Klik klik

Isnin, Oktober 26, 2009

Menu petang ini




Rasanya nak masak yang simple dimple kapadia je... Sawi tumis air, tenggiri goreng garing dan sambal belacan. Tak tahulah sama ada En. Suami nak makan tak malam nanti. Cadangnya, pukul 10.00 baru nak keluar dari rumah dengan anak-anak (Along yang memandu) jemput suami di KLIA. Ikut jadual flight dari Alor Setar tu tiba pukul 10.25 malam. Dari rumah ke KLIA dalam 40 minit. Oklah kut... Pergi cepat-cepat pun, susah nak parking kat depan pintu lapangan terbang tu...


*** gambar dicuri dari rumah pakcik google

8 ulasan:

  1. Salam kakciks
    sedap nya menu tu tgok ja dah teliuq ni.. hisshhhh...lap ayaq liuq sat..hehehe
    menu yg simple mimple ni la yg lg sakan makan nasi tu..ishhh..bahaya makan lauk mcm ni..hahaha..nti pecah penjait baju..adusss..

    BalasPadam
  2. Salam NJ...

    lauk simple mimple ni makan dengan nasi panas-panas, memang berasap kan? Kakcik pun dah malas nak fikir pasal pinggang yang makin mengembang ni.. (ke kain yang semakin mengecut???) :)

    BalasPadam
  3. nak datang ke pB?? :)

    Rumah kakcik di Taman Kencana, Cheras.. meh le.. :)

    BalasPadam
  4. kak cik,
    suami saya suka sangat lauk yang macam ni...saya je suka masak macam macam...tapi kalau dah lapar..hidangan macam ni amat menyelera kan.....

    BalasPadam
  5. Kak Ezza..

    lauk macam ni memang simple, tapi kadang2 lebih membuka selera dari lauk2 yang berempah dan bersantan. Betul tak? :)

    BalasPadam
  6. Mengapa masakan kakcik kelihatan sangat menyelerakan

    BalasPadam
  7. Zed...

    kata orang (orang la kata...) masakan yang dimasak dengan ikhlas dan kasih sayang, akan menjadi masakan yang paling sedap walaupun masakannya ringkas sahaja. Wallahuaklam. :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...