Klik klik

Selasa, Januari 05, 2010

Menaruh Harapan


Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui

Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh


Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap...
Dihati kecil ku menaruh harapan...

Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu...

14 ulasan:

  1. Mengimbau kenangan lama ke Kak Cik.. heheh

    BalasPadam
  2. kakcik,
    ehem..ehem...
    abang mus tu bukan tunang mike?...
    nyebut sendiri pulok... :-)

    BalasPadam
  3. Salam. Dulu saya memang suka lagu Zaiton Sameon ini. Selepas menerima musibah kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawanya, Zaiton Sameon langsung hilang talent. Lagu-lagu yang dirakam selepas kemalangan, tak menyengat lagi...

    BalasPadam
  4. Salam Pooh...

    kakcik teringat kat Kak Eton yg sekarang macam kena dengan lagu yang pernah dinyanyikan tu..

    BalasPadam
  5. Salam Adik..

    ehem.. mmg le dia tu tunang kesayangan teman. Kenalah sayang, w/pun sesekali mengguris hati kan? Lagu tu sekadar imbauan kenangan je!

    BalasPadam
  6. Salam Babah...

    begitulah suratan kehidupan...

    BalasPadam
  7. Salam kakciks..sihat??...smoga sihat la ye kak..lagu ni N teringat zaman kegemilangan kak eton tu dulu..seksi banget...dan musibah yg menimpa hingga meragut nyawa adik kak eton..dan lg teringat masa lagu tu top..N muda lagi..time tu baru2 nak kenal hubby..ekeke

    BalasPadam
  8. Salam N..

    Alhamdulillah, walau pun tak sihat sangat, tapi kakcik masih boleh datang ke pejabat. Kemalangan tu bukan meragut nyawa adik, tapi satu2nya anak Kak Eton. Waktu tu kakcik pun muda jugalah berbanding sekarang! :)

    BalasPadam
  9. Senikata yg sangat baik...
    Lagu yg menikam kalbu..jiwang2 laa
    tapi sayang..
    Zaiton masih tidak sedar akan peluang kedua yg diberikan padanya..
    Masih lagi tidak menutup aurat..(sekiranya kini dah menutup aurat-alhamdulillah)
    masih lagi...
    Kesian kak zaiton..
    Moga suatu hari nanti kesedaran tu akan tiba jua..

    BalasPadam
  10. Salam LB..

    kdg2 org sekeliling yg mainkan peranan. Kak Eton tu dahlah 'begitu' keadaannya. Sepatutnya mereka yang rapat - tak kiralah saudara mara, jiran sebelah rumah, tok ketua dan yg sewaktu dengannya, bimbinglah beliau ke jalan yang lebih baik...

    BalasPadam
  11. Masa mula lagu ni diudarakan oleh DJ Radio Malaysia Ibu Kota (ketika itu) oleh DJ Kamal Hassan, saya dah tahu lagu tu akan meletop...

    lalu saya ikuti dan hafal..

    bila selepas beberapa bulan, orang mula nyanyi lagu tu, saya pulak yang dah boring..heheheh..

    BalasPadam
  12. Azie..

    bila dihayati lagu ni, syahdu juga. :)

    Boring dgn lagu tak pe.. jangan boring dgn kehidupan...

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...