Klik klik

Ahad, Oktober 25, 2009

Suami oh suami...

Tajuk muka depan Metro Ahad...

Jantan Dayus - semakin ramai suami hanya goyang kaki di rumah dan paksa isteri sara keluarga. Lebih memalukan, segelintir suami membiarkan saja isteri bergelumang maksiat kerana duit.

Muka depan Kosmo Ahad...

Suami Durjana - bunuh isteri dengan simbah asid, anak jadi buta.



Kawan-kawan....

ada komen????

12 ulasan:

  1. Inilah bahana apabila tiada pegangan agama..tidak berpegang pada ajaran islam sepenuhnya mengikut hawa nafsu semata2..

    sedih mengenangkan nasib kaum wanita yang tak bertuah ni..syukur alhamdulillah kita dikurniakan suami yg sgt baik...

    BalasPadam
  2. Macam-macam keletah/perangai suami bila dah hampir akhir zaman ni... tergamak memperdagangkan isteri...bila ada masalah rumahtangga aje, isteri dibunuh dan disiksa... masa suka dulu, bukan main sukanya dia....
    Yang bestnya, yang berlagak ustaz pun perangai macam orang tak tahu hukum hakam...
    Memang dah nak kiamat.

    BalasPadam
  3. Macam biasa la...tak semua lelaki macam tuh kan?...kerana 2,3 kerat tuh,...semua lelaki pun kena tempiasnya..

    BalasPadam
  4. Salam Zai..

    Setakat ini memang rasanya bertuahlah kita kerana punya suami yang kalaupun tidak melimpahkan kemewahan, tetapi tidak samapi mencampakkan kita ke lembah hina atau mendera mental dan fizikal kita. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  5. salam Adik..

    beginilah dunia di hujung usia.. mudah2an dijauhkan kita serta keluarga kita dari menjadi mangsa...

    BalasPadam
  6. salam Daud...

    itulah yang dikatakan, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan...

    BalasPadam
  7. Salam kakcikseroja..

    Suami oh suami..
    kaulah racun..
    kaulah penawar..
    kaulah duka..
    kaulah gembira..

    Adamu aku tersiksa..
    tanpamu aku kehilangan ..

    Adamu aku kuat..
    tanpamu aku bersemangat..

    Namun kaulah suami dan kaulah Ayah .
    bimbinglah kami..
    Jangan abaikan kami..
    bersama kita mencari keredhaanNya .

    BalasPadam
  8. itulah lelaki dayus n mangkuk hanyut tapi tak suma gitu, mana yg rasa cili dia rasa pedas

    BalasPadam
  9. Salam Linda..

    terimakasih kerana singgah di pondok kakcik ini.. Kita memang mengharapkan segala yang terbaik dan semoga kita juga menjadi yang terbaik buat keluarga kita. InsyaAllah.

    BalasPadam
  10. Abu Muaz...

    lebih pening mereka yang teraniaya!

    BalasPadam
  11. Maiyah..

    semoga diri kita dan keluarga kita serta saudara mara kita sesama ummat Islam di bawah lindunganNya...

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...