Klik klik

Jumaat, Oktober 23, 2009

Mengapa Isteri Enggan Berkongsi???


Macamana nak jawab persoalan Sdr. LanaBulu kepada kakcik ni ya?

Betul... memang tak dinafikan setiap sesuatu di dunia ini adalah milik Yang Maha Berkuasa. Malah diri kita ini pun bukan milik kita. Banyak yang nak kakcik katakan.. tapi, kakcik tahu, apapun jawapan kakcik akan kembali menimbulkan persoalan seterusnya...

Jadi, kawan-kawan... jom tolong jawab soalan Sdr LanaBulu ni :)

30 ulasan:

  1. kakcik,
    macam2 boleh bagi kongsi,.. tapiiiiii kongsi husssssbang..... soriii.
    biarlah tak dapat payung emas... saya tak rela berebut kasih suami dgn perempuan lain. sedangkan dalam mimpi aje pun, dah berjurai airmata masa bangun tidur...
    mungkin ada wanita, sanggup,... tapi bukan saya.

    BalasPadam
  2. Adik...

    Kawan sepejabat kakcik bukan main emotional lagi bila diajukan soalan itu... dia kata 'nak kerat berapa untuk dikongsikan tu?' :)

    BalasPadam
  3. sebab kaum lelaki zaman sekarang sudah tidak ramai yang berkualiti dan mempunyai ciri2 Rasulullah SAW yang mereka ikut dan ingat tentang sunnah Rasulullah SAW berkenaan lelaki boleh berkawin sampai 4 jer..

    Zai sendiri tidak menolak poligami kalau benar suami zai berkemampuan utk menyara isteri2nya dan boleh berlaku adil..tapi kalau pendapatan tiap2 bulan pun cuma cukup2 makan elokle difikirkan banyak kali sbb kesannya bukan utk jangka pendek tapi jangka panjang takut suami tu pula nnti lepas kawin nafas asyik semput sbb tak larat nak dengar leteran isteri yg berjela2..

    Apapun tepuk dada tanya selera la..sendiri buat sendiri mau ingat dan sendiri tanggungla kan.

    BalasPadam
  4. Salam pB..

    yang sensitif tu la yang orang suka cuit!

    BalasPadam
  5. Itulah Zai..

    sendiri makan pengat, sendiri mau ingat..

    kalau kail panjang sejengkal.. laut dalam jangan diduga.. betul tak???

    BalasPadam
  6. Salam Kak Cik .. salam semua
    Cer ler Kak Cik tanya kat Along, Nabi hanya kawin untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya setelah Siti Khadijah meninggal dunia. Maknanya kalo ikut sunah Nabi, lelaki sepatutnya hanya boleh kawin kali kedua setelah isteri pertama meninggal dunia. Takker gitu?

    BalasPadam
  7. Salam Yop...

    ha... yang itu teman setuju! Esok kalo teman dah takde.. cik abg tu nak kawen lagi.. kawen le... hahahaha... (tapi, teman peronah cakap kat dia.. kalo teman dah mati, teman jadi antu - kaco dia tido .. wakakaka...)

    BalasPadam
  8. kongsi raya aje la...xyah nak kongsi benda lain...

    BalasPadam
  9. Salam Daud...

    kongsi raya? Alaaaa... raya pun dah abih la...

    BalasPadam
  10. salam kak cik,
    june pun nak mencelah sikit. june mungkin tak ada masalah nak konsi makan minum pakai tupun klu betul2 mamapu ler. bini sorang pun jenuh dok pk beribu kali nak beli apa2 wlu yg murah camna nak kahwin lebih...

    nak kongsi hati pun mgkin bolehlah klu dah tpaksa....lagipun cinta kasih sayang tak boleh dipaksa2.

    kongsi susah snang mgkin boleh tp nak kongi 'yang satu' tu berat sangat. tak sanggup nak kongsi2. tp klu 'yang satu' tu boleh diduplicate macam kunci.... ermmm boleh ke dipertimbngkan? hahahahah , entahlahh..

    BalasPadam
  11. Salam June...

    jap.. kakcik nak gelak dulu... hahaha..

    tu yang kawan sepejabat kakcik tanya nak kerat berapa tu..... ;-)

    BalasPadam
  12. selama ni saya dah puas berkongsi suami ngan mak abah dan adik abang dia....tapi nak kongsi suami ngan bini lain..sori yer....tunggu aku mati dulu....

