Klik klik

Jumaat, Januari 29, 2010

Sedih!

Dari 10 orang remaja Melayu Islam yang ditanya bilakah tarikh kelahiran Rasulullah s.a.w, hanya 2 yang dapat menjawab - itu pun tidak tepat. :(

37 ulasan:

  1. Salam kakcik. Itu tarikh kelahiran. Cuba tanya lagi bacaan Qunut solat subuh,cara mandi wajib confirm merapu .... kadar kelahiran luar nikah semakin meningkat kini.

    BalasPadam
  2. Salam Abu Muaz..

    Lagi sedih... Nama Rasulullah pun ada yang tak tahu :(

    Ada juga yang tak tahu mengucapkan dua kalimah Syahadah. Dibantainya sebut "Syahadah" je.. :(

    BalasPadam
  3. Salam Kak Cik
    Masa sy nak ambik kursus kahwin 17 tahun dulu ada gak bila ustaz suruh baca doa qunut boleh tanya balik kat ustaz qunut pendek ke panjang. Ustaz pun pening.....

    BalasPadam
  4. kakcik,
    teringat saya...
    ada nasyid lagu 'muhammad'..lupa nyanyian siapa.. tapi sejarah kelahiran nabi muhammad saw dan nama ibu bapanya, ibu susuannya..datuknya...
    anak2 saya sedari kecil dah hapal lagu tu...
    patutnya budak2 yg tak tahu sejarah nabi kena hapalagu tu bukannya didendangkan dgn lagu hiphop..

    BalasPadam
  5. Salam Aidah..

    bagus juga ada kursus perkawinan (zaman kakcik dulu tak ada).. sekurang2nya mana yang tak tahu mandi wajib tu, boleh juga mengetahuinya. Bayangkan amal ibadat yang dilakukan dalam keadaan diri sentiasa berhadas besar! :(

    BalasPadam
  6. Salam Dik Mah..

    Memang bagus jika lagu Muhammad itu dijadikan 'nyanyian bibir' anak2 kita daripada dok hafal lagu 'aku bukan superman'...

    BalasPadam
  7. kakcik
    semalam saya tanya seorang pemuda .. rukun Islam enam ke tujuh ? dengan pantas dia menjawab .. enam !

    BalasPadam
  8. Salam Kanda Hamzah..

    Dia menjawab tanpa berfikir. Belum lagi tanya apa yang terkandung dalam Rukun Islam.. jangan2 nanti dia jawab.. Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara ..... (itu yang diwar2kan saban hari di radio kan?)

    BalasPadam
  9. tanya abu muaz , Qunut panjang ke , kunut pendik?

    BalasPadam
  10. sedehkan...sbb terlalu utamakan ilmu dunia je. kalo tanye psal intenet kompom terer....website mana best2 mesti terer. tp tanye bab agama...hmmmm.
    hrp2 ibu bapa ambil perhatian. pendidkan bermula dr rumah.

    BalasPadam
  11. KAK CIK > terus teringat suatu post dari blog BABAH (harap tak silap) tentang kena rotan tangan sebab tertipu dek trick Ustaz bila menyoal Rukun Iman dan Rukun Islam...

    BalasPadam
  12. Salam endiem...

    kakcik pun tak berapa faham nak jawab soalan tu. :) Abu Muaz.. tolong jawab...

    BalasPadam
  13. Salam UP...

    di pusat2 pengajian pun, kecemerlangan akademik yang diutamakan dan dijadikan ukuran... Ibubapa juga kena mainkan peranan..

    BalasPadam
  14. Azie..

    kakcik pun teringat pada catatan Babah tu :)

    BalasPadam
  15. Kak CIK > dah baca bab dukacita Abg MUS tak leh cuti... so Azie pun nak kabor dukacita gak. Senin ni ada urusan lain yg perlu diuruskan bersama anak-anak..

    so, nampak nyer drop my name from the list yerrr... MAAF..

    BalasPadam
  16. Azie...

    huhuhu.. kakcik ni kalau keseorangan, memang 'patah kaki' la jawabnya.. :(

    BalasPadam
  17. Lanih.....kat Pusat Mengaji ponk tak macam dulu lagi.....

    Gua dulu sorang2 jawab beb!
    Tak betuinya...dibedainya ngn Pak Ustaz...

    Apa yg Gua perasan...waktu ngaji Quran dulu2 ...sebelum ngaji....semua kena baca surah lazim ramai2.......
    Habis Ngaji....kena sembahyang pulak ramai2..
    Solat Magrib berjemaah lagi....

    Dulu....Pukul 6.30 dah kelam kabut nak balik dah...nak siapkan diri nak gi mengaji ...

    Lanih.....nak magrib pon budak2 masih lagi dok atas bas...on the way balik rumah....

    Huhuuuuuuuuuu.....

    BalasPadam
  18. Salam Epoi..

