Klik klik

Isnin, Februari 08, 2010

Dugaanku (Nyanyian Ning Baizura)

hati pedih menangis,
jiwaku yang suram,
malam yang panjang,
ingin aku bersendirian..

merenung kehidupan,
memikir kesudahan,
pada siapakah hendak ku curah,
keresahanku..

aku berpaut pada sejengkal tali cuma,
itulah yang ada sementara aku hidup di dunia ini,
inikah dugaanku,
inikah kesempatan,
haruskah ku terus atau membiarkan ianya berlalu..

dekat didepan mata,
berat meluah kata,
terpendam segala apa dirasa,
sekian lama ini..

apakah kita nanti,
tiada dapat serasi,
ataukah hanya aku bermimpi,
untuk memiliki..

aku berpaut pada sejengkal tali cuma,
itulah yang ada sementara aku hidup di dunia ini,
inikah dugaanku,
inikah kesempatan,
haruskah ku terus atau membiarkan ianya berlalu..

kesempatan yang datang tiada ketentuan,
puasku memandang di kejauhan tak kesampaian..
sering terbayang-bayang,
tinggi lagi harapan,
adakah kusempat atau pun tidak,
untuk bersamamu...

29 ulasan:

  1. good morning, kakcik... :)

    Orang yang pertama..Fa lagiiiii!!!! hehehe....
    bab bersajak memang Fa kalah. Surrender terus...

    apa apa pun kakcik, tiadalah tempat lain yang kekal untuk kita bergantung melainkan pada Dia.

    Kak Ja and AKAK...ehem...silakan beri komen anda pulak yeee....hhehehe

    BalasPadam
  2. eh, baru perasan senikata lagu. Malam tadikan, keluar kat TV2.

    BalasPadam
  3. Salam kakcik..
    lagu ni ada dlm list my songs selection..
    check it out yea!

    BalasPadam
  4. Salam Fa...

    sebenarnya kakcik pun tengok rancangan kat TV2 tu malam tadi :)

    kakcik memang suka dengan senikata dan irama lagu ni dari dulu...

    Ya, betulllll.. hanya DIA tempat kita bergantung. :)

    BalasPadam
  5. Salam QJ laling...

    hehehe.. kakcik belum pandai nak letak lagu atau video clip kat blog ni... dah cuba berkali2, tapi tak berjaya.. :(

    BalasPadam
  6. Salam Kak Cik..

    Mati2 Nida ingatkan sajak Kak Cik tadi.. rupa2nya senikata lagu ye....hehe, terkena teman

    BalasPadam
  7. Salam Nida...

    hehehe.. kakcik kena edit ni.. letak nama Ning kat atas pulak. :)

    BalasPadam
  8. Kakcik

    Dulu saya ada buat komen dgn mengkopipes lagu Que Sera Sera nyanyian Doris Day ini untuk satu n3nya. Saya buat sekali lagi kerana saya rasa lirik lagu ini relevan dengan persoalan dalam sajak kakcik.

    "When I was just a little girl
    I asked my mother, what will I be
    Will I be pretty, will I be rich
    Here's what she said to me.

    Que Sera, Sera,
    Whatever will be, will be
    The future's not ours, to see
    Que Sera, Sera
    What will be, will be.

    When I was young, I fell in love
    I asked my sweetheart what lies ahead
    Will we have rainbows, day after day
    Here's what my sweetheart said.

    Que Sera, Sera,
    Whatever will be, will be
    The future's not ours, to see
    Que Sera, Sera
    What will be, will be.

    Now I have children of my own
    They ask their mother, what will I be
    Will I be handsome, will I be rich
    I tell them tenderly.

    Que Sera, Sera,
    Whatever will be, will be
    The future's not ours, to see
    Que Sera, Sera
    What will be, will be"

    BalasPadam
  9. Salam Kanda Hamzah..

    yes...

    what will be, will be... :)

    BalasPadam
  10. KAK CIKKKKKKKKKK....!!

    kiter pun suka lagu niiiii....!!!

    suka sangat, sampai hafal.. dah selalu minta kat radio... bestttt..!

