Klik klik

Sabtu, Disember 19, 2009

Hari ini dan semalam

tak ada kena mengena dengan tajuk lagu J. Mizan tu tau...

Saja-saja nak merajinkan diri buat catatan di sini.

Hari ini, bangun macam biasa. Lepas solat Subuh, gosok pakaian En. Suami yang dah 2 minggu tak bergosok ( cuma 7 pasang - tolak cuti tahunan yang suami ambil dan cuti Jumaat, Sabtu dan Ahad). Kemudian, potong dan jahit kaki seluar sekolah dak Adik. Masak pun cuma buat kari daging, panaskan nasi semalam (punya lah rajin - tapi, tak baik membazir kan???) dan bacuh teh O. Anak2 dan suami tak sarapan pagi.. iyelah dah bangun pun pukul 11 lebih, sarapan apanya? Asal hari cuti, lepas Subuh... tidur! Itulah yang diaorang tahu.....

Lepas ni, rasanya aku nak ikut macam Ja yang merajinkan diri ke tahap Langit Ketujuh!

Semalam punya cerita..

Pagi - suami pergi ke perhimpunan Maal Hijrah di PICC. Selepas suami dan anak2 balik dari solat Jumaat, En. Suami bawa aku pergi berurut.. ikut aje la.. Hmmmm.. sakit kakiku macam tu juga... :(

(Tetiba macam tak ada ilham nak teruskan catatan ini. Kat luar hujan, tarik selimut sedap ni!)

22 ulasan:

  1. tidur juga yang sedap akhir cerita nii....

    BalasPadam
  2. salam,

    hari ini..dah kulakukan sebaik upaya,
    dan semalam....kubiarkan berlalu dalam kenangan,
    esok...ada-ada aje yang kuinginkan.

    BalasPadam
  3. Abu Muaz...

    tak jadi nak tido, pergi kenduri kahwin sudahnya.. :)

    BalasPadam
  4. Cikgu Humairi..

    kita sentiasa mengimpikan sesuatu yang baik2..

    BalasPadam
  5. KAK CIK > kira rajin ler tu masak kari daging..

    AZIE bukan saja suka lagu J Mizan tu, tp juga suka lagu "Sejak Ku Bertemu" by Sanisah Huri. besttttt.....

    BalasPadam
  6. biasalah kak ari cuti...baik rehat je..

    BalasPadam
  7. Salam my lovely KakCikS..:):)
    ermmmmmmm...betul2 ingat kan jumpa akak isnin nanti..:):):)
    rindu jgk ekk..
    Pe2...byk2 rest sis..:):)

    BalasPadam
  8. bayangkan u menggosok? ngeri seh!
    hati2 wei...
    I tak sker u sakit...

    BalasPadam
  9. Salam Kakcik. Seperti Kakcik, kami sekeluarga juga menempuh hari yang kelam sekelam cuaca yang sepanjang hari mendung dan hujan. Bawa anak-anak ke Petrosains KLCC, tiket masuk habis. Masa dihabiskan dalam perjalanan kerana di sana sini jalan sesak. Beli pakaian sekolah anak-anak, kedai sebesar Kamdar boleh kehabisan stok (saiz). Makan di kedai, masakan tak sedap. Semua serba tak kena. Semoga hari esok akan kembali ceria.

    BalasPadam
  10. tidur juga sedap sebab sejuk, kalau panas..

    BalasPadam
  11. Dik Maiyah...

    kakcik ni, kalau dah bangun pagi.. lebih2 kalau dah mandi, susah nak tidur semula. Setakat golek2 je.. :)

    BalasPadam
  12. Azie..

    macam ada yang tak kena kalau tak masuk ke rumah ni (pas tu senyap2 intai rumah kengkawan..) ;-)

    Kakcik suka lagu BISIKAN HATI dendangan Allahyarham Rafeah Buang.

    BalasPadam
  13. Cikgu jang..

    utk seorg surirumah, susah nak cari CUTI dlm ertikata sebenarnya. :)

    BalasPadam
  14. Salam Tinie...

    macam ada yang tak kena je nak tunggu Isnin nanti! :)

    Rasa macam nak rehat.. tapi ada dua bakul kain belum berlipat dan dua bakul lahi belum kering kat ampaian.. huhuhu...

    BalasPadam
  15. QJ..

    gosok jangan tak gosok...kalau I x gosok, nak harapkan siapa... nak hantar ke kedai dobi, mcm x berbaloi2 je!

    Kalau I dah tak larat bangun nanti, you tolong le hantar makanan2 yang sedap (yang you masak) tu, ye! I suka western food.. ;-)

    BalasPadam
  16. salam kakcik..

    nora dh siap masak kari ikan tenggiri..goreng sawi jepun..goreng ikan..sambal belacan..x der yg menjamah lg bwh saji tu..sarapan pn dh masuk jam 11..semua msh asyik depan pc..skrg ni pantang ada peluang jer nora ajak diorg kuar minum ptg kt luar..alasan jer tu,bukan apa.. bila kuar dr rumah br ler leh sembang2 dgn diorg ni..

    BalasPadam
  17. Salam Babah..

    syukurlah hari ini ada sinar matahari walaupun tak lama. Sekurang2nya, sempat kering pakaian di ampai. Depan rumah kakcik dah mcm kedai dobi.. sampai tak nampak dinding dah!

    BalasPadam
  18. Salam Zeq..

    kalau panas, pasangle penyaman udara.. hehehe..

    BalasPadam
  19. Salam Nora sayang...

    hehehe.. dah ada gambo le! blog dah ada?Abgbob pun beli ikan tenggiri td, kononnya nak suruh kakcik buat masak kari (mmg ada chemistry la).. tapi, blom masak lg ni.. Tadi beli kat kedai belakang tu...

    BalasPadam
  20. kakcik ku sayang..

    blog jer ada tp x tau nk conteng apa kt situ..hehehe xder apa2 yg menarik pn nk dikongsikan..org kata musim ujan ni idea pn mencurah2 cam air ujan tp cam tu ler jgk nora ni..pandai merayau jer..hahaha kalau dekat2 pass kt nora jer ikan tenggiri tu..nora tlg masak..kan kan kakcik..

    BalasPadam
  21. Ala nora.. mcm2 nora boleh cerita.. pasal anak2.. pasal keluarga.. pasal kehidupan seharian yang nora lalui...

    Minggu ni, Ina gi Kuantan, Kamarul ada kerja kat sana.. igt nak ikut.. tapi, abgbob senyap je~ sbb dh tempah hotel kat PD :(

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...