Klik klik

Khamis, Oktober 22, 2009

Mengapa orang tak suka menelefon Jabatan Kerajaan?

Selain telefon tidak diangkat dari pagi hingga ke petang dengan alasan banyak panggilan masuk, tak cukup kaki, tangan, mulut nak menjawab???

Lain-lain alasan bila dapat bercakap :

'maaf (kadangkala tanpa ucapan maaf pun) saya tak tahulah..."

'saya tak pastilah'

'dia tak ada'

'tak tahulah dia pergi mana'

dan lain-lain lagi jawapan yang boleh membuatkan asap keluar dari telinga...

itu belum lagi talian disambungkan dari seorang ke seorang yang lain.. yang akhirnya talian terputus begitu sahaja tanpa mendapat jawapan kepada soalan yang dikemukakan.

Tak boleh ke agaknya, bila dapat panggilan, kalau tak tahu jawapan tu.. katakan : 'maaf puan (tuan)... saya cuba dapatkan jawapan, nanti saya telefon balik' Minta nombor telefon pemanggil dan pastikan kita menelefon semula pemanggil itu. Jangan setakat berjanji kosong.

Ataupun : 'Encik X sedang mesyuarat sekarang, boleh saya dapatkan nombor untuk dia hubungi semula?'

Kalaulah orang yang hendak dihubungi tidak boleh menghubungi semula (sibuk sangat kot...), minta pemanggil telefon semula dengan cara berhemah. Bukan : 'dia tak ada, telefon esok..' dengan suara yang jin tanah pun boleh lemah lutut mendengarnya...

Ataupun, tak bolehkah lengkapkan diri dengan pengetahuan. Kita pasti tahu apa kehendak pemanggil andainya kita duduk di sesuatu jabatan yang punya pengkhususan tertentu. Soalan-soalan dari pemanggil terdahulu biasanya boleh dijadikan panduan tentang kemungkinan soalan berikut yang akan ditanyakan.

Aku baru saja menghubungi sebuah jabatan berkenaan Sijil yang tersilap cetak untuk seluruh negara. Pastinya ia bukan suatu isu kecil. Pastinya juga seluruh bahagian berkaitan di jabatan itu tahu apa yang telah berlaku. Pada anggapanku, kalau ditanya pada pembancuh teh seperti aku di jabatan itu, dia sepatutnya boleh memberikan jawapan. Malangnya, jawapan pertama yang aku terima : 'sijil asal tak boleh diubah, kena pergi buat surat sumpah'.

Angin pun mula nak naik ke kepala aku! Apa jadahnya 1MALAYSIA nak kena pergi buat surat sumpah kerana sijil itu pun telah di kembalikan ke jabatan berkenaan???

Kalau tak tahu, lain kali jangan buat-buat tahu! Nak tunjuk pandai konon. Bila suara aku dah mula tegang, baru nak sambungkan kepada pegawai berkenaan. Malangnya pula pegawai itu ke luar daerah dan pembantunya tidak boleh memberikan jawapan dengan alasan 'tak tahu'

Hehehe.. aku bagi ceramah percuma kat 'budak tu'.. 'lain kali jangan senang-senang kata tak tahu, cari maklumat! jangan malukan jabatan kerajaan'. Nasib baik dia jawab balik dengan lembut.. 'maaf Puan, terima kasih Puan'.. aku bukan nampak pun mimik muka dia dan dia pun tak nampak aku!

14 ulasan:

  1. kakcik,
    dari zaman saya dulu hinggalah sekarang, begtulah gayanya receptionist kerajaan. Tidak pro. Memang menyakitkan jiwa....
    Berlainan dengan receptionist swasta. Depa dah diberi training untuk menjadi duta bagi orang yang menghubungi syarikat mereka. Tak boleh melakukan kesilapan, kena jaga pertuturan... sebab sebab panggilan adalah sumber perniagaan untuk syarikat. Macam receptionist kerajaan, depa peduli apa... gaji dah tetap macam tu. Bukannya kena buang kerja pun kalau tak berhemah pun. Gaji banyak tu juga.
    Beza.

    BalasPadam
  2. Betul tu Adik..

    sedih bila orang pandang serong pada kakitangan kerajaan.. tapi, hakikatnya memang begitulah.. entah bila nak berubah.. Slogan tinggal slogan !