    BalasPadam
  13. Wah.. garang Kak Ezza punya warning ni... :)

    BalasPadam
  14. kakcik,
    puas saya fikir hal ni... [dari sedang dialysis sampailah dah sampai rumah].
    saya walaupun dah sakit macamni pun tak tergamak nak suggest kat suami kawin lagi, tapi..bila saya dah meninggal nanti... silalah.
    bukan apa, cuma saya takut madu saya nanti mengada2... habis saya dan anak2 saya dihalaunya sebab dah pernah jadi pada teman saya. Datang bini kedua, dihalaunya bini pertama..
    kita dahlah sakit... mana nak pwrgi? kerja pun dah tak mampu...

    BalasPadam
  15. Ish..ish...ish...

    Adik niiiiiii.... Doktor tu baik kan? Dia takkan madukan Adik.. jgn risau2..

    (Tapi.. selepas baca soalan LanaBulu tu, sampai tertidur kakcik nak cari jawapan!)

    BalasPadam
  16. HHmmmm..hee hee
    Memang bertuah lah siapa yg merelakan bermadu ni.. Sunnah tu..!
    Namun mmg payah sekali utk mendapat wanita zaman sekarang yg mahukannya ..
    Masing2 dgn alasan yg tersendiri bahkan macam2 alasan yg boleh dan sedia timbul lagi..
    Persoalan yg timbul adalah :->?

    BalasPadam
  17. Berfikir sejenak: Letakkan diri tu diantara golongan kaum wanita yg belum berkahwin. bagaimanakah perasaan diwaktu itu??
    Mudah lupa dgn pinjaman Allah yg sekejap ni.?.
    Bagaimana pula perasaan mereka yg masih solo..?
    Tidakkah bilangan wanita melebihi kaum Adam diakhir zaman?
    Halusi perasaan dan berfikir kearah keredhanNya ..insyaAllah kaum wanita yg berpunya akan terbuka utk berkongsi..
    Berfikirlah secara timbal balik tiada yg pertama atau kedua tapi''sekiranya aku berada ditempatnya!!Bermadu atau dimadu sama sahaja..

    BalasPadam
  18. Sdr LB...

    kakcik pernah cakap dengan En. Suami, kalau rasa nak kawen lain, silakan. Nak kakcik pinangkan pun boleh.. Tapi, selepas tu, sila tinggalkan rumah, kereta dan sbgnya. Anak2 sila bawa bersama. Kakcik nak bersenang lenang. Anak2 yang besar boleh tinggal dengan kakcik. Awak boleh bermula dengan sidia sbgmn kita bermula dulu... Kalau dapat perempuan kaya, oklah.. boleh awak tumpang senang, itupun kalau dia tak hambakan awak laaa....

    En. Suami jawab.. 'itu samalah macam tak bagi...'. Hehehe.. tahu tak apa...

    BalasPadam
  19. Sebenarnya bukan tak sedar kita ini milik DIA. Suami/isteri kita pun milik DIA. Kita jadi kedekut untuk berkongsi kerana sayang. Macam juga diri kita, tentu kita sayangkan... jadi kita tak mahulah apa yang kita sayang itu menjadi rosak atau pun mendapat kemurkaan Dia disebabkan berpoligami kerana nafsu bukan kerana sunnah. Kalau dikatakan kerana sunnah, macam saudara Mamamat kata, Rasulullah saw kahwin untuk kali kedua dan seterusnya setelah isteri pertamanya wafat. Dan semua wanita yang dikahwini oleh Baginda kecuali Aisyah berstatus janda....

    BalasPadam
  20. Kpd sister yg menulis : tak dapat payung emas pun tak pa..
    Semoga dapat memperhalusi sikit kesilapan tu kerana tawaran payung emas tu bukan seperti payung emas kat dunia ni..dan jgnlah sampai kita termasuk dalam golongan yg sombong dari mendapatkan tawaran Allah swt.
    Bahkan payung emas kat dunia ni kalau dapat ..Dah tentu berduyun-duyun kaum wanita datang utk berkongsi..hee

    BalasPadam
  21. Kesimpulannya : kebanyakan wanita memang tak boleh terima hakikat untuk dimadukan. Kerana itu, ada suami sanggup menceraikan isteri pertama untuk berkahwin lain. Kadangkala bukan siisteri enggan dimadu, tapi bakal isteri yang tak mahu bermadu. Dan kerana tak tahan godaan (wanita juga yang jadi pemusnah), lelaki pun sanggup melepaskan isteri yang selama ini bersama menanggung susah senang...

    BalasPadam
  22. Salam Kak Chiks;
    Isu sensitif ni. Tapi saya dah selalu kena soalan cepu mas macam ni.Kat hati nangis,Allah je yang tahu.

    BalasPadam
  23. Salam Ummu...

    bagi lelaki, bila nak kahwin ikut sunnah. Kalau isteri tak izinkan, maknanya isteri tanggung dosa. Hmmmmmm.... bab tanggungjawab mcmn ya?

