Klik klik

Selasa, Januari 05, 2010

Cerita pagi tadi..


Bangun seawal 4.30. En. Suami ajak keluar pergi makan roti canai. Tak mahu kecilkan hatinya, ikut saja. Dia pesan kopi panas, aku pesan milo ais (ambik kau.. sesubuh hari minum ais). Pesan tosei, kongsi makan berdua.

Masa dalam kereta, sembang2 mak alang berdua (syaitan tak jadi yang ketiga sebab dah sah ijab kabul lebih 23 tahun lalu). Dalam sembang2 tu, suami puas hendak mengingatkan nama seorang kawannya. Aku biarkan saja, kot2 dia boleh mengingatinya. Tak ingat2 juga, aku pun sebutlah nama kawannya tu. Memang betul nama yang kusebut. Lalu terjadilah dailog seperti berikut:

Aku : nanti kalau saya mati dahulu, kalau nak kahwin lagi, carilah isteri macam saya (hehehe.. sapa nak puji, kalau tak diri sendiri kan?) yang boleh ingat nama kawan2 suami, yang boleh tunjuk jalan kat suami walaupun tak pandai bawak kereta, yang sakit2 pun tetap masak, yang bla..bla..bla.. termasuk yang kuat berleter..

Suami : nak buat apa? Lebih baik tak payah. Anak2 pun dah besar. Lagipun nanti senang nak berjalan ke sana sini.

Aku : Oooooo.. maknanya saya ni menyusahkan la?

Suami : Saya tak cakap pun macam tu...

Hehehe.. setakat ini, masih boleh percaya kat En. Suamiku itu walaupun tak 100%. Orang tak betul je yang boleh letak kepercayaan 100% pada pasangannya. Biarpun dah kahwin 50 tahun.. jangan buat hal, hati manusia sentiasa berbolak balik. Itu pendapat peribadiku, ye kawan2. Nanti ada pulak yang melenting tak pasal2...

22 ulasan:

  1. Salam Kak Cik...

    Jangan minum ais lagi tau lepas ni (terutama waktu pagi)... bahaya... Kami sayangkan Kak Cik :-)

    BalasPadam
  2. Salam Nida...

    Terharu rasanya bila diri disayangi. :)

    Sebenarnya kebelakangan ini kakcik sering kepanasan. Simptom m*n*p*s kot! (ataupun sebab banyak dosa?)

    BalasPadam
  3. amboi kak minum es pepagi.. cam panazz je hehe

    BalasPadam
  4. ramai gak wanita minum ais, bila jumpa kedai ada ais,,tengo mesti meja diduduki wanita gadis,hhee walalpun memalam bute..

    berbanding lelaki....wanita DARAH panas/suam kok,,(bukan corner tau)

    ala rekomen cari pilihan baru tau..

    BalasPadam
  5. kakcik,
    saya pernah terfikir nak berdialog gaya macam kakcik.. (bertanya samada kalau saya meninggal... kawin lagi ke tidak...)
    Hmmm... puas pikir sebab kekadang kita bertanya tapi kita takkan sanggup menerima jawapan dari si dia... baik tak tanya... Takdirnya saya mati dulu... redha kan ajer... ( Ater... takkan nak melompat lompat dalam kubur?... ) :-)

    BalasPadam
  6. Salam Maiyah..

    sebab panas le yg minum ais pepagi tak celik tu.. :)

    BalasPadam
  7. Salam Zeq...

    orang lelaki tak minum ais ke?? Ish.. konpius kakcik ni! :)

    BalasPadam
  8. Salam Dik Mah :)

    teman selalu berdailog cenggitu dengan tunang teman tu. Entahle.. buleh teman tak ghase ape2 la pulok! :)

    BalasPadam
  9. Teman pun peronah juge betanye kan hei yang sama....kalo teman mati dulu, teman rase, ramei le org yang nak kan dia....ater, usah le dipikiokan hei tu, baik le kita pikiokan hei kita dalam kubor, aduhhhh.....

    BalasPadam
  10. Saya punya pendapat kalau ditakdirkan isteri mati dulu biarlah suami kahwin lain. Bukan apa waktu tuuu...anak-anak dah besar. Masing-masing dgn hal ehwal keluarga mereka sendiri. sapalah yg akan jaga ayahnya.Orang lelaki niii....kalau ketiadaan isteri seperti kucing hilang anak.

    Nak masak....nak basuh pakaian...nak kemaskan tempat tidur pun belum tentu boleh.

    Jadi biarkanlah ayah niii...kahwin lain. Bukan tidak setia sebenarnya.

    Anak-anak kenalah sangat-sangat memahami perkara ini.

    BalasPadam
  11. awalnya pegi ngeteh....selalu gitu ke kak cik...

    BalasPadam
  12. tapi isteri saya 100% yakin dan percaya kepada saya. saya cuma 50% je. tu sebabnya bila time saya bawa kereta, dia boleh tidur dari seremban sampai ke perlis (ada unsur kelentong sikit). tapi bila time dia bawa kereta pula, saya cuma dapat tidur 50% sahaja.

    BalasPadam
  13. Hmmm... rasanya macam dah dengar dah Abg Mus cakap ayat tu.. masa sesi dialog tentang poligami ritu.. hehehehe.. leh cayaaaaa...

    Walau apapun, benar Kak Cik, hati ni kalu nak ditukar atau diubah oleh NYA, bila bila jerrr...

    Takper, selagi hayat dikandung badan, kasihsayang pasti teguh..insyaAllah..

    BalasPadam
  14. Salam Fa..

    ate.. kalo kita dah mati, ape nak dipikiokan lagi. Yang idop, pandei2le deme ngughuihkan dighi memasing... :)

    BalasPadam
  15. Salam Abu Muaz..

    kalau dia nak kahwin lagi, apa yang boleh dibuat. Kita pun dah mati.. takkan nak bangun balik macam hantu cina kot! :)

    BalasPadam
  16. Salam Cikgu Jang..

    syesyekali je... bila mata dah tak mahu lelap lagi. :)

    BalasPadam
  17. Salam AL..

    itu bab bawak kereta.. bukan bab hati dan perasaan! Tapi bagi kakcik kalau En. Suami bawak kereta pun, selagi kakcik boleh celik, kakcik akan celik.. bab itu pun kakcik tak percaya. Pantang kakcik lelap mata je, mula la tekan minyak tak agak-agak... macam nyawa simpan dalam botol!

    BalasPadam
  18. Salam Azie...

    setakat ini, mmg itulah selalu jawapannya. Selagi sama2 masih bernyawa ni, mudah2an kasih sayangnya tetap untuk keluarga yang sedia ada. Perlakuan lebih bermakna dari ucapan. :)

    BalasPadam
  19. uikssss.. pagi2 minum ais. Tak elok kak cik...

    BalasPadam
  20. Salam Echam...

    haus la.. geram je tengok ais! :)

    BalasPadam
  21. kakcik, sebenarnya kalau dahaga tahap gaban pn, ais tak pernah menyejukkan.... apatah lagi dgn side effect dia, mmang tak elok minum

    kakcik, mak saya pesan, walau camana sayang sekalipn kita kpd seorang suami, simpan sikit untuk diri kita sendiri

    BalasPadam
  22. Salam Nanie...

    kakcik setuju dengan mak Nanie.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...