Klik klik

Khamis, Disember 10, 2009

Maaf!


aku masih tak punya 'rasa' untuk bercerita
hatiku ini masih tercalar
naluriku masih tertanya-tanya...

aku bukan maksum
aku tak boleh menelan segala kepahitan begitu saja..

aku akan cuba
untuk menilai kembali diri
mungkin aku bersalah di mata orang
tapi aku sendiri tak pernah sedar.....

34 ulasan:

  1. Salam Kak CIK...

    apa khabar hari ini?
    AYAH Kak Cik pula apa khabar...

    BalasPadam
  2. Salam..
    Terasa bersama kesayuan di hati.......

    BalasPadam
  3. Salam Kak Cik..

    Fitrah manusia.. adakala sedih dan duka datang bertandang.. Insya Allah akak kuat utk hadapi dugaan yg menimpa

    BalasPadam
  4. Hi Kakcik Serojah, bahasa saya da karat, ha ha, and you say your English not good....jangan worry kakcik Serojah...ada juga banyak kawan datang blog saya pun ta'pandai English....sama macham bahasa saya....macham anjing kuching, ha ha.
    Tetapi jadi kawan ta'paya faham ke ta'faham English ke bahasa....
    nampak you datang da saya suka hati.

    So, tulis your bahasa, saya nak belajar, ha ha. Kaku sala bi=oleh ketawa, ha ha.

    Saya bacha your posting ni, about your 'hati'?
    Okay, saya lepas handbrake sekarang.....

    Dari mana punai melayang?
    Dari paya turun ke padi.
    Dari mana datang sayang?
    Dari mata turun hati.

    Bagaimana menangkap landak?
    Diasap pintunya dengan api.
    Bagaimana mula berkehendak?
    Dari mata turun hati.

    Atas pantun tu ada la satu pakcik ajar saya dulu dulu lama bila saya ahemmmm, ada kawan perumpuan Melayu, ha ha.
    Nak ikut P. Ramli sikit.....ha ha.
    You have a nice day, Lee.

    BalasPadam
  5. Eloklah tu..gitu selalu..
    Biasakan isi salam perpisahan..
    Kala tiap pertemuan tu dgn ungkapan setahun sekali yg dijadikan kebiasaan ..iaitu..
    Jumpa lagi dan MAAF ZAHIR BATIN..

    BalasPadam
  6. Salam Azie..

    kakcik ok... Bapak pun ok.. :)

    BalasPadam
  7. Tinie sayang..

    perasaan itu ada waktunya di luar kawalan kita.. :)

    BalasPadam
  8. Daud...

    musim hujan ni (tapi skrg dah panas..), perasaan mudah terbawa-bawa... :)

    BalasPadam
  9. Nida...

    perasaan juga anugerah dariNya.. InsyaAllah kakcik akan cuba mengawal perasaan2 yang 'bukan2' ini.. :)

    BalasPadam
  10. Hi Uncle Lee..

    terima kasih kerana datang lagi. Kakcik suka sangat. Uncle masih ingat dengan pantun-pantun lama tu, ya? Bagus-bagus.. kakcik nak jawab pantun uncle macam ni..

    Helang hitam terbang melayang
    mencari makan di tengahari
    kalau hati dah rasa sayang
    jangan dipujuk dibawa lari...

    hahaha.. ok tak uncle??

    BalasPadam
  11. LB..

    semut pun kalau berselisih sentiasa bersalaman, kenapa kita pula yang sombong memaling muka, berat menghulur salam sesama kita..kan?

    BalasPadam
  12. Hi Kakcik Serojah, ha ha, chantek pantun you...
    Okay, saya lepas satu lagi.....

    Kalau tuan pergi ke bendang, jangan petik buah rumbia.
    Tuan laksana bulan yang terang,
    Cahaya liput serata dunia.

    Awan bertepuk mega bersorak.
    Bulan terbit dipagar bintang.

    Orang belayar lautan ambung,
    Patah tiang timpa kemudi.
    Putus benang boleh disambung,
    Patah arang suda sekali.

    Bolek ke tidak? Ha ha....saya suka pantun ni....
    'patah arang suda sekali'. Betul tu.
    Waaa, ni pantun patut mesti lepaskan di Pantai Cinta Berahi, Kelantan, ha ha, bawa bulan terang....pegang tangan...
    mata jaga macik tada, ha ha.
    Selamat malam dari Canada, Lee.

