Klik klik
Selasa, Disember 08, 2009
Apakah aku cerewet?
(gambar sekadar hiasan)
Sabtu lalu, aku menghadirkan diri yang tidak berapa sihat ini ke satu Majlis Perkahwinan. Memang seronok berjumpa dengan kawan-kawan yang sekian lama tidak berjumpa (gambar belum upload). Tengok dari luar - memang nampak kemeriahan majlis tersebut walaupun dibuat di Pusat Komuniti. Pelaminnya pun - waduh! gah gitu...
Biasalah kan.. kalau majlis di dewan, tetamu datang dan pergi..
Aku dan keluarga bersama keluarga adikku Nora sampai agak awal - jadi, tetamu pun belum ramai. Selepas bersalaman dan berpelukan dengan 'tuan rumah', kami pun menuju ke meja makan (makanan disediakan secara buffet). Bila melihat pinggan dan gelas minuman yang disediakan, aku jadi terkedu! Mengapa? Pinggan dan cawan agak basah dan nampak tak bersih! Maklum saja, kalau pinggan mangkuk jenis 'melamine' memang mudah lekat 'karat' makanan kalau tidak dicuci dengan betul. Lepas satu, satu gelas aku angkat untuk mengisi air.. semuanya berkarat! membuatkan seleraku jadi terbantut. Sudahlah basah, melekat pula sisa-sisa yang tidak dibersihkan. Kalau ikutkan, belum ramai yang hadir.. jadinya, gelas dan pinggan sepatutnya kering kerana belum di'guna semula' untuk tetamu seterusnya.. Walaupun aku mengisi air dalam gelas.. sampai sudah, aku langsung tak minum.
Aku cuma mengambil sedikit nasi dengan seketul daging dan seketul ayam. Di suapan terakhir, aku tergigit sesuatu yang agak keras. Bila aku keluarkan dari mulut dan melihat 'benda' yang kugigit.. bentuknya betul-betul seperti kuku yang dipotong! uwekkkksssss.... Disebabkan tak mahu merosakkan majlis, aku anggap apa yang kugigit itu adalah cebisan serai yang tak hancur (sedangkan tekakku punyalah loya!)..
Aku sama sekali tidak menyalahkan tuan rumah dalam hal ini. Apa yang kukesalkan adalah 'caterer' yang dibayar dan diberi tanggungjawab untuk menyediakan hidangan di majlis tersebut. Kalau dah tahu kotoran yang melekat itu tidak boleh ditanggalkan (suamiku membuat teguran kepada pekerja katering itu..), mengapa tidak digunakan sahaja gelas pakai buang? Mungkinkah terlalu mengejar keuntungan sehingga tidak memikirkan malu yang bakal ditanggung oleh tuan rumah?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
jenis nak untung banyak caterer ni...
BalasPadamAbu Muaz..
BalasPadamnak untung tak apa... tapi, jagalah kebersihan dan jangan mengaibkan orang lain..
nyammfahh kannns.. uhuhu
BalasPadamen_me..
BalasPadampuas kakcik nak memahami ayat en_me tu.. :)
rupanya.. nyampah kan? hmmm.. mmg nyampah!
issshhh itu katerer mau kejar duit aja. itu quality kebersihan.. quality makanan tu satu hal pulak.. mesti tak cukup rasa kan..
BalasPadamKuina...
BalasPadamdah buat bisnes tu, depa kena la buat betoi2 kan??? ni asek nak kejar duit je.. nanti jadi tak berkat pulak!
Salam Kak Cik,
BalasPadamRasa sikap kak cik tak lah cerewet.Kalau kena pada saya pun saya akan rasa apa kak cik rasa..
Caterer musim ni dok ligan order..main terima saja..Ya lah bisness berkala..quality control hampeh..
Nanti kak cik nak kawinkan anak pilih caterer yg betul-betul.Pengalaman itu adalah pengajaran dan ikhtibar..
Salam anak muallaf..
BalasPadambetul tu... nak kejar untung.. QC campak ke tepi...
