Klik klik

Selasa, Disember 29, 2009

Kebaya

pemberian simbolik melalui maya oleh Lee dari Toronto


Waktu muda dulu, masa masih lagi pakai saiz M, aku memang suka sangat memakai kebaya. Perasan cantiklah kononnya. Padahal saiz dari atas ke bawah macam pokok pinang.. lurus je.

Lepas kahwin, masih lagi suka pakai kebaya. Tapi.... hari pertama aku sarungkan kebaya waktu nak pergi kerja selepas duduk serumah dengan En. Suami, dia boleh bertanya, 'nak ke mana tu?' Aku jawablah 'nak pergi kerja'. Selamba je En. Suami suruh aku salin balik pakai baju kurung. Entah apa alasannya, aku pun tak pasti. Rasanya, dia tak suka aku memakai pakaian yang menunjukkan bentuk tubuh.



Lama jugalah aku tak memakai kebaya sehingga munculnya fesyen kebarung. Kebarung lebih kurang macam baju kurung - longgar, jadi En. Suami tak kisah. Agaknya aku ni memang degil, dari kebarung, aku mula memakai kebaya semula. Masa tu dah beranak tiga. Aku berjaya menguruskan badan selepas beberapa bulan berdiet. Konon nak tunjuk badan yang dah kurus, aku pun melaram semula dengan kebaya. Ditakdirkan Allah swt, aku mengandung anak keempat. Mula saat itu sampai kini (anak bongsu dah 8 tahun ++), padan muka aku.. badan dah tak kurus lagi. Sekarang pergi kerja, kebanyakannya hanya kurung dan jubah jadi pakaianku. Saiz pulak kalau tak XXL, paling kecik XL!


26 ulasan:

  1. acu pun selesa berjubah atau berbaju kurung bila ke pejabat...

    BalasPadam
  2. Salam my lovely kakCiks..:):)
    Kebaya..??ermm..dah lama tak pakai ..ye laa..nak student consentrate yg kita ajar..tup2 tang lain lakkkk diconsentratenyaaa....aduhaiiiiiiiii!
    Tak ke haru biru tuuuhh..!!

    BalasPadam
  3. Salam @cu SaYaNg...

    betul.. pakai baju kurung atau jubah memang selesa.. :)

    BalasPadam
  4. Salam My Dear Tinie...

    hmmm.. murid2 sekarang.. cepat matang dan kurang rasa hormat pada guru... Mudah2an kita dikurniakan anak2 yang tidak sebegitu sikapnya.

    BalasPadam
  5. Kak Cik,
    Itu tanda kak cik cukup makan. Senang hati En Suami bila tgk kak cik berisi.. hehhehe

    BalasPadam
  6. kakcik,
    saya dah tulis... hilang...
    kacau betoiii...
    pinjam kebaya....
    badan saya dah kurus dari dulu...
    :-)

    BalasPadam
  7. KAK CIK... Azie masih simpan 2,3 pasang kebaya, mana tau tetiba mengecut, leh melaram balik.. hahahaha berangan..

    Jubah ada tapi jarang pakai, sbb tak cukup tinggi. Kang macam merayap jerrr... hehehhe...

    BalasPadam
  8. salam kakcik, husband dulu pn tak bagi pakai kebaya, dia siap sound, "awak pakai kebaya ni nak tayang body kat saper?"

    lepas tu 2 plastik besar saya sedekah kt bibik cleaner

    BalasPadam
  9. Adik...

    dolu2 punya kebaya semua sudah let go maaa.. :)
    Yang ada pun saiz L!

    BalasPadam
  10. Azie..

    kakcik pun ada simpan sepasang dua. Bukan kebaya nyonya, tapi kebaya moden... saja nak buat renung2. :)

    BalasPadam
  11. Nanie..

    kdg2 rasa teringin juga kakcik nak pakai kebaya, tapi mengenangkan 'tyre spare' yang dua tiga lapis tu.. baik le tak payah! :)

    BalasPadam
  12. biasalah kak.....berisi tu tandanya badan sihat....

    BalasPadam
  13. salam kakciks sayang..
    dari remaja hingga sekarang ida mng dengan fesyen kebaya..dah bdn tu comel lote..tp tklah buat ketat..agak2 selesa dan tk berapa mengancaman pandangan org..heheheh

    BalasPadam
  14. Salam kak cik,
    dulu2 masa badan tengah solid-molid sy memang suka berkebaya. Tp sejak dah beranak pinak ni dan spare tyre pun dh byk terus berbaju kurung lak.

    BalasPadam
  15. Salam..
    Pernah pakai sekali je kebaya ni.. tp lepas tu tak pakai dh sbb tak suka... rasa satu mcm bila org lain dok tengok.
    Selesa lagi baju kurung atau jubah. Jubah bukan kategori pakaian kerja tp peduli apa... pakai juga!

    BalasPadam
  16. 1. cantiknya pakaian tradisi kita. pakaian (MDL 027) yang last tu lawa juga ! tapi ke mana pulak perginya muka pemakainya?

    2. saya tak tahu pun ada perjumpaan blogger anjuran mazidul tu !

    BalasPadam
  17. Cikgu Jang...

    yang jadi masalahnya, kakcik ni tak berapa sihat.. badan besar, kaki kecik.. adoiiii.. tak larat nak bawak le... :)

    BalasPadam
  18. Ida sayang...

    Badan Ida yang kecik molek tu pakai apa pun memang ok, mesti tak ada masalah punya. Jeles kakcik, tau. :)

    BalasPadam
  19. Zeq...

    yang mana satu Zeq nak warna merah? Kebaya? Baju kurung? Jubah? Kakcik ada jubah warna merah menyala tau... 4km dah boleh nampak kakcik! :)

    BalasPadam
  20. Salam Aidah..

    sesuai dengan waktu yang berlalu kan? Macam kakcik ni, hero2 dah besar.. tak kena je, mesti kena komen, tak payah tunggu ayahnya tegur...

    BalasPadam
  21. Salam Niza...

    kakcik pun pakai jubah ke pejabat. Biarlah orang nak kata apapun. Masalahnya, bila kita pakai jubah, rasa selesa..lepas tu tak sedar badan makin mengembang! :)

    BalasPadam
  22. AL..

    pemakainya pemalu! Cantikkan jubah tu? tapi bukan kakcik punya. :)

    Mungkin masa sibuk2 nak buat perjumpaan tu, AL masih lagi bercuti dari berblog kut? Kakcik pun tak buat catatan yang khusus untuk perjumpaan tu, cuma sembang2 kat ruangan komen je...

    BalasPadam
  23. Daud...

    kalau kebaya tu, pastinya tak muat!

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...