Klik klik

Selasa, November 24, 2009

Catatan Perjalanan 1






Kami bergerak ke Utara pada 18/11/2009 petang. Setelah singgah beberapa kali termasuk berhenti untuk makan minum, kami tiba di Pendang Lake Resort lebihkurang jam 10.00 malam. Dah samapi malam-malam tak celik tu, nak buat apa lagi selain dari tidur, kan?

19/11/2009, kami menyertai rombongan Intergrasi dari Sabah dan Sarawak ke Homestay, Kg. Raga, Yan. Sepatutnya, dari Kampung tersebut, kami akan ke Kuala Perlis untuk menginap di Putra Brasmana Hotel. Malamnya ada pertandingan futsal antara rombongan dari Sabah/Sarawak dengan pasukan dari Kedah/Perlis. Bagaimanapun, rancangan terpaksa bertukar. Suami dapat arahan untuk terus ke Langkawi. Jadinya, petang itu juga kami menaiki feri jam 4.30 ptg - tiba di jeti Kuah jam 5.30ptg. Cuaca? Hujan.

Kami menginap di Bayview Hotel. Selepas mendaftar masuk, kami turun semula untuk 'JJCM'. Sewaktu duduk di lobi, baru aku perasan, pergelangan kaki kiriku membengkak tanpa rasa sakit!

Sebenarnya, tak banyak yang hendak kuceritakan. Dengan hujan sepanjang hari, nak jalan-jalan pun tak seronok. Kedatangan kami kali ini, tidak menemukan dengan makanan yang mengujakan. Kami jejaki kembali restoran Sunflower tempat kami pernah menikmati makanan Melayu yang sedap suatu waktu dulu. Rupanya, tempat tersebut telah bertukar tangan menjadi Malay House. Harapkan harga makanan saja yang 'mahal gila'. Semangkuk mi kari udang (dengan 2 ekor udang) berharga RM13.90 - rasanya lebih sedap mi kari yang kumasak sendiri! Anak-anak makan Kid Set beharga RM18.90 setiap satu... hmmmmm... x boleh nak komen la.. sendiri yang pilih kan??

Nasib baiklah anak-anak lebih teruja untuk berendam di kolam mandi. 2 kali sehari mereka berendam. Hari Sabtu malam, aku menyertai suami ke Majlis Meraikan Para Pesara Syarikat yang bersara pada tahun 2009 dari seluruh Malaysia. Hari Ahad 22/11/2009 kami keluar dari Langkawi dengan feri jam 5.30 petang ke Kuala Perlis. Kali ini, baru kami menginap di Putra Brasmana Hotel.

23/11/2009 - Makan pagi merangkap makan tengahari di Restoran Sri Pumpong, Alor Star. Mak angkat suami yang belanja. Memang berbaloi kerana dengan hidangan yang bermacam-macam - ikan, sotong, ayam, kepala ikan, ketam, ulam sambal, minuman yang dimakan oleh 7 orang, hanya RM116.00 sahaja (bukan kerana orang belanja, kalau sendiri bayar pun, memang berbaloi-baloi rasanya...)

Kami sampai di rumah jam 6.15 petang.

6 ulasan:

  1. AWAT TAK SINGGAH DI RUMAH SAYA DI SUNGAI PETANI
    TELEFON SAJA HALIM 0134230607
    DAPAT TEMPAT TINGGAL FREE DAN MAKAN PUN LAGI SEDAP. RESTORAN TEPI SUNGAI YANG MEMANG HEBAT. HARGA AMAT BERPATUTAN.

    BalasPadam
  2. Salam Cikgu..

    InsyaAllah, kalau kakcik pergi lain kali, kakcik call cikgu. Memang teringin sangat nak berjumpa dengan sahabat2 maya kakcik, tapi belum berkesempatan. Masa kat Langkawi, sempat baca kat BH pasal kes pecah kereta di Ibrahim, apa cerita tu cikgu?

    BalasPadam
  3. ujung tahun ni combi pun nak gi putra brasmana hotel.kawan cakap waktu mlm sgt cantek dgn lampu2 neon spnjg jeti.betul ke kakcik?

    tapi dlm gambo mmg mcm gitu ler suasananyerr :)

    BalasPadam
  4. laaa.. patutlah kakcik ilang.. gi holiday upernye
    best nyerrrr

    BalasPadam
  5. Echah.. mmg nampak cantik pemandangannya..
    cuma, kakcik agak terkilan masa buat pesanan makanan kat gerai2 di tepi laut tu.. punya la lambat!

    BalasPadam
  6. Mamamin....

    suami kakcik ada kerja.. jadi, kakcik dan anak2 ambil kesempatan 'menumpang' :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...