    BalasPadam
  11. acu suka sgt lagu nie...
    masa lagu nie top acu form 4

    BalasPadam
  12. Azieeeeeeeeee....

    terperanjat kakcik Azie jerit... ingat kenapa tadi... hehehe.. :)

    BalasPadam
  13. Salam Acu...

    kakcik selalu ingat kat baris..

    'aku berpaut pada sejengkal tali cuma..'

    hehehe.. macam mana gayalah agaknya? :)

    BalasPadam
  14. ini mesti pas tgk ning kat tv2 kan.. cantik senikatanya cuba kakcik nyanyi nk dgr mesti lg cun heeee.. take care kak

    BalasPadam
  15. Salam Maiyah...

    huhuhu.. kalau kakcik nyanyi bukan setakat Ning pengsan.... ikan pun boleh timbul macam kena tuba! :)

    BalasPadam
  16. bab lagu ni memang asyik...betul atau tak berlaku sebenarnya Allahwualam....

    BalasPadam
  17. kakcik sayang...
    lirik lagu ni mng sgt menyentuh perasaan gitu juga dgn lagunya..ida pun mng suka sgt dgr lagu ning..bila dgr rasa semua nak meleleh..air mata air liur.ida doakan muga kak cik sentiasa tabah dan sabar hadapi apa jua dugaan..

    BalasPadam
  18. salam kak cik...

    penuh bermakna lirik lagu ni..menyentuh hati..pasti banyak yg tersirat disebalik yg tersurat...moga tabah hadapi ujian..kita semua diuji cuma cara diuji itu mungkin berbeza.

    BalasPadam
  19. lagu.. ning baizura ni x berapa tahu.. kalu ella.. minat sanggat kat tuan nya.....

    BalasPadam
  20. Salam Hj. Jang..

    selalunya, baik dalam lagu atau drama - sedikit sebanyak adalah gambaran kitaran kehidupan yang nyata. :)

    BalasPadam
  21. Salam Ida sayang..

    memang ada makna yang tersirat..

    Semoga Ida juga tabah dalam mengharungi arus kehidupan yang penuh gelora ini.. :)

    BalasPadam
  22. Salam Zai..

    susah atau senang, bahagia atau derita, tetap ada ujian di dalamnya. Mudah2an kita tergolong dalam golongan yang sabar dan redho. Insya Allah. :)

    BalasPadam
  23. Salam Abeli..

    wah.. minat dengan Ella, ya? :)

    BalasPadam
  24. ada byk dugaancubaan dan godaan,

    dugaan diberi rezeki dan NIkMAT yang lebih. lebih terasa..bila bersyukur..atau terlalai akan merana.

    dugaan kekayaan beri kesan ego.

    dugaan merana kesan keinsafan..

    BalasPadam
  25. Salam Zeq..

    anggaplah segalanya itu sebagai peluang untuk memantapkan iman di dada. :)

    BalasPadam
  26. Salam Kakcikseroja,

    Bukankah cobaan dan dugaan itu permainan sebuah kehidupan? terpulang pada kita untuk menanganinya. Sedih dan pedih lagu tu liriknya.

    Ah ye nak tanya kakcik satu. Kacik bertugas di bidang penerbitan ye?

    BalasPadam
  27. Salam Hj. Zed...

    tugas kakcik tidak berkaitan dengan penerbitan sama sekali.. tapi banyak berkaitan dengan angka.. :) (berapa sudu gula, berapa cawan air dsbgnya....) ;-)

    BalasPadam
  28. kakcik,
    kekdang lagu boleh menggambarkan perasaan kita...
    saya suka lagu ni...
    suara ning memang power bawa lagu ni...
    sungguh mengesankan...

    BalasPadam
  29. Salam Dik Mah..

    betul..betul..betul.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...