Klik klik

Isnin, Januari 04, 2010

Selamat kembali ke sekolah



untuk anak-anak
jangan jemu menuntut ilmu
semuanya untuk masa depanmu
agar tidak membesar bagai kelkatu
yang sirna dek cahaya lampu
agar kalian dapat membezakan
mana kaca mana batu
mana intan mana berlian
harta yang ada bukan jaminan
andai hidup tanpa pedoman


untuk para guru
didiklah mereka bagai anak-anakmu
usah resah usah jemu
bukan nama jadi buruan
kejayaan mereka adalah kepuasan
yang tak mungkin dapat dinilaikan

20 ulasan:

  1. kakcik,
    aisyah pun baru pertama kali kami antar tadika... abahnya rajin nak menunggu...
    kakcik tadi anta adik yer....

    BalasPadam
  2. Adik sekolah petang sama macam bangcik. tapi bangcik dah naik Tingkatan 1 (sekolah dekat, boleh jalan kaki je. Adik kena naik van, sekolah dia jauh sikit). Selalunya ayah dia orang yang uruskan. Ayahnya suruh kakcik simpan cuti untuk lain2 hal (senang nak ngekor dia nanti!). :)

    BalasPadam
  3. waaa...fa sukalah sajak tu kakcik....

    BalasPadam
  4. bapak2 pening... bonus 250 je, beli persiapan utk seorang anak cukuplah... kalau ada 4 anak?

    BalasPadam
  5. Salam Mohamadkholid...

    kita sepatutnya punya tabungan untuk persiapan anak2. Yang jadi masalah, kalau tabungnya ada tapi tiada wang hendak ditabungkan! :(

    BalasPadam
  6. salam kaka cik, setuju ngan kakcik, tabung banyak, tak cukup buku, tabung-tabung bank bagi campur ngan dapat kat tikam funfair, melambak tapi duit tarak...hehehe, cmna????

    BalasPadam
  7. Salam Annie..

    tu la pasal... tabung bersepah2 sampai tersepak2... duit ada doposen cuma! :(
    Baru nak simpan, gula naik harga, baru nak masuk tabung, rokok naik harga (itu salah sendiri la.. sapa suruh merokok, ye tak?)

    Kakcik baru balik dari makan tengahari dengan En. Suami. Kalau dulu, biasanya apa yang kami makan seperti tadi, cuma RM14-RM15 shj utk berdua, tapi tadi harganya dah jadi RM20! Lain kali kena bawak bekal saja.

    BalasPadam
  8. Kak cik, bawa bekal tapi makan kat kedai makan, hahaha, bengkak je tokeh kedai tu tengok. Lama2 dia letak charge utk tumpang makan berganda dari selalu yg kak cik ngan cik abg makan kat kedai dia tu harganya.

    BalasPadam
  9. moga mrk berilmu dan melangkah hingga ke menara gading

    BalasPadam
  10. Salam Kak Cik,

    Saya ada sesuatu nak cakap pada Kak Cik.

    Saya mahu dapatkan email Kak Cik.

    Saya datang lagi nanti.


    SUFI

    BalasPadam
  11. Annie...

    huhuhu.. itu tokey manyak kijam lo.. mau caj sama kakcik yang bawak bekal! :)

    BalasPadam
  12. Sufi..

    nak cakap ke nak tulis kat kakcik??

    emel kakcik : emzekjay@hotmail.com (naluri kakcik kata, kakcik tahu sufi ni siapa...)

    BalasPadam
  13. wahai anak-anak....
    kamu adalah harapan ayah dan ibu...

    BalasPadam
  14. Abu Muaz..

    harapnya mereka mengerti, harapan ayah ibu adalah untuk kebaikan mereka di masa depan.

    BalasPadam
  15. Salam Kakcik Seroja,

    Satu puisi yang menarik, teringat zaman persekolahan saya dulu. Alam yang serba indah dan tak kurang pahitnya. Rasa ingin kembali ke zaman itu, tapi tidak memungkinkan.

    BalasPadam
  16. Salam Hj. Zed...

    kakcik tetap menanti coretan2 baru dari saudara. :)

    BalasPadam
  17. Salam Kak Cik...

    Masa kat Malaysia dulu, setiap kali Hari Guru pasti kami akan menyanyi lagu Guru Malaysia.. Ada satu part yg amat mnyentuh perasaan saya:

    "Amanah yang diberi
    Kami tak persiakan
    Apa yang kami janji
    Tunai tetap kami tunaikan"

    BalasPadam
  18. Salam Nida...

    mudah2an apa yang terkandung dalam lagu itu meresap dalam sanubari para pendidik dan dikotakan apa yang dikata. :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...