Klik klik

Rabu, Oktober 14, 2009

Pagi ini...

Bangun seawal 4.00 pagi. Hujan di luar mencurah-curah. Sejuk. Matikan suiz pendingin hawa. Pasang kipas dengan kelajuan 1. Pinggang ke kaki bukan main sakit. Berat sangat. Bangun tadi bertatih-tatih. Solat Isyak. Lipat kain baju yang dah dua hari tak berlipat.

Jam 5.00 kejutkan Along untuk ke Masjid. Turun masak air dan panaskan nasi. Goreng ayam. Cuba 'hidupkan' internet kat laptop Along. Gagal. Entah apa masalahnya. Kelmarin streamyx buat hal. Dah ok, tak boleh akses pulak. Hmmmm...

Jam 5.45 naik untuk mandi, solat subuh, gosok baju kerja. Bersiap. Jam 6.40 dah sampai pejabat. Belakang dan kaki masih sakit. KAKCIK!!!! TURUNKAN BERAT BADAN TUUUUUUUUU!!!!!!

25 ulasan:

  1. Salam pagi ini khas buat kakcik,
    dapat saya rasakan sakit belakang macam kakcik kena tu... ubatnya kena rehat banyak2.... tapi itulah...macam kakcik cakap 'perempuan melayu terakhir' kat umah tu.. banyak jawatannya...

    BalasPadam
  2. Salam Adik...

    kadang2 sakitnya mencucuk2, kadang2 ngilu, kadang2 rasa berat sangat, kadang2 rasa tak ada kaki... waaaaaa..... :(

    BalasPadam
  3. Sbb berat badan ke kak cik?? Bukan ke sbb kak cik kurang rehat???

    BalasPadam
  4. Kurang rehat pun iye juga, Echam.. berat badan pun sama gak ni... huhuhu... bila la boleh turunkan dua tiga puluh kilo??? Takkan nak potong usus kot??? :(

    BalasPadam
  5. kakcik,
    mula2 kakcik kena rehat.. dah okay masalah belakang, kena bersenam... bersenam aje caranya untuk kurangkan berat badan tapi belakang tu kena rehatkan dan sihatkan dulu.

    BalasPadam
  6. Dasyat kalau badan jadi macam tu.....

    BalasPadam
  7. Adik...

    kadang2 kakcik rasa nak je pergi bercuti sorang2.. tapi, takkan selesai juga masalah - balik ke rumah, mesti bertimbun kerja yang menanti perempuan melayu terakhir ni :(

    BalasPadam
  8. Abu Muaz..

    pertanyaan jujur dari kakcik ni.. 'agaknya ada tak lelaki yang suka dengan perempuan bersaiz macam tu??' :)

    BalasPadam
  9. Kakcik : sukar nak jawab secara tepat kerana cantik, menarik,seksi dan seumpamanya dinilai oleh empunya diri masing-masing. Saya ada seorang kawan yg badan isterinya kecil sikit dari dalam gambar tuuu.... dan dia sangat meminati badan dan tubuh wanita seperti itu. waallahua'lam....

    BalasPadam
  10. kakcik,
    kita yang dah bekeluarga ni tak mana nye seronok nak cuti sorang-sorang. Mesti rindu juga akhirnya. Rasa nak semua ahli keluarga ada.
    Tang rumah bersepah tu, tak dapek lah nak cerita. Saya pernah jadi Puan sebab mengaruk anak2 buat sepah. (kakcik cuba baca cerita tu dlm entry saya di Diary 4 Puteri).
    Cuba kakcik jadi Puan?...

    BalasPadam
  11. Simptom yang kakcik alami ni macam sakit saraf je. Kalau kaki terasa mencucuk-cucuk ok lagi kalau sampai kebas ni dah kes serius. Saya rasa kak cik patut pergi klinik.

    Saya dan wardah mengalami sakit berkaitan dengan saraf di bahagian pinggang. Lepas makan ubat ok le.

    Cuma jangan mengangkat benda2 berat. Kalau nak mengangkat benda pastikan bengkokkan lutut.

    BalasPadam
  12. Setuju dengan Abu Muaz, kecantikan adalah subjektif. Saya percaya setiap wanita ada kecantikan tersendiri (dalaman atau luaran). Bagaimana wanita tersebut menonjolkan kecantikannya membezakan dia dari wanita-wanita lain. Begitu juga lelaki.

    BalasPadam
  13. Adik...

    nanti-nanti kakcik rasa macam nak jadi MEM BESAR.. suruh anak-anak dengan ayahnya sekali jadi bibik! ;)

    BalasPadam
  14. Abu Muaz..

    iyelah.. lain orang, lain citarasanya :)

    BalasPadam
  15. Zool..

    Cik abang kakcik pun selalu cakap, jangan angkat benda2 berat. Tapi kalau dah sejam dua benda tu duk depan mata, tak beralih, bukan setakat menyakitkan mata, hati pun sakit juga! Memanglah nanti ada yang mengangkatnya, tapi kakcik kurang sabar nak menunggu!

    Kadang-kadang kakcik ambil suntikan tahan sakit - tapi setakat seminggu je oknye :(

    BalasPadam
  16. Eh! macamana nak menonjolkan kecantikan tu Zool?

    BalasPadam
  17. kak Cik...Ros rasa Kak Cik ni jenis perempuan yang begitu rajin...macam mertua ros...walau sakit pun nak buat semua kerja..
    Ros rasa Kak Cik tak laa gemuk sangat...tapi mungkin Kak cik banyak berdiri...sebab tu badan jadi stress dan sakit..

    BalasPadam
  18. Memang kena buat, Ros. Rimas juga kalau rumah bersepah. sesekali kakcik terfikir 'lantaklah... biarlah sepah..' (cik abang kakcik rajin juga mengemas, tapi bab lipat kain baju mmg dia tak buat w/pun dia mesin, sidai dan angkat). Bukan tak ajar anak-anak, bila lepas makan, basuh sendiri pinggan mangkuk. Adakalanya, bila turun pagi2, kat sinki penuh juga pinggan mangkuk tak bercuci.

    Kalau kat rumah, buat kerja dapur memang berdiri. Kat pejabat pulak asyik berjuntai kaki... Mungkin kaki kakcik tak larat nak tampung berat badan kakcik ni. :(

    BalasPadam
  19. alerr kak, takmau cam dlm pic tuh hehe

    BalasPadam
  20. Kuiana... kakcik kena pergi mengurut ke kakcik kena berurut?? ;)

    BalasPadam
  21. Dik Maiyah...

    kakcik pun takut kalo jadi cam tu.. hehehe...

    BalasPadam
  22. Bagaimana nak menonjolkan kecantikan?

    Be yourself. Buat perkara2 negatif yang ada dalam diri. Insya-Allah kecantikan itu pasti terserlah.

    BalasPadam
  23. Bukan buat perkara2 negatif tapi buang perkara2 negatif. Silap taip he.. he.. he..

    BalasPadam
  24. Waaaaaaaa Zool...

    kalau buat perkara2 negatif - confirm menonjol... ish..ish..ish... ;-)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...