Klik klik

Rabu, Disember 30, 2009

Perlukah?


berpusu-pusu menanti detik itu
bertebaran bagaikan kelkatu
bersentuhan bahu dan siku
bergeseran tak kenal malu

tak perlu dikira satu persatu
memang jelas ramainya anak bangsaku
meresahkan hati ayah dan ibu
pulang ke rumah tak menentu waktu

perlukah dirai ketibaan tahun baru
dengan pelbagai pesta dan lagu
hingga menakutkan jin dan hantu
entah siapa yang lebih celaru

sudah-sudahlah duhai bangsaku
usah terleka dengan hiburan melulu
tiada ertinya sambutan itu
andainya esok kita terpaksa memakan batu!

40 ulasan:

  1. Mmg tak perlu sambut pun..
    lebih2 lagi dgn sambutan yg keterlaluan dan melanggari batasan adat dan budaya melayu ketimuran (belum sebut adap beragama lagi)..
    Tapi apakan daya kita terikut-ikut dgn barat (Y&N)sejengkal demi sejengkal...

    BalasPadam
  2. dah makan batu pun kakcik sekarang nii... tapi masih tak sedar diri.
    Konsert tahun baru penajanya TM.... dengar ceritanya bawa masuk kumpulan rock yg hebat-hebat.

    tapi apa peranan kerajaan ya? lansung tak kesian pada anak remaja islam kita.

    BalasPadam
  3. kakcik,
    terpulang pemerintah jugak..
    kalau dah pemerintahnya pun turut terkinja2 nak tunggu detik itu,
    rakyat yg bodho /pak turut ikut sama..
    cuba pemerintah haramkan pesta tahun baru...
    takdelah orang nak berkumpul....

    BalasPadam
  4. salam Kak Cik..

    Ni ler penyakit sekarang.. hiburan become first... yang melalaikan, melekakan tu yang diminati, yang dikejar2...

    BalasPadam
  5. Malam tahun baru nanti berselerak ler depa....

    BalasPadam
  6. LB..

    sedihnya bila kita hanya mengikut yang mungkar.. Yang makruf kita ketepikan. Maka bersoraklah musuh Islam melihat kita berjaya diperdayakan.. :(

    BalasPadam
  7. Abu Muaz...

    Ini satu hal lagi.. asyik2 bawa yang dari luar (bukanlah pulak nak menyokong konsert artis tempatan yang tak habis2 tu.. tak ada faedahnya pun). Jangan sampai tak lama lagi kita pun tak tahu mana rakyat tempatan, mana PATI. :(

    BalasPadam
  8. Adik..

    itulah masalahnya. Nanti bila kita bercakap, diakitkan pula dengan politik. Tapi ini adalah dasar yang Pemerintah kena bertanggungjawab. Kalau dah Pemerintah pun terlalak sama di pentas, apa lagi nak dikatakan? :(

    BalasPadam
  9. Nida...

    ye.. betul... yang melalaikan itulah yang jadi keutamaan nampaknya. Apakah untuk membuatkan rakyat terlupa dengan segala kebejatan yang sepatutnya diberi perhatian? Entahlah.. :(

    BalasPadam
  10. Azie..

    berserakan yang menaikkan bulu roma para syaitan! :(

    (keras pulak bahasa kakcik kali ini, ya?)

    BalasPadam
  11. satu seloka yang indah dan bermakna dan tepat dengan masanya. saya pun risau dengan anak2 bujang dan anak2 dara saya. minta2lah mereka tak hanyut dengan itu semua.

    BalasPadam
  12. AL...

    samalah kebimbangan yang bersarang di hati kakcik ini. Anak2 meningkat remaja dan dewasa, takut ada ulah dan helahnya yang tak terduga oleh kita.. :(

    BalasPadam
  13. Bila New Year's Eve beria2 disambut tp awal Muharam, kat masjid2 lengang je

    BalasPadam
  14. Salam Aidah...

    kenyataan yang tepat! :(

    BalasPadam
  15. acu tak suka nak ke KL kalau time new year
    jalan jam di sana sini..
    pening kepala tengok orang ramai bersesak
    restoran2 pun penuh orang..huh!
    baik le dok umah layan tv kat umah lagi best
    aman je...