    BalasPadam
  13. salam kak
    erkkk...apsal kak?
    apapun harap akak tenang2 selalu :)

    BalasPadam
  14. sedih takpe jgn lara...nanti merana

    BalasPadam
  15. Uncle Lee..

    sekarang bukan Pantai Cinta Berahi.. tapi, Pantai Cahaya Bulan..hehehe..

    kakcik jawab pantun uncle :

    Riuh rendah bunyi di seberang
    kiranya orang berperang saudara
    kalau saya bulan yang terang
    tuanlah pungguk yang sedang lara..

    Tidak menegur dikata sombong
    hendak menegur berhati-hati
    putus benang boleh disambung
    patah hati bawa ke mati... (hahaha....)

    Uncle tahu tak erti lara?? Lara ertinya sedih.. :)

    BalasPadam
  16. Mimi..

    dah tua2 macam kakcik, hati cepat tersentuh.. :)

    BalasPadam
  17. Cikgu Jang..

    sedih dengan lara tu kan adik-beradik? :)

    BalasPadam
  18. kakcik tak faham maksud kakcik, tp apa2 pn bawa2 lah bersabar

    uncle lee dgn kakcik main pantun2, nak join tapi tak reti, hehe

    BalasPadam
  19. Nanie..

    kebelakangan ini.. kakcik tiba2 jadi sensitif.. mudah2an ianya tidak berlarutan :)

    jom la join kakcik berbalas pantun dengan Uncle Lee....

    BalasPadam
  20. apapun akak kene jaga kesihatan slalu jgn bwk sgt berfkr yg bukan2

    BalasPadam
  21. Terimakasih dik Maiyah..

    syaitan mmg suka menghasut, kan? kalau fikir yg bukan2.. nanti senang je dia merasuk...

    BalasPadam
  22. Seronok baca komen Uncle LEE.. btw saya pun melawat dah blog dia, suker sbb ada banyak pic yg sangat susah nak jumpa. Nostalgia..

    Nampaknya Uncle LEE ingat2 lupa ejaan.. sbb banyak ejaan masih guna ejaan lama (contoh: chantek)

    Sori ler menegur (bukan nak tunjuk pandai) saja nak bermesra.. hehehe
    btw..
    Pantai Cinta Berahi di Kelantan tu dah lama tak guna nama tu lagi UNCLE

    PCB tu dah jadi Pantai Cahaya Bulan...

    BalasPadam
  23. Salam kakChik
    Adat dan lumrah hidup ini
    apapun..semoga kakchik jaga kesihatan baik-bak ya.
    PID ni memang memeritkan kak,jadi jangan kisah kata orang..

    BalasPadam
  24. Salam Kak Cik
    Ngapeler mike jadi camni? Usah dibawa hati yang lara. Sampei matipun tak sudah laranye. Adap ajer ler ape yang datang. Bebanyakler bersabor.

    BalasPadam
  25. Semacam saja kedengarannya? Apa kena ni? Lumlahlah kehidupan - gembira dan sedih, berjaya dan gagal, luka dan parut adalah asam garam kehidupan.

    BalasPadam
  26. Azie..

    kakcik mmg perasan ttg bahasa Uncle Lee tu.. tp, dia dah mengaku yang dia masih gunakan bahasa sebelum Merdeka.. lagipun, dia skrg menetap di luar negara.. sekurang2nya Uncle tak lupa Bahasa Melayu :)

    BalasPadam
  27. Salam Ummu ..

    kdg2 kita perlu juga dengar apa yang orang kata ttg kita, kerana mungkin kita selalu SS sampai tak perasan tingkah laku kita yang memualkan orang lain! :)

    BalasPadam
  28. Abu Muaz..

    tak ada apa-apa... cuma sindrom wanita yang semakin dimamah usia.. :)

    BalasPadam
  29. Salam Yop..

    kalo tak sabo.. tak tahu le apa jadi dengan idop ni.. ntah2 dah lama kuluhum gamoknye! :)

    BalasPadam
  30. Sdr Prasert..

    betul tu.. semuanya adalah asam garam kehidupan.. :)

    BalasPadam
  31. dah dah jangan nangis..nanti saya ikut nangis,
    sifat biasa wanita, kalau lelaki itu lain lah sikit (opps Banyak)..insan biasa..

    BalasPadam
  32. Salam Zeq...

    kakcik dah berhenti nangis ni.. Suka sebab tengok Zeq datang semula :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...