aku bukan manusia agung
yang perlu dijunjung mahupun disanjung
aku juga bukan manusia sempurna
yang harus dipuji atau dipuja
aku hanya manusia biasa
yang punya hati punya rasa
hancur hatiku
luluh jiwaku
bila apa saja yang kubuat
dianggap bagaikan membawa musibat
Salam Kak cik,
BalasPadamNape plak ni??? Sabar2. Banyakkan beristighfar....
Salam pagi khamis,
BalasPadamYer la kakcik,... mari kita berbual. Apa yang dah menganggu? Siap ada gambar jantung berdarah ni... marilah kita bincangkan jangan disimpan sendiri.
Salam Echam...
BalasPadamdah tua-tua ni.. mudah sangat jadi sensitif....
rasa bagaikan diri dah tak ada harga...
Salam Adik..
BalasPadamkalau pagi semalam kakcik ras sedikit ceria. Pagi ini jadi sebaliknya. Kaki kakcik masih sakit w/pun agak kurang sikit. Kakcik rasa, kakcik tak boleh duduk di kerusi terlalu lama. Macam tulang punggung jadi tertekan.
Oh.. pasal hati yang berdarah tu... Terlalu banyak yang meresahkan, sampai kakcik tak boleh lagi nak berpura-pura bergembira. :(
Salam sis..
BalasPadamHanya kita yang tahu apa yang terbaik utk kita dan jua utk org lain..Takkan mungkin apa yg kita lakukan itu utk menyusahkan orglain..apa yg kita buat semmgnya yg TERBAIK..Mungkin hanya disalah tafsir shj olh mereka yg tdk tahu menghargainya..
Harap sis kuatkan semangat yaa..
Pls Cheer up my dear sis...:)
kakcik,
BalasPadamuntuk melegakan sakit belakang,pinggang dan kaki kakcik... kakcik kena rehat. Walaupun kakciklah wanita melayu pertama (First Lady) kat rumah tu, kakcik kena rehatt barulah lega sikit sakitnya...
mengenai hati yang terluka, bila ada kesakitan pada diri kita, maka hati kita cepat sensitif.. bawa berbincang biar tidak menjadi parah....
Janganlah bersedih kakcik,.... selalunya kami terhibur bila kakcik ceria...
Ramai blogger macam dah kenal kakcik. Sakit kakcik, sakitlah kami juga.
Salam Tini (mata kabur dek air yang tak diundang...)
BalasPadamMemang selalunya sebagai isteri, ibu, anak, kakak dll apa yang kita buat adalah yang kita fikirkan terbaik untuk orang-orang yang kita sayang.. tetapi, adakalanya fikiran kita rupanya tak sama dengan penerimaan mereka...
Adik...
BalasPadammemang kakcik sayang sangat-sangat dengan kawan2 kakcik yang kakcik sendiri tak sangka berjumpa bila kakcik bina blog ini. Melihatkan respon kepada catatan kakcik, melihat petak kengkawan yang penuh di sebelah, kakcik tahu, kakcik tak bersendirian.
Seikhlas setulus hati kakcik : KAKCIK SAYANG KAMU SEMUA....
Salam Kak Cik..
BalasPadamRasa sedih dan terharu dengan apa yg kak cik lalui..walaupun tak dapat membantu..sekurang2nya zai nak kak cik tau yg zai benar2 bersimpati dan harap kak cik jangan pendamkan..luahkan jer kepada kawan2 yg terdekat mudah2an ada yg mampu mengurangkan sedikit stress tu yer.
kakcik,
BalasPadamkami turut berdukacita dengan apa yang kakcik lalui. Jika bercerita itu melegakan, ceritalah...
Janganlah menyimpan sendiri kedukaan itu.
Hari ni panjang lagi nak menyampaikan malam, risau kami, awal pagi kakcik dah berduka...
Salam Zai...
BalasPadambukanlah berat sangat (ada orang lain yang lebih menghadapi masaalah dari kakcik), tapi alangkah hancurnya hati, bila sesuatu yang kita tatang dengan kasih sayang akhirnya tumpah bukan setakat membasahi malah mencederakan jasad dan melumpuhkan urat saraf kita.. :(
Adik...
BalasPadamluka ini kubawa dari semalam
menjelang pagi darahnya mengering
namun parutnya ini masih berbisa
malah bagai menanti masa untuk terluka semula...
jangan risau Adik.. kakcik akan tabah menghadapinya....