    Insya Allah, bila sampai rumah, masih sempat solat Maghrib. Lagi sedih bila tengok anak2 muda lepak di padang bola/futsal dari lepas 'Asar hingga Isyak. Maghrib di mana? :(

    BalasPadam
  19. Salam kakchik
    memang sedih kak.erm,pengalaman saya dulu,sebagai guru,memang macam2 yang pelajar serba tahu tapi bab sejarah Islam,bab Fiqh,asas rukun iman dan islam..failed.
    Ilmu itu perlu dicari,bukan ilmu yang mencari...
    mungkin pelajar sekarang sudah tidak ambil pusing bab adab berguru di sekolah mungkin sebab itu tiada keberkatan.

    BalasPadam
  20. smlm saya sedih bila dengar anak yg sekolah petang cakap ade cikgu yg tak bagi keluar bila mintak izin nak sholat

    BalasPadam
  21. Salam Ummu...

    ramai ibubapa yang amat berbangga (siapa pun akan bangga, kan?) bila anak2 cemerlang. Di sebalik kecemerlangan itu, sebenarnya masih ada ruang kosong yang perlu di isi dengan iman dan taqwa. Anak2 sekarang seolah2 diajar utk tidak menghormati guru. Ada ibu sanggup ke sekolah untuk menampar guru. Dalam surat khabar hari ini, ada ustazah yang berdendam dengan guru yang memukul anaknya sehingga sanggup 'bergusti' dengan guru tersebut. Jadi, bagaimana kita mengharapkan anak2 menghormati guru?

    BalasPadam
  22. Salam Chik Na..

    apa agaknya alasan guru itu berbuat demikian? Apakah beliau bukan seorang Muslim?

    BalasPadam
  23. abih tu suma bebudak dok sibuk bajar bahasa inggeris.. tu yg x bik berat tu.. skrg pun dah ramai anak2 yg x khatam ngaji pun

    BalasPadam
  24. Ooo.... Tie boleh ingat sebab ada lagu tu...

    12 Rabiul Awal tahun gajah.....

    BalasPadam
  25. Salam Maiyah..

    belajar BI tu tak salah, memang bagus pun. Tengok kakcik ni, tak pandai BI.. susah juga.. :)

    Tapi bukanlah sampai menolak ke tepi pengetahuan agama. Yang asas pun tak tahu, apa lagi yang lebih mendalam... :(

    BalasPadam
  26. Salam Tie..

    kakcik suka nasyid tu...

    'hari Isnin subuh yang cerah... 12 Rabiul Awwal tahun gajah...' :)

    BalasPadam
  27. Salam Kakcikseroja,

    Kalau ditanya pada remaja tak tau tu lain juga, ni ditanya pada remaja yang berusia 50 an pun kekadang ramai yang tak berapa tahu.

    Nasyid tu mengingatkan saya pada tarikh kelahiran Baginda Nabi Junjungan kita.

    BalasPadam
  28. Salam Kakcikseroja,

    Jawapan loghat kakcikseroja N3 saya, kedua-duanya betul.

    Tapi apabila saya menyuruh seorang teman dari Selangor untuk mengambil gebo disebalahnya untuk saya lama dia terdiam lalu bertanya kepada saya gebo tu apa? Berdekah saya dibuatnya, saya ingatkan dia faham.Baru saya sedar dia bukan orang Johor atau Perak. He..he..

    Kakcik Perak kat Paghrit ke Bota?

    BalasPadam
  29. Salam Hj Zed..

    memang masalah kan? remaja 50an pun tak reti nak jawab! :(

    Kakcik berasal dari Kuale Kangso, Perak. :)

    BalasPadam
  30. kakcik..dedulu ustaz paksa kita hafal doa Qunut dan surah dlm solat.tapi skrg bila ustaz marah atau rotan,makpak yg dtg..macamana tu??

    anak buah combi mengajar kat gombak.bila dia tegur sorang pelajar sbb tak pandai baca al-fatihah..bole budak tu ugut "saya panggil bapak saya dtg jumpa ustazah besok" bole mcm gitu.

    sabo jer aku!

    BalasPadam
  31. Salam Combi..

    aduhai... itulah ibubapa sekarang yang dah terlebih sayang kat anak2.. :(

    BalasPadam
  32. Salam Kak Cik..

    Saya tak pelik kak cik, sebab sekolah saya dulu, ada pelajar yang tak boleh mengucap langsung.. itu lagi buat kami guru2 sedih :(

    BalasPadam
  33. Salam Nida..

    bukan pelik.. tapi sedih.. (mcm yg Nida rasa) :(

    BalasPadam
  34. Salam kakcik,

    Ibu bapa harus mewujudkan suasana di mana saksiah anak2 terdidik dan terpelihara. Kalau nak katakan suasana sekeliling tidak membantu...memanglah! Akademi Quran atau akademi Fantasia, Idola kecil, Mentor, OIAM dan macam2 lagi. Apa pun pilihan tetap di hujung jari kita.

    Muhammad Ahmad Zahid boleh pun dididik menjadi Hafiz dalam suasana sekarang, malah adik2nya pun dalam proses menjadi Hafiz dan Hafizah. Tengoklah ibubapanya...HEBAT!

    BalasPadam
  35. Saya teringat satu rancangan realiti tv suatu masa dahulu. Pasangan yang mahu berkahwin ditanya bacaan qunut dll.. lintang-pukang.

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...