Klik klik

Isnin, Oktober 26, 2009

Ke Kuching lagi


Gambar ini sewaktu balik dari Kuching tahun lepas, Program Anak Angkat Syarikat tempat suami cari makan.


InsyaAllah, 29 - 31/10 ini aku, suami, bangcik dan adik akan berada di Kuching.

Sebenarnya, aku dah tempah tiket Air Asia ni dalam bulan Mac dulu lagi. Memang murah. Untuk 4 orang, termasuk bayaran bagasi dan makanan dalam pesawat, cuma RM366 sahaja (perjalanan dua hala). Lagipun Adik kata dia dah lama tak naik kapalterbang. Ingatkan dah malas nak pergi. Biarlah hangus je RM366 tu. Itu baru tambang. Kat sana kena sewa hotel lagi, makan minum lagi. Semuanya perlukan Tengkolok Tuanku.

Disebabkan tempoh tempahan yang dah terlalu lama, macam-macam hal boleh terjadi. Kebetulan pula suami ada mesyuarat di sana. Jadi, bila dah ada urusan resmi, suami dapat penginapan.InsyaAllah kami akan menginap di Hotel Dormani. Lagipun kami punya kawan-kawan di sana yang sedia menawarkan rumah mereka untuk ditumpang. Alhamdulillah. Tak rugi kita punya kawan-kawan di serata alam.

Sebenarnya, aku tak begitu suka menumpang di rumah orang. Bukan kerana sombong. Tapi, takut menganggu ketenteraman tuan rumah. Anak-anak aku bukannya jenis 'mematung' kalau kat rumah orang. Tambah-tambah si adik tu. Pantang nampak benda apa semua nak ditanya.

Tapi sebaliknya, aku cukup suka kalau orang datang 'menginap' di rumahku. Seronok. Terasa meriah. Aku jadi hilang letih untuk melayan tetamuku. Aku seronok kalau dapat memasak untuk tetamuku. Tambah seronok kalau tetamuku berselera menjamah masakanku.

Ish.. dah ke mana aku melalut ni???

Oklah... hujung minggu ni, pondok ini akan sunyi...
kakcik nak gi cari pusak...

12 ulasan:

  1. kakcik,
    bestnyer... ikut...
    saya pernah ke kuching tahun 2003 anak beranak. best jugak jln2 melawat bandar kuching... hmmm bilalah dapat bawa anak lagi?..
    selamat pergi dan selamat pulang... dan selamat bercuti dgn cik abang dan anak.

    BalasPadam
  2. Jom la adik...
    kita pergi cuti2 kuching.. :)

    BalasPadam
  3. Salam sis..
    Seronoklah kitakkk ..teringin kamek cuti2 sinun..lamal juak sik tgk Kuching...dulu last..thn 1996..tini sempat posting kt Sarawak thn 95 ..:):)
    Ok dear Sis...take care yaa...beli tikar s'wak???heheh..bye dear sis:)

    BalasPadam
  4. Salam Tini...

    sik mauk kamek beli tikar sinun. Kat sini pun banyak.. kang kena bayar bagasi lebih pulak! Belum bye lagi .. ada dua hari lagi nak sembang2 :)

    ku jibong di'u

    BalasPadam
  5. Salam Kak Cik..

    Bestnya dapat g jalan2..zai dah hampir setahun tak bawa anak2 kemana2..

    Mudah2an tahun depan rezeki murah dapatla g jalan2 lagi..

    Jaga diri dan kesihatan baik2 yer kak cik masa kat sana nanti.

    BalasPadam
  6. Selamat berangkat dan selamat kembali dgn selamat..
    Jgn lupa bawa balik ole2 tu ..

    BalasPadam
  7. Salam Zai...

    sebenarnya bukan nak jalan sangat pun. Yang penting dapat tunaikan hajat anak2..

    Nak kat sihat sangat tu, kaki kakcik ni masih sakit... huhuhu....

    BalasPadam
  8. Salam Sdr LB..

    nak kek lapis ya? Boleh.. tapi kenalah ambil kat rumah kakcik. :)

    BalasPadam
  9. Tahun depan pB akan ke sana untuk kali ke 3 insyaallah ...

    Adik ipar nak kawin dengan orang sana ..

    BalasPadam
  10. Salam pB

    Wah nak bersaudara dengan orang Sarawak, ya?? Alhamdulillah... kitakan 1Malaysia :)

    BalasPadam
  11. saalam... kakcik balik saya pula nak ke sana Jumaat ni ;)

    BalasPadam
  12. Umi_e..

    jumaat ni?? kakcik masih di sana la... jom kita dating kat sana, nak?

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...