    BalasPadam
  16. @cu..

    betul tu. Tak payah la nak bersesak2 kat kl atau di mana saja sambutan tak berfaedah tu diadakan. Buatnya masa tu turun bala, ke mana diri hendak di bawa?

    BalasPadam
  17. salam kakcik..

    betul kakcik..sedih tgk anak bangsa kita ni skrg..mmg la pendidikan bermula dr rumah..tp kalo pemerintah plk asyik menyajikan..menggalakkan benda2 yg mungkar mcm ni..entahla kakcik..mencabar betul nk mendidik anak2 zaman skrg ni..mintak jauh la anak2 kita dr benda2 yg x elok semua tu..

    BalasPadam
  18. Salam Nora..

    catatan yang kakcik buat ni sebenarnya melambangkan kerisauan hati kakcik. Memang anak2 dah kita beri pendidikan sedari mereka belum mengenal apa2 pun, tapi bila mereka dah mula keluar, w/pun ke sekolah.. persekitaran di luar adakalanya lebih kuat mempengaruhi. :(

    BalasPadam
  19. apabila itu yang diajar kepada kami sebagai anak muda,...bukan kami minta diajar menyambutnya,..tapi kami didedah dan dibelai dengan paling kurang ucapan sms...

    tiada suruhan untuk memelihara kiraan tahun Hijrah oleh Nabi SAW,...baiklah,..tapi kenapa tahun Masihi (Al Masih)(kelahiran Jesus) juga yang di ambil...??..

    sistem kita sendiri pun dah kena jajah, tapi orang2 tua pesan jangan ikut penjajah...!!...wal hal mereka membebaskan kami anak muda untuk menerima satu persatu cara penjajah..~

    BalasPadam
  20. Daud...

    mungkin kakcik tak arif untuk menjawab persoalan daud ini secara ilmiah. Daud sudah pun ke menara gading sedangkan kakcik hanya berpendidikan menengah rendah. Tapi, sebagai seorang ibu, kakcik amat bimbang dengan gejala 'menelan tanpa mengunyah' anak2 muda sekarang. :(

    BalasPadam
  21. saya antara org paling beruntung pada tahun bari itu nanti...sebabnya tiap2 tahun org akan menyambut tahun baru dan hari lahir saya....hehehe (sedikit perasan )....

    BalasPadam
  22. Cikgu Jang...

    takut seandainya kakcik terlupa nanti, maka kakcik nak ucapkan 'Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran' awal-awal. :)

    BalasPadam
  23. I masih ada MALU you, tak nak gesek2 gensel tau..

    BalasPadam
  24. salam..
    betul tu.. kak cik.. tak perlu nak sambut tahun baru.. apa yg nak di rai kan kalau idup kita duk di takuk yg lama.. yg miskin bertambah miskin dan yg berkuasa semakin mencekik.. cukup lah setakat berkumpul sesama keluarga.. masalah sosial pun tak timbul..

    BalasPadam
  25. salam...
    bahasa yang diguna begitu puitis...terdapat unsur pengulangan vokal dan konsonan....pemilihan kata simple dan mudah dipahami....unsur personapikasi digarap sesuai dengan keadaan..
    appy selalu..

    BalasPadam
  26. Salam Kakcik. Sinis betul puisi/sajak ciptaan Kakcik ni. Tetapi saya suka. Kakcik memang berbakat. Boleh tutup blog bahasa Melayu saya. Takutnye...

    BalasPadam
  27. salam..

    Pengikut syaitan dan para pemuka akan tersedu dan merenung panjang dalam diri masing-masing, mengenang kemuncak masa hadapan iaitu Hari Akhirat apabila membaca firman Allah dalam al-Quran: (maksudnya) “Ketika mereka yang menjadi ikutan itu berlepas diri daripada mereka yang mengikutnya (para pengikut), dan mereka semua melihat azab (keperitannya), dan terputuslah segala hubungan di antara mereka. Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah mereka yang menjadi pengikut: seandainya kami mempunyai ulangan (peluang kembali ke dunia) maka kami akan berlepas diri daripada mereka seperti mana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)! Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amalan-amalan mereka menjadi penyesalan kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka. (surah al-Baqarah: 166-167).

