Klik klik

Sabtu, Oktober 24, 2009

Penat dan Letih...

Baru dapat mengadap laptop ni. Semalam balik agak lambat. En. Suami ada mesyuarat lagi. Sibuk mengalahkan GM... padahal pemandu GM je! Malam tak masak, beli saja makanan untuk anak-anak. Jam 8 malam, keluar dengan suami ke Petaling Jaya. Suami ada pertemuan 're-union' dengan teman-teman lamanya. Yang bertemu itu semuanya lelaki. Padan muka aku, sibuk sangat nak ikut. Sudahnya tunggu saja dalam kereta sampai 4 jam. Siap tidur lagi. Kunci pintu, matikan enjin, buka tinggap sikit. Tapi bukan boleh lena sangat pun. Jam 1.30 pagi baru sampai balik kat rumah.

Pagi tadi tak masak pun. Semuanya bangun lambat. Aku seperti biasa, selepas solat subuh, susah nak tidur balik. Bila En. Suami bangun semula pukul 9 pagi, bersiap ke pasar Chow Kit. Balik ke rumah, mulakan projek masak. Masak mi kari. Kemudian masak nasi, masak lemak cili api ikan tenggiri dengan belimbing buluh, ayam masak sos tomato, sambal belacan dan ulam timun. Siap. Semua makan 'brunch' je..

Lepas solat Zuhur, hantar Angah balik ke kolej. Jam 4 petang sampai rumah. Jam 5.30, bergerak ke rumah adik di Selayang. Jalan sesak. 6.30 baru sampai. Duduk sekejap dah Maghrib. 8.30 balik ke rumah. Sampai jam 9.00. Layan pulak anak-anak nak makan. Ini kain baju ak berlipat dan tak bergosok tengah tunggu untuk dibereskan. Esok suami nak terbang ke Alor Setar kemudian bertolak ke Langkawi untuk mesyuarat. Nasib baik cuti aku dah tak mengizinkan untuk 'mengekor'. Harimau Maybank pun dah tak bergigi untuk menghulurkn duit melalui mulutnya. Jadi, faham-faham sendirilah...

Dah penat ni.. nak tidur dulu. Kain baju tu, esok sajalah diuruskan...

SELAMAT MALAM...

8 ulasan:

  1. Kak Cik...terasa penatnya...dari pagi ke malam, khidmat kita digunakan sepenuhnya...dah tu berdepan pulak ngan jem jalanraya...hehehe..sebab tu dari dulu saya dah niat tak nak tinggal di KL...letih..

    BalasPadam
  2. kakcik,
    rajinnya menunggu cik abang dalam kereta... setianya....
    seronok pula dengar ungkapan baru, 'harimau maybank dah tak bergigi nak mengeluarkan duitnya'. kami selalu guna 'kalau ada rimau dalam poket, berani mengaummm...rrrrrrrrr'.

    BalasPadam
  3. Ros...

    kakcik pun rasa macam nak balik kampung je dah. Penat! bukan setakat sesak di jalanraya.. sesak juga nak berbelanja..

    Tapi cik abang sayang dengan macam2 kat KL ni,terutamanya satu2nya rumah yang kami ada ni...

    BalasPadam
  4. Adik...

    harimau tu mampu mengaum sebulan sekali je...
    Bila tengkolok tuanku dah tak ada, dia pun malas nak mengaum ;)..

    Macam tu la kakcik.. ikut suami bukan kerana cemburu, tapi kakcik selalu tak percaya kalau dia memandu sendirian. Tambah2 kalau malam, macam2 yang kakcik fikirkan. Kena pulak dia bukan orang yang sabar di jalanraya.. Sekurang2nya kalau kakcik ada di sebelah, boleh juga sentiasa mengingatkannya.

    BalasPadam
  5. MasyaAllah...zai dengar pun letih kak cik..tapi boleh bayang..kak cik ni mmg seorang isteri dan ibu yang hebat...

    Terasa hebat sbb boleh tunggu suami sampai 4 jam dalam keta..huissh...kalau zai mau berasap hangus kat dalam hati tu..tapi sapa suruh ikut betol tak ? hehehehe..

    Kak cik ni pandai memasakla..banyak menu kak cik senarai tu..jeles zai sbb masih tak berapa pandai memasak sangat walaupun dah 15 tahun kawin..nasib suami bukan jenis yg cerewet..nasi ngan kicap pun dia bedal...

    BalasPadam
  6. teruslah urus keluarga tanpa jemu dan ikhlas. kalau tidak pun dihargai oleh keluarga, allah akan hargai semuanya.

    untunglah suami, ada isteri cam ni.

    BalasPadam
  7. Zai...

    kakcik tak ada la berasap.. sebab suami pun bukan selalu pergi lepak-lepak dengan kawan2nya. Dia pun tak lupa pada kakcik kat dalam kereta tu.. Dia 'break' kejap bawak kakcik beli makanan kat A&W..sebab, kakcik tak suka makanan kat restoran mamak!

    Nak kata pandai masak tu, taklah sangat.. setakat boleh je...

    BalasPadam
  8. IM...

    dah jadi rutin, jadi tak ada la nak stress.. kdg2 enjoy juga masak. Tambah2 tengok ahli keluarga berselera makan...

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...