Klik klik

Khamis, Oktober 08, 2009

Jamuan Hari Raya

Hari ini, 8/10/2009 bersamaan 19 Syawal 1430. Kementerian tempat aku 'cari makan' mengadakan Jamuan Hari Raya. Alhamdulillah.

Cumanya, bila sebut tentang jamuan ini - tak kiralah, di rumah, di pejabat, di restoran atau di mana saja. Satu perkara yang aku tak berkenan (harap-harapnya aku dapat menjaga tingkah lakuku sendiri) adalah berkenaan dengan sikap.

Dah namanya jamuan. Yang datang mesti ramai. Hidangan mesti banyak. Tapi, ada sesetengah orang, bila dah berada di depan hidangan, seolah-olah semua mahu diambil. Bimbang tak cukup, tak mahu orang lain mengambil sama. Siap menjeling. Ini bukan sengaja aku reka, tetapi selalu terjadi di depan mata. Nak kata budak-budak, dah lebih dari dewasa. Nak kata dewasa, perangai kalah budak-budak. Ada yang mengambil makanan seolah-seolah dah berbulan tak makan. Penyudahnya, makanan dalam pinggan tu, kais sana, kais sini, tinggal macam tu saja. Lepas tu bangun lagi, ambil yang lain pulak! Langsung tak teringat pada saudara-saudara kita yang di dalam kesusahan di luar sana. Iya, mungkin jauh - kita tak nampak. Bagaimana pula dengan kawan-kawan yang sama-sama datang, tetapi terkebil-kebil tak dapat mengambil makanan? Apakah kita bangga menunjukkan sikap 'tak bertamadun' begitu? Masa ambil kononnya sebab nampak sedap, atau nanti tak payah bangun lagi. Bila dah ambil, mencebik bibir - kononnya makanan rasa entah apa-apa. Padahal memang dah tak lalu nak makan.

Tempat duduk pun sama. Kalau dah selesai makan tu, pandai-pandailah bangun. Bagi peluang pada orang lain pulak untuk duduk. Ini tidak, siap bergosip lepas satu, satu. Pedulikan mata yang memandang. Lagi orang pandang, lagi terasa riak!

Aku berpesan pada diriku sendiri, dan juga pada anak-anak serta keluargaku... cerminlah diri, hiasi peribadi dengan pekerti yang tidak membuatkan orang menjadi benci.

14 ulasan:

  1. Salam Kak Cik..

    Semalam pun zai menghadiri jamuan open house yang diadakan oleh sebuah syarikat perumahan...masyaAllah macam tulah yang berlaku ada pulak orang2 tua yang tak sabar sanggup memotong barisan dan bertolak2 dengan oranglain dek sebab kerana nak merebut makanan walhal makanan yang dihidangkan berlambak2 dan bermacam2...dah ambil tu bukan main banyak lagi macamla perut dia boleh masuk semua...last2 tengok tinggal banyak bersisa kat pinggan tu..Nasib zai makan sikit2, dah habis baru bangun mencari yg lain tapi biasalahkan fitrah manusia mmg macam tu..MELAYU MUDAH LUPA kata Dr Mahathir.

    BalasPadam
  2. Salam Zai...

    memang tak bagus betul perangai macam tu kan? Apalah yang ada dalam fikiran mereka sewaktu membuat 'perangai' macam tu, ya?

    BalasPadam
  3. Boleh tu boleh, kuina.. tapi kakcik nak hantar ke mana? :)

    BalasPadam
  4. salam kak cik,
    mmg sikap macamni slalu ada dimajlis2 rumah terbuka atau jamuan dihotel2.
    kdg2 kita kesian tgk makanan yg diambil tu dibuang camtu jer..

    masa ambil tak ingat dunia, bila dah makan rasa sikit konon tak sedap.. bgn ambil lain.

    june pun geram tgk perangai org camni!

    BalasPadam
  5. Salam June...

    itulah, entah apalah yang ada dalam fikiran orang begitu kan? Mungkin jenis tak tahu bersyukur dan berpada-pada kot?

    BalasPadam
  6. Kalau nak lihat lagu mana bersopan nya kaum kita lihatlah kat situ..lagumana depa punya 'tertip' dok bersopan bila nak makan..hee
    Waktu solat berjemaat bukan main baik lagi beri laluan kepada orang lain pi masuk kat saf depan..beri laluaan laa..hhmmm
    Posa Ramadhan sekadar lapoo je lah..
    Jenuh jugak tu nak perang dgn hawa-nafsu nih..kan kak cik..
    Lemahnya kita kan

    BalasPadam
  7. Betul LanaBulu.. iman kita selalu kalah dengan nafsu! Bila la agaknya nafsu nak kalah dengan iman? Kenalah berusaha ke arah itu, ye tak?

    BalasPadam
  8. kakcik

    membaca entri kakcik, teringat lak saya kat entri saya beberapa hari lalu.

    MESTI.DIA.ORANG.YANG.BUAT ...!

    BalasPadam
  9. makan free macam tu ler jadi nyer, kalo sy dah tak larat nak makan byk hehe

    BalasPadam
  10. Salam AL..

    kakcik nak ulangbaca balik apa yang AL tulis tu :)

    BalasPadam
  11. Salam Dik Maiyah...

    makan banyak manapun, sebenarnya, sedap atau tidaknya hanya setakat tekak saja! Lagipun makan berlebihan kan tak bagus untuk kesihatan? :)

    BalasPadam
  12. Salam Kakcik,

    Nafsu manusia memang begitu. Jaga diri dan tingkah laku. Kekadang saya seperti terkena, saya mengambil sedikit, dah habis segan pula nak menambah.

    BalasPadam
  13. Salam Zed...

    kiranya Zed ni tidak termasuk dalam golongan yang kakcik sebutkan dalam catatan kakcik. Baguslah macam tu.. biar kurang, jangan membazir. :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...