Klik klik

Rabu, Disember 09, 2009

Tetamu



tiba-tiba ada yang datang bertamu
dengan sopan dia mengetuk pintu
dan selayaknya sebagai tetamu
kulayan dia tanpa rasa ragu

kiranya dia datang dengan hajat tertentu
untuk merisik apakah aku ini adalah aku
yang pernah bersapa di satu waktu dulu
meskipun hanya salam dan terus berlalu

setelah dia pasti siapa aku
dibisikkannya di angin lalu
bahawa aku ini begini dan begitu
dan tersebarlah khabar dibawa bayu

berterbangan di udara bagaikan debu
tercalarlah maruah seorang aku
sedangkan aku sendiri tak mungkin tahu
apakah onar yang telah berlaku

biarkanlah apa yang telah berlaku
tak mungkin aku memutar waktu
tak mungkin juga aku akan mengaku
andainya aku tak tahu apa salahku...

26 ulasan:

  1. Salam...
    Tetiba ia menerjah di ruang mindaku
    Sambil memikirkan maksud tersiratnya..
    Namun sukar utk ku mengulas
    lantaran bimbang kesilapan tafsiranku..

    errrmmmm...Moga my lovely sis sentiasa diberikan ketenangan ...:)

    BalasPadam
  2. Ammboii..bermadah pulak kak cik nih..
    maybe dah terasa hilang sakit kaki tu kot..insyaAllah

    BalasPadam
  3. Salam Tinie..

    semalaman kakcik memutar ingatan.. mengingati di mana berlaku kesilapan.. namun kakcik gagal dalam kegelapan....

    BalasPadam
  4. LB..

    apa yang tersurat adalah apa yang tersirat...

    dua hari ni, kakcik memakai bengkung.. rasanya berkuranganlah sakit bila berdiri atau berjalan :)

    BalasPadam
  5. tak tahu nak komen kerana tak faham maksud tersirat... salah komen malulah .

    BalasPadam
  6. Salam kak..

    Indahnya bait2 yang terhasil.. penuh makna tersirat dalam perkataan yg tersusun indah :-)

    BalasPadam
  7. yelah kakcik, 2, 3 kali fa baca. Mungkin fa ni tak cukup puitis. Sapa tetamu yang dimaksudkan itu?

    BalasPadam
  8. Abu Muaz..

    tak mengapa.. sekadar luahan perasaan kakcik je.. :)

    BalasPadam
  9. Salam Nida..

    saat ilham datang, bukan boleh ditahan-tahan.. :)

    BalasPadam
  10. Fa...

    boleh jadi sesiapa saja... (biarlah rahsia bak kata Tok Ti..) :)

    BalasPadam
  11. Hmm... rasa macam Azie dah komen awal pagi tadi... tak masuk ek.. error?

    Salam Kak Cik.. madah yang best...

    BalasPadam
  12. Azie..

    komen Azie dah kena telan dengan Cucu Betong kot.. hehehe..

    apa2pun, terima kasih kerana sentiasa sudi menjenguk kakcik :)

    BalasPadam
  13. salam kakcikseroja:

    wah! sebuah luahan yang diolah dalam puisi
    cantik-cantik..

    BalasPadam
  14. Salam mamamin..

    sesekali meluah rasa.. :)

    BalasPadam
  15. KCS, macam terhidu bait2 pilu aje?

    BalasPadam
  16. cipta sendiri ke ciplak ce akak ?...best jugak ye membacanya

    BalasPadam
  17. CS..

    hanya Dia Yang Mahu Tahu apa yang terbuku di hati ini.. :(

    BalasPadam
  18. Cikgu Jang..

    puisi yang tak sepertinya itu adalah cetusan hati nurani kakcik sendiri... Tak tahulah kalau selepas ini, ada yang mengambil dan mengaku haknya.. maklumlah di maya ini..bukannya ada sekatan...

    BalasPadam
  19. Salam..
    Jangan diresah ujian mendatang,
    hidup kita perlu diceriakan,
    hayatilah puisi yg ingin ku bentang,
    moga boleh dijadikan panduan...