Sian tuan rumah. Bila ambik catering mestilah dia nak yang terbaik, aleh-aleh depa tak buat betul2. Actually kakcik, tuan rumah kena tau perkara ni, so that depa boleh cari caterer lain pulak next time...kan? kan? kan?
BalasPadamBila tuan rumah sound pada caterer, barulah caterer pulak dapat tahu yang staff dia buat kerja main2.....
Tak gitu?
Fa..
BalasPadamkdgkala tuan rumah ambil atas dasar 'kawan'.. yang sedihnya bila 'kawan makan kawan' :(
salam kakcik, dah sihat?
BalasPadamrasanya kakcik tu bukan lah cerewet, kalau saya pu macam tu. Bab2 makan ni jgn dibuat main, cepat jer loya tekak. Betul katerer tu jenis nak kaut untung lebih, tp QC hancur, orang macm ni senang nya di dunia jer
Hello Kakcikseroja, I was at Somuffin's place noticed your callsign and busybody over.
BalasPadamI love your humour, your profile, 'Occupation....Tea Lady'. Arhaaaaha ha ha.
Thats a good one.
Regret my bahasa sebelum Merdeka, takut nak comment, nanti get mistaken for marriage proposal, itu la lecheh, ha ha.
You have a nice day and keep a song in your heart, Lee.
Salam Nanie..
BalasPadamsihat 100% tu tak la.. ada rasa pening, sengal dan hari ni datang ke pejabat pakai bengkung! Harap2 adalah orang yang berterus terang dengan katerer tu utk kebaikan dia juga di masa depan kan?
Hello Uncle Lee..
BalasPadamterima kasih sebab 'datang' ke 'rumah' kakcik ni.. Nak minum teh tak? :)
Itu bukan cerewet tetapi Kakcik seorang yang mementingkan kebersihan.
BalasPadamKaterer yang tak bertanggungjawab. Patutnya Kakcik maklumkan pada tuan rumah supaya tuan rumah tu "bambu" katerer tu.
Zool..
BalasPadamnak juga bagitahu kat tuan rumah, tapi, kakcik tak mahu dia 'termalu' :)
yekkkk.. pengotor betul caterer ni... HAMPEHHHHH!!!!
BalasPadamSalam my dear Sis..
BalasPadamNi baru baca citer ...dah rasa loyaaanyaa...
tak tauuu lah akak..lagi2 lah loya ekkk..
aduhaiiii...
Echam...
BalasPadamtu la pasal :(
Tinie..
BalasPadam3 4 hari tak hilang loya.. sampai skrg terasa2 :(
akak xcerewet..
BalasPadamkalo saya pun camtu gak...rasa kembang je tekak
KakCik, kalau belum sihat betul, nape gi 'jenjalan'? Ni marah nih :-)
BalasPadamNi kali kedua I baca kat blog cerita caterer tak tahu jaga air muka tuan rumah. Yalah kan, kalau nampak berair n berlemuih aje pinggan dan gelas, kembhang gak tekak dan tengkuk..
CS..
BalasPadamkalau larat..esok2 anak kawen mcm nak buat sendiri je semua... hehehe.. beso hajat la pulak! Kalau kat kampung mungkin boleh dilaksanakan kot..
Sian tuan rumah tuh...tapi sekarang kan,...susah nak cari kenduri yang tuan rumah masak sendiri kan??...uruskan majlis sendiri, macam majlis kampong orang dulu2...kerjasama, masak ramai2....hahaha...<---cakap senang, bila kenduri datang time makan jgk..hehe...~
BalasPadamKak Cik.. kesian..
BalasPadamKisah ni menjadi teladan kpd kita. Jika nak ambil caterer, elok bertanya-tanya pada orang yg biasa menjadi pelanggan sekian-sekian caterer..
Jika kita puas hati dengan survey yg kita buat, insyaAllah, kita akan turut happy.
Bagi caterer gitu, tak rasa bersalah ker, bisnes makan yg akan jadi darah daging.. Berdosa wooo...
ops!
