Klik klik

Selasa, Oktober 13, 2009

Dia Yang Maha Tahu


Saat aku buntu
Dia Maha Tahu
bukan Dia tidak membantu
cuma aku yang tak tahu

bantuan di depan mata
cuma aku bagaikan buta
masih teraba-raba
tidak juga menambah usaha

.........

18 ulasan:

  1. Salam pagi selasa kakcik,
    Dah sampai Penang ke belum?...
    Siap berpuisi pulak.. sedap pulak tu...Dalam maksudnya.

    BalasPadam
  2. Salam Adik...

    tak jadi pergi. Cik Abang kata penat.. sebab balik malam ni juga. Dia nak beri tumpuan pada Projek ke Malaysia Timur. :)

    Saja-saja nak berpuisi pagi ni selaras dengan apa yang tersirat di hati...

    BalasPadam
  3. assalamualaikum
    waah mendalam sungguh puisi ringas akak tu

    BalasPadam
  4. Wa'alaikummussalam Masyitah,

    terimakasih kerana sudi singgah kat rumah kakcik ni :)

    BalasPadam
  5. Salam Kak Cik,
    Wah... berpuisi plak kak cik pagi ni....

    BalasPadam
  6. Salam Echam..

    syesyekali meluahkan apa yang ada di hati....

    BalasPadam
  7. Salam hormat dan selamat berseloka ..
    Itulah indahnya bahasa melayu..
    seni tari datang bersama bunyi bahasanya..
    indah dan bersirat..

    BalasPadam
  8. Salam Sdr. LanaBulu..

    Indah budi kerana bahasa. Pincang budi dek rosaknya bahasa :(

    BalasPadam
  9. saat kakcik buntu
    jangan tenggelam punca
    bawa-bawa bertenang
    yang gelap akan terang.

    BalasPadam
  10. Salam AL..

    buntu itu bukan kupinta
    dia datang waktuku tak bersedia
    namun ku takkan tenggelam punca
    kerana aku masih punya Dia...

    BalasPadam
  11. lor kak cik.. bantuan depan mata
    tadah tangan la...

    jangan buntu
    cooool....

    BalasPadam
  12. Salam KakCiks...

    Zai tertunggu2 juga cal dari kak cik harini..mmg sibuk sangat2 sbb ofis zai kecik jer 4 orang staf jer..2 g bersalin serentak bulan 10 ni. pastu sorang lak emergency leave harini. tinggalla zai ngan bos dan ofis boy jer.. pening2 sbb keje banyak gile..langsung cuti dibekukan..

    BalasPadam
  13. kita nampak cuma terpinga-pinga dan bila tersedar kenalah bermohon pdNya

    BalasPadam
  14. salam kakcik
    sesungguhnya hnya Dia Yang Maha Tahu
    apa yg di langit dan di bumi..apa yg ada di hati ini..
    seperti ida juga yg buntu saat ini..

    BalasPadam
  15. Kuina..

    ni tengah cool la ni.. sampai dah kebas kaki kakcik! wakakaka....

    BalasPadam
  16. Sabar Zai ...

    jangan fenin-fenin, kang takut bp petronas shell caltex semua naik! hihihi...

    BalasPadam
  17. Dik Maiyah...

    betul tu.. hanya Dia tempat kita meminta..

    BalasPadam
  18. Ida...

    sabar sayang.. Anak-anak masih memerlukan perhatian Ida.. jangan sampai hilang arah, ya?

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...