyimpan sengat
walau kita tidak bersua
ingatan kalian penguat semangat :)
Salam kakCikS
BalasPadamAndai kesedihan melanda diri
Jangan biar terus terbuku di hati
Apa guna teman andai diam menyendiri
Setia bersama KakCikS sebagai sahabat sejati...
Moga sis diberikan kecekalan di hati...
Salam Tinie adikku sayang...
BalasPadampergi berdagang ke Pulau Jawa
bawa asam juga berangan
keikhlasan kalian meruntun jiwa
persaudaraan ini hendaknya berpanjangan :)
Salam Kakcikseroja,
BalasPadamBagus kakcik ada ruangan mari berpantun. Saya ni tak berapa reti sangat berpantun tapi, nak juga bermain pantun.
Sekam padi antah benua,
Bawa serunai ke Indragiri,
Sudah menjadi adat dunia,
Gembira ramai, menangis sendiri.
Jangan ditadah si air hujan,
Kalau tidak penapis kain,
Jika sudah suratannya badan,
Jang disalah pada rang lain.
Tu le aje kakcik pantunnya, terkial-kial cari pembayang dan maksudnya.
Salam Hj. Zed..
BalasPadamok la tu.. janji ada pembayang dan maksud.. :)
kapal dagang dari Belanda
bawa muatan kapur dan dupa
apa jua yang datang melanda
kepada Dia usah dilupa..
Salam kakCik, maaf tertinggal keretapi. Terpesona saya dengan pantun-pantun kakcik dan yang lain-lain tu. Saya nak copy semua pantun-pantun kat sini untuk saya selitkan dalam ucapan-ucapan saya nanti, boleh ke?
BalasPadamSayang kakcik usah berduka,
Pandai berpantun serta berperi;
Walau tak pernah bersua muka,
Serasa dekat di dlam hati.
Salam Aida..
BalasPadamanak kecil suka berkelahi
sesudah itu berpeluk mesra
begitu besarnya aturan Ilahi
kita bermesra tanpa bersua :)