Mimi...
BalasPadambukan setakat kembang tekak... dah loya macam orang baru ngandung je!
Daud..
BalasPadamesok2 bila Daud nak buat majlis kawen, pakat panggil makcik2 blogger tolong buat majlis rewang kat rumah Daud, nak? :)
Azie..
BalasPadamtu la pasal.. kalau bab lauk dah nak basi, biasa kita dengar.. dan pernah terkena kat batang idung kakcik. Tapi, kalau bab pinggan mangkuk kotor - takkan tak perasan kot. Lauk hampir basi sebab masak awal. Pinggan mangkuk kotor sebab basuh lambat agaknya...
salam kakciks
BalasPadamNasib baik N x pi sekali dgn kakciks masa tu..kalo x kita mesti dua2 duk meloya jer la..ish apa la caterer mcm tu kan..tpai kan ke selalu yg N tau..kalau buat di dewan ke guna caterer mesti la grand dan kemas susun atur dan menu bagai semua..(ni pengalaman N yg penah pegi la)..tpai x sangka plak kakciks yg kena mcm tu..bukan kakciks cerewet..kalau N pun sama gak..x lalu nak makan kalau kotor..biar x sedap x pe..janji bersih..tu prinsip N la kan..bab kebersihan mmg kena amik berat pun kan..jgn tgok pengantin je lawa..pinggan mangkuk kotor..eeeyakkkk...geli lak dgar ni..tuk kakciks sabor jer la ek..musim kawen ni semua pun kena teliti tgok kualiti nak makan tu k..tuk kakciks smoga sihat2 selalu..
aduss akak tekak sy pun naik loye nih
BalasPadamN..
BalasPadamkakcik tak tahu apa pandangan orang lain. Nampak mcm ok je.. itu sbb kakcik takut kalau kakcik je yang dikatakan cerewet.. berhari2 kakcik masih terkenang dan terbayang.. :(
Dik maiyah..
BalasPadamtu baru baca. Kalu kena mcm kakcik, mahu terus muntah agaknya!
bagus kakcik sbb dapat kawal citarasa..hee
BalasPadamkalau tidak tentu ramai kat situ..Mesti orang syak kakcik ni membawa budak sebab tu muntah..hee kan..
kah kah....sian kak cik....makan kat kedai jelah lepas balik kenduri tu...
BalasPadamSalam kak..
BalasPadamKesian tuan rumah, mesti malu... caterer mesti lepas tangan je.. ni ler akibatnya klu terlalu memikirkan keuntungan.. kebersihan soal terakhir.
Kalau saya jadi akak pun loya nak makan...
kat KL ni I selalu alami kejadian serupa, biasanya I lagi brutal, teruih komplen kat mak pengantin n tak makan dah...tu pasal I tak suka nak upah org bila wat catering, kalu terpaksa pun I lebih suka guna khidmat tentera2 yg nak cari duit poket..depa lebih berdisiplin, kemas,menepati masa dan yg lebih penting, pembersih!
BalasPadamselalunya caterers nih, amik mat2 yg ntah apa2 ntah, ramai gak pendtg....nak untung byk punyer pasal..lenkali kena adu kat mak pengantin..
pst..kdg2 tu antara caterer ngan mak pengantin bukan org lain, tu yg payah sket...
LB...
BalasPadamaduhai.. kalau kakcik buat hal kat situ.. bukan tuan rumah yang malu.. kakcik dan keluarga kakcik yang malu.. apahal 'nenek' ni.. orang lain yang kahwin, orang lain pulak yang 'wek-wek" :)
Cikgu Jang..
BalasPadamdah balik pun tak lalu nak makan.. mana gayanya? :)
Salam Nida..
BalasPadamhmm.. itulah..Kalau adalah katerer yang baca coretan kakcik ni, harap boleh ambil iktibar...
QJ..
BalasPadampatutnya kakcik pun kena brutal macam QJ kan? Terusterang je pada tuan rumah... :)