    BalasPadam
  24. Tumpang lalu Kak, saya nak tanya lah pada Lanabulu tu - pasal payung emas.

    Boleh bagi sumber ayat ke hadith ke pasal payung emas ini?

    Saya tanya ikhlas ini sebab saya dengar (mungkin saya salah - jadi sebab itu saya bertanya) bab payung emas ni sengaja di ada-adakan oleh ahli-ahli yang nak berpoligami...


    Tapi tanya saya pun, saya tak bermadu.

    BalasPadam
  25. Oops...maksud saya, ..."Tapi tanya saya pun, saya tak NAK bermadu.."

    BalasPadam
  26. salam kak cik,
    soalan dr yg empunya btanya ni, dia sndiri tak faham konsep poligami tu sbnarnya.. konon nak ikut sunnah.

    tgklah pula siapa yg dipilih jd calon isteri untuk dikongsikan dgn isteri, yg muda belia.. yg bgetah. kalau btul nak poligami carilah janda anak 10 tu, klu btul khwin nak ikut sunnah. atau klu khwin krna nak tlg andartu, carilah andartu yg usianya dah menopous tu, knpa pilih anak2 dara sbaya anak sndiri..

    klu nak ikut sunah nabi sbb nakkan pahala, knpa bab kahwin jer ikut nabi. bab jahit baju, gosok baju sndiri knpa tak ikut nabi. makan pinggan sbiji pun bini tlg angkatkan, minum air sgelas pun bini ambikkan konon nak ikut nabi.

    apa ssh sgt org pompuan nak ke tak nak payung emas tu? suka hatilah kita nak ketak.. kan org pmpuan ni, klu taat printah Allah, taat suami bila mati pilih jer nak msuk syurga ikut mana2 pintu.. klu krn tak mahu dimadukan dianggap derhaka pd suami, mmg org tu tak layak dijadikan suami.

    dia yg sibuk pasal polgami ni belum tentu masuk syurga.

    tuan yg empunya bertanya tu berpoligami ke kak cik??

    saya pun sama dgn kak cik kata tu, pernah kata kat suami kalau nak kahwin lain juga, bawa anak2 dok skali ngan dia, apa harta yg ada masa sama ngan saya ni saya nak. gaji 4 angka skrg ni ambik tinggal rm400 jer utk mulakan hidup ngan bini baru, yg lebihnya saya nak. kna buat pjanjian. kalau nak kahwin, mula hidup baru ngan bini baru tu, tgk bini baru tu sanggup tak makan lauk telur sbiji shari tiap2 hari, tak bganti baju raya, berangkut naik bas kehulu kehilir dgn 4 anak, sanggup tak tebalkan muka pinjam duit hanya RM10 nak beli susu anak, sanggup tak tebalkan muka p klinik bhutang ngan doktor utk rawatan anak.

    kalau smua tu stuju, ada pjanjian hitam putih silakanlah. kita pun tak kmaruk sgt ngan laki camtu..

    p/s: kak cik saya tak stuju plak klu main kerat2 ni, bila dah kerat utk dikongsi2kan, benda tu tak bguna dah... sbb tu saya kata diduplicatekan mcm kunci. tp klu nak kerat juga, kerat 5 siap2. kita pilih last, bila 4 yg lain tu dah pilih kita tak pyh pilih dah...

    klu blaku laki kahwin lain, tinggalkan kita, kita jgn kmaruk sgt konon tak blh hidup tanpa dia. depa syok2 ngan bini baru kita nak brendam airmata buat apa, masih ramai lagi diluar sana yg akan hargai kita bila kita pandai hargai diri kita.

    BalasPadam
  27. Salam dear Kakciks...:):)
    Mungkin imanku masih tidak kental.....
    kerna merasakan suami sebagai hak mutlak si isteri..sukar utk dikongsi..Andai wanita setia pada suami..kenapa tidak si suami..mengapa perlu berpaling tadah menagih kasih wanita lain....

    BalasPadam
  28. Orang perempuan kalau suami bawa pulang madu (khausarke,hpake,tualangke...) sampai berbotol-botol kerumah geranti tak marah punya.Kalau suami bermadu adakah suami tu tak setiake? Yang peliknya suaminya sudah ada anak dgn madunya bila dia baru mengetahuinya ..... barulah dia melenting dan memulakan perang.Selama ini tak kisah pun .

    BalasPadam
  29. Salam Cik Ton, June, Tini & Abu Muaz....

    wah.. panas ni... kakcik nak gi cari kipas dan minum ais jap... :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...