    BUKALAH PINTUMU, TUHANKU

    Ku ketuk pintuMu
    dalam kelelahan amarah
    bukalah meskipun sebelah
    ingin ku jengkuk menandakan kehadiran ini
    di terima sudah
    biarpun tidak sempat kubuang lelah
    di cadar malam
    bersama ratib malaikat kian menggelam.Di laman ini kurelaikan
    batu-batu dosa
    yang membelenggu jantung hatiku
    biar pecah berderai
    segala mazmumah
    hanyut bersama air mata keinsafan
    ke tuju penjuru alam
    berangkat dari wadi tadahan wahyu
    biar lebur istana Iblis.Aku berdiri di sini, berba’iah pada diri
    kesujudan ini sampai abadi
    keinsafan ini sampai ke mati
    di sana pun akan kutawaf
    arashyMu sampai bangkit
    kembali – bersama malaikat
    lelah dan keringat tidak ku hitung lagi
    mengalir membasahi bumi hakiki.

    Tuhan aku tidak mahu
    memaksaMu – kalaupun Kau tidak menerimanya
    aku sudah puas
    kerana kutelah gagahkan jua kudrat
    untuk rebah di sini – atas takdir Mu
    dengan luka maha dalam
    yang kuguris dari hakikat diri
    yang ku toreh dari lurah hati
    kuldi yang tertelan telah kuluah
    dengan muntah dan darah
    kupacak azam
    tidak mengulangi lagi
    bermain di jerat syaitan.

    Ku tahu luka di telapak kaki ini
    tidak setara dengan kepedihan dan luka
    tumit Siti Hajar dalam pertarungan
    membela putra anakMu
    tegang urat sarat ini
    melarikan harapan dari Safar ke Marwah
    tidak asin dalam keringat Ibrahim dan Ismail
    takkala membina rumahMu.

    Biarlah pada hari yang Kau izinkan ini
    terpenuhi dengan derita yang Kau maafkan
    yang mengalir di lembah Jannah
    kuturap bersama air mata penyesalan,
    hanya kupinta
    sandingkan aku dengan kekasihMu
    atas arashy dan khursyMu
    sampai kapan pun ingin kurebut
    kekasihmu itu, sampai kapan pun
    biar betapa hinanya pengantin ini
    hingga bulan dan mentari enggan hadir
    kenduri ratib ini
    namun kuhajati jua persandingan itu.

    Itulah yang ku impikan dari
    permusafiran ini
    Dengarlah oh Tuhan ku
    dengarlah…
    jerit pengembara yang luka
    jerit pengembara yang terseksa
    jerit pengembara yang fanak
    dalam cahaya kebesaranMu.

    BalasPadam
  20. Salam Niza...

    terima kasih atas kiriman puisi yang amat mendalam maksudnya itu...

    Mudah2an kakcik tak lupa untuk sentiasa muhasabah diri.. :)

    BalasPadam
  21. Ketuk pintu masih takpa. Jangan ketuk keliling rumah...

    BalasPadam
  22. IM..

    ketuk keliling rumah tu.. nak mandrem kot! :)

    BalasPadam
  23. tetamu?.. yelah hnya tetamu.. dtg dan pergi

    BalasPadam
  24. saper lar tetamu yg kuang ajor tu kakcik?
    lenkali kakcik check lar dulu sebelom bukak pintu heh!
    ingat tu pesanan ini...
    er...yg penting tetamu tu bukan kita, kan kakcik kan? kan?

    BalasPadam
  25. Dik Maiyah..

    iye.. tetamu datang dan pergi.. dengan atau tanpa niat yang tersendiri mahupun tersembunyi...

    BalasPadam
  26. QJ..

    bagi kakcik, kalau yang datang bersama salam, tentunya orang yang punya setidak2nya selapis keimanan.. tapi, itulah.. kita bukan tahu niat di hati orang...

    hehehe.. jangan bimbang QJ bukan orangnya...

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...