Pagi tadi sewaktu menemankan suami ke Pasar Chow Kit (seperti biasa, aku cuma menemankan dalam kereta.. suami yang masuk membeli belah kat dalam pasar tu..), aku teringat untuk sms Adik (Rahmah @ blogger AKAK). Saja2 mengusik bertanya dia bersarapan di mana. Aku tahu dia dan suaminya, Dr. Abdul Kahar selalu bersarapan di Kg. Baru. Setelah berbalas-balas sms, Adik bersetuju untuk berjumpa denganku di Kg. Baru.
Memandangkan Rahmah dan suami akan tiba di Kg. Baru dalam masa sejam lagi, aku dan suami balik dulu ke rumah untuk menghantar barang2 yang telah dibeli. Kami bertemu lbhkurang jam 10.15pg. Aku dan suami mengekori kereta Perdana hitam V6 yang dipandu Dr Kahar ke gerai nasi lemak Kak Sham. Sampai Kak Sham dah menghulur tangan untuk bersalam (nak tutup kedai), barulah kami berempat bangun untuk balik. Siapa yang bercerita tak habis2 tu??? Suamiku dan Dr Kahar rupanya lagi banyak bercerita. Mungkin aku dan Adik dah banyak bercerita di blog kut!
Apa2pun terimakasih kepada Adik dan Dr. Kahar kerana belanja kami sarapan. Kakcik tak bawak kamera untuk merakam gambar. Nak tunggu gambar di blog Adik.
wah.. sronok kan
BalasPadamSalam Kakcik. Seronoknye... Persahabatan yang dipupuk daripada blog. Suatu masa nanti saya dan isteri juga ingin berjumpa Kakcik. Biar saya pula belanja makan.
BalasPadamKakcik,
BalasPadamSorry lambat melaporkan... sebabnya kalau dah terlanjor masuk KL... banyak rancangan kami. Tadi untuk pertama kalinya masuk Pavillion... Nak merasa gak masuk Pavillion...asyik baca blogger lain dah sampai sana...
KAKCIK,
BalasPadamsalam persahabatan di blog. Jemput ke blog saya pula...
KakCik, pagi tadi I cuba komen untuk entry sebelum nih tapi .. aduhai.. berasap! Tak tau kenapa skrin blog jadi kontot tak bergerak2.
BalasPadamDik Maiyah..
BalasPadammmg seronok. Lepas ni, kakcik berhrp utk berjumpa dgn adik2 yg lain pulak. :)
Babah..
BalasPadaminsyaAllah.. nnt aturkan pertemuan pulak, ya?
Teringin nak ikut serta pertemuan blooger yang dianjurkan Sdr. Mazidul 360 pada 26/12 ni, tp kalau dah ramai sangat, kakcik malu rasanya.. :)
Adik...
BalasPadamtd kakcik pun lalu ikut Pavilion tu, tapi taklah singgah.. Abgbob tunjuk pejabat baru yang bakal mereka duduki nnt. :)
Annie..
BalasPadamsalam persahabatan :). Nnt kakcik singgah kat rumah Annie, ya. :)
CS...
BalasPadamawatnya jadi lagu tu?? Blog mogok ka? :)
agok2 kak cik, kalau terserempak ngan saya kat mane2 , kenei tak ?
BalasPadamsalam kakcik...
BalasPadamsyok kan jumpa2 dengan org yg dah kenal mesra kat blog...
seronok saya baca entry kak rahmah :D
Salam Kak CIK.. wah seronoknya dapat berjumpa secara realiti dgn blogger yang selama ni mesra di blog saja...
BalasPadamSemoga silaturrahim berpanjangan..
biasanya hubungan persahabatan orang2 yg sudah dewasa macam kita selalu boleh kekal lama kerana sudah tahu menyesuaikan diri...
kakcik! jumpa jugak akhirnya ye....nanti tunggu turn kita pulak ye.....
BalasPadamHello Kakcik Serojah, Chow Kit road lagi? Saya dulu2 selalu pergi sana after tengok gambar at Capitol atau Federal cinema pergi makan.
BalasPadamWaaa, saya agak da lebeh tiga puluh tahun ta'pergi Chow Kit road tu.
You have a nice day, Kakcik, best regards, Lee.
Salam my dear sis..:):):)
BalasPadamKalau kita jumpa...
org sini pemalu gituuu..:):):)Aduhaiii..:)
MOga KakCikS happy + ceria selalu..:):)
Haji Jang..
BalasPadammengkala jumpa tegurlah kakcik.. kakcik ni pemalu tau!
Mimi..
BalasPadammemang seronok bila berjumpa.. bila pulak kita nak berjumpa, ya? :)
Azie..
BalasPadamkita ni sebenarnya 'berjiran', tp entah bila boleh berjumpa, kan?
Pergi tak FRIM nanti?? :)
Fa...
BalasPadamInsyaAllah, jeles tau.. Fa yang jauh dah jumpa dengan Adik dulu..hehehe..
Nanti kakcik cuba juga nak ke Kuantan (dah dekat dengan Kemaman, kan??) :)
Hello Lee...
BalasPadamChow Kit sekarang sudah banyak berubah dari 30 tahun lalu... Sudah lebih ramai Indonesian dari Malaysian!
My dear Tinie..
BalasPadamhehehe.. sesamalah kita jadi semalu! :)
kakcik....tenet saya pun dah tersawan sloth gak lar...kejap ok kejap ko...
BalasPadamerk...rasanya pernah nmpak owang cam kakcik kat coket suatu ketika dulu....tapikan tapii...ehem...saya lagi lar pemalues....
QJ...
BalasPadamyou memang tawwwwwwwww..... memang you tawwwwwww... kalau dah jumpa I tu, you lepuk je... mesti I melatah punya!... Sampai ati you xmo tegur I...hukhukhuk....
Seronok dapat jumpa kawan, wpn cuma pernah kenal di alam maya. Insya Allah ada rezeki nak jumpa kakcik
BalasPadamTak sabarnya nak balik Malaysia.. nak jumpa kakcik..hehe (Insya Allah...) Boleh mintak kak cik belanja makan KFC atau McD.. :-)
BalasPadamSalam Nanie...
BalasPadamjom le jumpa kakcik, selagi kakcik terdaya melangkah ni.. Esok2 kot kena melawat kakcik kat hospital pulak! :)
Nida...
BalasPadamInsyaAllah kalau ada rezeki... nak tunggu kakcik ke tempat Nida tu, tak mungkin rasanya.. :)
Baguih tu..boleh bersarapan sama..mengeratkan perhubungan..
BalasPadamSalam LB..
BalasPadamjom kita buat perjumpaan pulak. :)
memang best kalau dapat jumpe member2 lama nih kan.. hehehehe..
BalasPadamSalam kawie..
BalasPadamjumpa member lama memang best.. jumpa kawan baru yang selama ini dikenali melalui maya saja... bertambah2 bestnya. :)