Klik klik

Jumaat, Januari 29, 2010

Terkejut!

Andainya pagi tadi aku sedih, petang ini pula aku terkejut.

Petang tadi, sementara menanti kedatangan En. Suami untuk menjemputku, aku berbual-bual dengan seorang kawan. Sebenarnya telah seminggu kami tidak bersua muka. Mula-mula aku bercuti. Lepas itu dia pula bercuti. Baru hari ini kami bertemu semula.

Sembang punya sembang, rupanya beliau bercuti kerana meraikan kedatangan adik angkatnya sekeluarga dari Australia. Adik angkatnya (perempuan) semasa kecil tinggal bersama keluarga kawanku itu. Kata kawanku, anak adik angkatnya itu bukan beragama Islam. Fikirku, mungkin itu anak suami wanita itu (suaminya lelaki Inggeris). Rupanya, fikiranku silap. Suami dan anak2 wanita Melayu itu bukan Islam.

Yang membuatkanku lebih terperanjat bila kawanku berkata, 'tak apalah, dia orang bukan duduk di Malaysia. Lagipun, mereka tak makan b*b*. Minum arak sikit2 tu, biasalah...'. Rasa bagaikan aku tertelan sebiji durian! Hukum mana pulak yang kawanku pakai? Hendakku bawa berdebat, aku bukan orang yang arif. Kebetulan pula, suamiku pun sampai untuk menjemputku.....

20 ulasan:

  1. kakcik
    banyak lagi yang lebih teruk dari itu sudah saya temui sepanjang menjalankan tugas saya. saya sudah tidak terperanjat lagi .. tapi gementar sekirannya Dia menurunkan balaNya yang akan mengenai kita semua !

    BalasPadam
  2. Salam..
    Firman Allah yang bermaksud;
    " Janganlah kau ikuti hawa nafsu hingga menyesatkanmu dari jalan Allah." (Q.S. Shad:26)

    Semoga Allah memberi hidayah agar kawan kakciks kembali kepada Allah...

    BalasPadam
  3. Salam my dear KakCikS..
    Agaknya inilah dunia akhir zaman..
    begitu Jauhnya terpesong....
    Semua dipandang remeh....

    BalasPadam
  4. kalau kat sabah ramai yg kawin campur...bab agama ni susah siket nak cakap sbb kita ni bukan pakar takut tersalah cakap masuk buletin utama pulak :)

    BalasPadam
  5. nilah dunia skrg.. main takpe2.. dosa x bleh nmpak.. tu sbb tak takut hukum.. ya Allah..

    BalasPadam
  6. apa yang boleh kita buat...??
    hanya memberi didikan supaya anak-anak kita tidak terpesong sejauh itu...

    BalasPadam
  7. Salam kakcik,

    Saya rasa seperti sayapun tertelan durian jugak!

    Astaghfirullah! Kalau kakcik kesiankan dia, selamatkan lah dia!

    Amal makruf nahi mungkar. Mungkin Tuhan sedang menduga kakcik...

    BalasPadam
  8. Betapa jahilnya manusia yek...kalau dah kafir tu...kafir jugaklah ..

    BalasPadam
  9. Nih bukan kisah pelik tapi benar nih Kak...

    Mingung.com.my Gua siut!!

    Camtuh ponk boley kah?

    BalasPadam
  10. Salam Kakcik,

    Sekarang ni bukan saja yang duduk di luar negara, dalam negara pun ramai.

    Contoh seorang kawan saya, beliau seorang peguam. Jika saya sebutkan nama firma guaman beliau pasti semua orang pun tahu.

    Beliau tinggal di bkt. antarabangsa. Setiap kali perayaan krismas, beliau akan menghiasi rumah beliau dengan pokok krismas dan menyambutnya.

    Padahal anak isteri beliau adalah melayu, alasannya ialah hendak meraikan kawan2nya yang menyambut krismas...

    Bulan Ramadhan...? sendiri mau ingatlah...

    Saya sendiri pernah dijemput, tetapi tak pernahnya pergi... dan berkawan dengannya sekadar profesionalisme dalam ertikata dunia dan bisnes sahaja, tak lebih dari itu.

    BalasPadam
  11. Terlupa, sebab itu apabila kejadian tanah runtuh di kawasan itu tidak mendatangkan kesan simpati kepada saya...

    al-maklumlah...

    BalasPadam
  12. apa nak kata ni ???? hina sangat ke bila kita nii Islam> Tak maju ke kita bila kita jadi penganut Islam? niii baru satu malaysia, nanti semua agama pula dikata membawa ke syurga.

    BalasPadam
  13. Salam kak cik..

    Dunia dah akhir zaman kak.. perkara yang haram dihalalkan... nauzubillah

    BalasPadam
  14. Salam Kak Cik,
    Takde apa yg hairan di zaman ini. Itulah tanda2 duni dh nk akhir zaman

    BalasPadam
  15. salam..
    akak terkejut..syer lagilah terkejut..
    tapi dh pernah tgk sendiri..skrg nie dh mcm2 ada..antara sedar tak sedar jerk..:)

    BalasPadam
  16. Salam Kak Cik...

    Nauzubuillahiminzalik!Semoga kita terus dipelihara Allah di bawah nikmat IMAN DAN ISLAM!

    BalasPadam
  17. salam kakciks sayang..
    apa nak jadi dgn dunia skrg..nauzubillah muga2 kita terpelihara dr perkara2 yg dilarang Allah.

    BalasPadam
  18. cian dia belum jumpa HIdayah,..teguran kawan2.dan doa diharapkan..

    BalasPadam
  19. Saya pun terkejut. Moga kita lebih berwaspada pada masa depan

    BalasPadam
  20. Salam Kakcikseroja,

    Astaghfirulllah...Saya sangat berdukacita dengan cerita ini, kerana Melayu Islam akan mudah diserap oleh budaya luar, apa lagi jika kita jauh dari bumi Melayu ini.

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...