Klik klik

Selasa, Februari 02, 2010

Jangan Bersedih (La Tahzan)


aku beli buku ini (versi kecil - ada 3 siri) semasa berjalan2 di Kuching tempohari

hari ini.. sewaktu membaca.. aku menjadi sebak (hanya Dia Yang Maha Tahu kenapa) walaupun tajuknya 'Jangan Bersedih'..

....Cuba anda buka kembali catatan dunia tentang perjalanan hidup ini! Dalam salah satu babnya diceritakan: Seorang ayah telah memelihara anaknya dengan baik; ia memberinya makan, pakaian dan minum, mendidiknya hingga menjadi orang pandai, rela tidak tidur demi anaknya, rela tidak makan asal anaknya kenyang, dan bahkan bersusah-payah agar anaknya bahagia. Namun sebaliknya, ketika sudah berkumis lebat dan kuat tulang-tulangnya, tiba-tiba ia menjadi seperti anjing liar, meremehkan jasa orang tuanya. Ia tidak hanya berani menghina, tetapi juga melecehkan, acuh tak acuh, bongkak, dan derhaka terhadap orang tuanya. Dan semua itu, ia tunjukkan dengan perkataan dan juga tindakan....

akukah si anjing liar itu??? :(

22 ulasan:

  1. Salam kakcik,
    mmg sedih kalu kita renung dari satu sudut... tp dah dikatakan bahawa anak2 dan isteri itu merupakan satu ujian, kdg2 kita rasa kita dah tunaikan sepenuh tanggungjawab tanpa kita sedar dlm masa yg sama kita abaikan keinginan sang anak, itu lah yg nabi saw katakan bahawa anak2 yg derhaka itu bila ibu bapanya terlebih dulu derhaka kpdnya...ataupun mungkin satu balasan terhadap sikap kita terhadap ibu bapa kita dulu, jika semuanya tidak, maka itulah sebenar2nya ujian terhadap ibu bapa itu sendiri..redha kan jer la...selain jgn berhenti berdoa moga sang anak kembali kepangkal jalan....sayang QJ.

    BalasPadam
  2. Salam QJ yang kusayang...

    segala yang ada di sekeliling kita adalah ujian yang tidak kita sedari. Kesenangan dan kesusahan adalah dugaan2 yang tak terjangka dek akal.. Semoga kita sentiasa ingat akan DIA yang sentiasa memerhati kita...

    Sebenarnya.. ada ayat sambungan untuk kita tidak meratapi apa yang berlaku.. Tapi, ayat yang kakcik salin di atas itu adalah ayat yang sangat2 menyentuh perasaan kakcik...

    BalasPadam
  3. Salam kakcikseroja,

    Menoleh masa silam sendiri yang kita tinggalkan, kekadang banyak kisah hitam, suram yang mengecewakan kita. Namun masa depan cubalah kita jernihkan dan menerangkannya bersama.

    BalasPadam
  4. terharu cite ni, camne anak bleh tak bik kisah.. perkara ni dah makin mnjd skrg bukan lg sekadar rekaan cite saja huhuu

    BalasPadam
  5. Kalu seseorang itu menjadi seperti anjing liar itu, baiklah dia tak perlu ada ibu ayah...

    atau bagi saja ayahibunya tu kepada orang lain yang pandai menghargai...

    Sabar Kak CIK, jangan bersedih.. tapi bersedih pun ok, itu tanda kita normal dan keinsafan...

    BalasPadam
  6. mintak mintak dijauhi lah perkara sebegini

    BalasPadam
  7. Salam kakcikseroja,

    Ada tag untuk kakcik dilaman saya, sila mampir

    BalasPadam
  8. doa saya semoga anak anak saya tak berbuat demikian kelak

    BalasPadam
  9. Salam kak cik...

    Semoga kita tidak jadi seperti itu..

    p/s: kak cik dah sembuh???? :)

    BalasPadam
  10. Salam Kakciks. Dalam masyarakat Melayu cerita Si Tanggang begitu popular pada zaman babah. Tetapi budak-budak sekarang, kalau ditanya pasti tak tahu Si Tanggang yang menderhaka kepada ibunya yang akhirnya disumpah menjadi batu. Mungkin cerita itu hanya metos, tetapi pengajaran di sebalik cerita itu berjaya membentuk kita supaya menghormati ibu bapa. Anak-anak sekarang lebih cenderung kepada metos yang tidak mendatang kesan kepada kemantapan institusi keluarga. Apakah pengajaran yang boleh dibawa oleh Pikachu, doraemon, shin chan, pokemon, ben 10 dll?

    BalasPadam
  11. Salam Kak Cik..

    Zai pun pernah baca buku La-Tahzan ni..mmg kupasannya sangat menyentuh hati...

    Zai sentiasa doakan anak2 kita menjadi anak2 yg baik kepada kedua ibubapa dan juga kepada masyarakat amnya..mudah2an berkat doa kita setiap hari keatas setiap ahli keluarga kita dapat menghindarkan mereka dari segala sifat2 yang dikeji..

    BalasPadam
  12. salam
    semoga kita semua dijauhkan dari berperangai seperti itu.

    insya Allah... kesedihan menggambarkan hati yang penuh keinsafan

    BalasPadam
  13. kakcik
    saya takut nak cakap panjang2 tentang isu ini lagi dalam entri saya. saya bimbang di salah ertikan oleh anak2 saya. anak2 saya yang dah besar, semuanya membaca blog saya. nanti dikatakannya saya mengungkit2 pulak. tapi kalau orang lain bercakap, lepas sorang, sorang .. saya sokong sangat2. taklah dikata kita ni membebel pulak kan ?

    BalasPadam
  14. Bg I kan kakcik, as parents kita buat apa yg patut dan termampu, doa jgn putus; selebihnya kita berserah je pd Allah swt.. Terima segalanya dgn redha..

    Cuma kita minta, sekiranya Tuhan nak menguji kita melalui anak2, biarlah semasa kita masih muda dan bertenaga, sbb silap2 boleh pancit kita!!

    BalasPadam
  15. ada had dan waktu untuk terima balasan..

    dah dekat akhir zaman..
    melatih insan yang bersykur..

    BalasPadam
  16. diberi hidayah dan penyesalan pun dah kira Syukur..

    ada insan yang baca sahaja..keluar asap..bukan air mata..

    BalasPadam
  17. Sala. Sudah terlalu banyak cerita tanggang berlaku kini.

    BalasPadam
  18. Salam kakcik. Zaman sekarang ramai orang dapat 'cash' hasil perbuatan mereka.

    BalasPadam
  19. jangan sedih kakcik. Ceria ceriakan diri, ye!

    BalasPadam
  20. Hello Kakcik, just dropped by say hello.
    How you doin'?
    Minta ma'af bahasa saya da rosak cannot comment on your posting.
    You keep well Kakcik and have a pleasant week, Lee.

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...