    BalasPadam
  3. kakcik,
    bila nak dating kat rebung? Malam esok suami saya ajak keluar recce makanan kat rebung dulu baru beri laporan kat kakcik sedap ke tak sedap...
    Saya recce dulu yer...

    BalasPadam
  4. OK Adik..set...

    nanti report kat kakcik, ya?? :)

    BalasPadam
  5. saya dengar pun naik lemas dan rimas.

    BalasPadam
  6. AL biasa tak berurusan di telefon dengan mana-mana Jabatan?

    Kakcik suka bila berurusan dengan telefonis TM. Dihujungnya mesti ada pertanyaan 'ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?' Kan bagus macam tu?

    BalasPadam
  7. org kerajaan ni, kerja tak berapa cekap pun, gaji semacam je naiknya tiap2 tahun, kalau swasta kerja x kemas....alamak tak lama le tu, bos pulak asyik jeling2 je.....

    BalasPadam
  8. Salam Kak Cik ku sayang..

    Betul tu kak cik..zai percaya ramai yg bersetuju dengan pandangan kak cik tu..mmg terlalu banyak kebenarannya walaupun tak semua berperangai begitu tapi bila kita berurusan dengan jabatan kerajaan ni barulah kita tahu betapa kurangnya budi bahasa diaorang nie..agaknya sbb tak buat kerja pun tetap dapat gaji gak kot agaknya..jadi tak ada rasa tanggungjawap..

    Takut nanti kerana nila setitik habis susu sebelanga...fikir2kanlah

    BalasPadam
  9. Salam cikgu.. kenyataan cikgu tu memang tak boleh dinafikan. Mungkin merasa berada dalam keadaan selesa.. jadi budi bahasa tu bukan perkara utama utk difikirkan mahupun dipraktikkan.

    BalasPadam
  10. Zai sayang.. memang buka semuanya berperangai sama. Tapi, bak catatan Zai tu.. kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kakcik pun terkena tempiasnya (kakcik pun tak la sebaik mana.. tapi, kalau bercakap di telefon, seboleh mungkin kakcik akan lembutkan suara yang garau ni... hehehe...)

    BalasPadam
  11. saya pun bekerja di sektor kerajaan..
    dan saya rasa tak semua kakitangan kerajaan camtu...
    lagi2 kami yang bekerja di front counter hospital..
    sedaya upaya membantu rakyat tau..
    berikan senyuman..
    tolonglah..
    jangan asyik menuding jari pada kakitangan awam macam kami...
    kami kerja pon ngan ikhlas..untuk rakyat..

    BalasPadam
  12. Salam True Zaza..

    kakcik pun kakitangan kerajaan. Tapi, macam kakcik kata kat atas, jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga... Memang ada (malah ramai) yang berkhidmat dengan ikhlas. Tafsiran orang ramai terhadap 'kakitangan kerajaan' selalunya memberikan pandangan yang negatif. Jadi, kita kena saling tegur menegur untuk kebaikan bersama.

    Kakcik pernah dihubungi oleh seseorang dari sebuah Pusat Perubatan Universiti yang terkenal semasa kakcik baru 2 hari melahirkan anak. Anak kakcik itu bermasalah dan dihantar ke PP itu. Kakcik masih lagi di hospital tempat kakcik bersalin.

    Walaupun telah lebih 12 tahun peristiwa itu berlalu, kata-katanya masih terngiang-ngiang di telinga ini... 'awak ni tak sayang anak ke? kenapa biarkan anak awak di sini? kenapa tak ada sesiapa datang tengok?' Padahal, suami kakcik baru beberapa minit keluar dari situ! Sikap yang macam itulah yang kita tak mahu ada lagi dalam perkhidmatan kerajaan yang kita sayangi ini...

    BalasPadam
  13. Kak Chik,
    saya baca pun dah lemas lagilah kalau nak call,terus tenggelam tak timbul-timbul saya ni.Banyak hal sungguh bil kita yang melambung

    BalasPadam
  14. Betul lah Ummu, kalau talian percuma tak apalah juga.. ini setiap minit yang bergerak bermakna wang turut mengalir...

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...