    Begitulah gambaran yang Allah nyatakan tentang salah satu suasana Hari Pembalasan. Ramai mereka yang menjadi ikutan atau yang mengumpulkan pengikut akan berlepas diri daripada para pengikut mereka kerana ketakutan yang amat sangat melihat azab Allah yang disediakan disebabkan dosa dan kezaliman yang pernah mereka semua lakukan.

    BalasPadam
  28. saya pun x paham kak...
    apala yg nak ditunggu2 sampai tgh malam berembun campur2 gitu....
    tapi apa nak buat...
    dah pemimpin2 pun sokong je

    BalasPadam
  29. Depan rumah Azie, ada padang besar yg KAKCIK tengok tu kan, selalu ada sambutan.. tp kami tak pernah turun tengok..duk umah lagi selesa...

    BalasPadam
  30. Salam Uda..

    betul.. rasanya lebih seronok berkumpul anak beranak. Lebih tenang bila anak2 ada di depan mata. :)

    BalasPadam
  31. Salam Pak Long...

    aduh.. malu kakcik dengan ulasan pak long tu... :)

    BalasPadam
  32. Salam Babah...

    eh.. janganlah macam tu.. malu kakcik tau.. kakcik pun masih perlu banyak belajar. Kadang2 mengintai2 di blog Babah untuk mengetahui sama ada penggunaan susunan bahasa kakcik tu betul atau tidak. :)

    BalasPadam
  33. Salam Niza...

    para pemimpin bukan tidak mengetahui akan hukum hakam, malah adakalanya mereka lebih arif. Malangnya mereka 'memilih-milih' hukum bagi disesuaikan dengan kehendak mereka. Alangkah baiknya mereka segera kembali kepada yang hakiki dan membawa para pengikut ke jalan yang benar-benar diredhoi oleh Al Malikul Mulk. :(

    BalasPadam
  34. Salam Mimi...

    suara kita terlalu 'kecil' untuk menegur! :(

    BalasPadam
  35. Azie...

    jadikanlah 'rumahku syurgaku'. Dikelilingi anak2 lebih membahagiakan hati seorang ibu drpd tertanya2 di mana anak kita berada. :)

    BalasPadam
  36. Salam buat kak cik yang dirindui dan dikasihi...

    Kalau diberi pilihan, zai nak berpindah ke syria, nak terasa hidup dalam sebuah negara Islam yg sebenarnya..Malaysia dah jadi negara sampah..macam2 perangai manusia yg dok ada...serabut kepala otak nak memikirkannya..

    BalasPadam
  37. Salam kakcik seroja..
    moga sehat selalu..

    dari batu dah jadi pepasir dan debu
    itulah yg ditelan melulu
    aku mmg sering terganggu
    bila memikirkan ttg anak2ku..
    masa depan yg kelabu
    diidngin dan dibeku
    oleh jiwa2 yg kaku...

    BalasPadam
  38. Salam Zai...

    terima kasih kerana meluangkan masa singgah kat rumah kakcik di dalm kesibukan Zai..

    Andainya kita mempunyai pilihan.. tentu saja kita ingin memilih yang terbaik. Namun dalam keadaan yang 'mahu atau tidak inilah yang kita ada', kenalah kita mempersiapkan diri dan keluarga untuk menyisih sampah dari melekat di persekitaran kita. :(

    BalasPadam
  39. QJ...

    nampaknya sekarang ni selalu tak sihat, bukan sihat selalu! Apa2pun, Alhamdulillah, syukur kerana masih diberi kesempatan olehNya untuk menghirup udara di muka bumi ini. :)

    Memikirkan tentang anak2, tentang masa depan mereka, memang boleh membuatkan tidur yang lena jadi terganggu, makanan yang enak terasa bagaikan menelan pasir dan debu!

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...