Klik klik

Rabu, Oktober 21, 2009

Jogathon

Minggu lepas adik bawa kad untuk kutipan Jogathon sekolahnya. Dari dulu aku tak berapa setuju dengan kutipan-kutipan ni. Seolah-olah mempergunakan budak-budak. Kenapa agaknya pihak sekolah tidak memikirkan cara lain untuk mengumpul dana? Memohon sumbangan dari pihak-pihak atau syarikat-syarikat korporat ke?? Atau memohon sumbangan secara langsung dari ibu bapa/penjaga murid?? Bukan 'memaksa secara halus' murid-murid 'mengemis'. Ibu bapa juga turut terlibat. Terpaksa membawa kad itu ke tempat kerja untuk mendapatkan sumbangan.

Pernah sewaktu aku nak masuk ke Tesco, di pintu masuk, aku dikejar oleh seorang budak lelaki dalam usia 10 @ 11 tahun.. 'makcik...makcik...minta derma jogathon...' Aku memberi kerana kesiankan budak tu sebenarnya.

Untuk kad adik tu, aku senaraikan saja nama ahli keluarga termasuk anak buah dan aku letak je duit. Itupun semata-mata supaya adik tak malu untuk memulangkan kad itu kepada guru kelasnya.... Jangan pula nanti, gurunya pulangkan semula kad itu untuk dipenuhkan.. Jawabnya, aku takkan segan untuk meletakkan nilai 20sen atau 50sen di setiap ruang yang berkenaan!

Sebab, aku bukanlah orang yang begitu mampu... kalau mampu, aku tak akan begitu berkira...

14 ulasan:

  1. kakcik,
    saya pun tak setuju anak2 kita terpaksa usung kad jogathon meminta sumbangan.depa patut usahakan minta sektor korporat ke.. orang kaya ke...

    BalasPadam
  2. Betul tu Adik...

    kesian dengan anak-anak yang terpaksa meminta-minta. Lagi satu, kakcik cukup tak suka dan tersentuh hati melihat anak-anak dari sebuah sekolah persendirian di utara Tanahair yang dipaksa menjaja kalendar, minyak angin dsbgnya di merata tempat. Sepatutnya mereka menimba ilmu di bangku sekolah. Ingat tak kejadian kemalangan yang mengorbankan nyawa beberapa orang kanak-kanak terbabit di lebuhraya Utara Selatan beberapa tahun dulu???

    Sedihnya :(

    BalasPadam
  3. Ramai tak setuju anak-anak jadi "perayu sedekah" tapi kelihatannya tiada pihak yang peka akan hal ini.

    BalasPadam
  4. Sdr Prasert..

    kakcik rasa, di kalangan guru pun ramai yang tak setuju.. tapi, terpaksa akur dengan 'ketetapan' atau 'keputusan mesyuarat' yang seolah-olahnya seperti wahyu yang tak boleh diubah!

    BalasPadam
  5. Bukan semua sekolah berbuat begitu tapi memang tak patut pun budak2 yg kena pi kutip merata tempat..
    Elok juga di berikan seperti cadangan tu..
    Nama penuh dan isinya cuma SEN2 JE..
    Hee..boleh ikut lepas nih..

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Persoalan kedua:
    Program tu utk kesihatan budak2 sekolah ke atau utk penuhkan kantung PIBG sekolah..?
    Sikap yg perlu diubah : PIBG bukan utk jadi spt BANK tapi meringankan bebanan ibubapa DGN BERBELANJA simpanan yg sedia ada secara berpatutan.

    BalasPadam
  8. Sdr LB...

    Itulah.. surat pun ditandatangan oleh Pengerusi PIBG (biasanya dari kalangan ibu bapa murid).. sepatutnya, dia lebih prihatin pada masalah yang dihadapi oleh ibu bapa.

    Ha.. idea letak SEN tu memang boleh pakai kan? Janji nama kat kad tu penuh! :)

    BalasPadam
  9. Saya pun tak suka cara sekolah buat macam ni...dah lah tu...berderet deret anak anak datang ke rumah mintak derma..mana lah kita larat nak sedia kan duit...cuba bayang kan bila anak anak ni pergi ke rumah yang tidak kenali...tetiba di tarik ke dalam rumah dan di rogol ke..sapa bak tanggung jawap!!!!
    Mereka cuma tau minta maaf saja tapi anak anak dan keluarga mereka yang merana..Bayang kan lah

    BalasPadam
  10. betul kakcik. saya pun pernah minta bagi pihak anak dan juga banyak kali kena pinta.

    BalasPadam
  11. malaysia oh tanahair ku.Semuanya mahu cemerlang.

    BalasPadam
  12. Salam Kak Ezza...

    ada asasnya pendapat Kak Ezza tu.. tapi, suara kita terlalu kecil untuk di dengar! :(

    BalasPadam
  13. AL..

    kat atas kad tu pun ada di tulis 'nama pemungut'.. jadinya - nama mak bapa/ penjaga la kan??? dah jadi t/jwb kita pulak untuk memungut.. :(

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...