Klik klik

Jumaat, Oktober 09, 2009

Nak masak apa ek?

Along nak jemput kawan-kawan dia datang ke rumah esok. Kawan-kawan mengajar. Kawan-kawan masjid. Jiran-jiran terdekat. Agak-agak berapa orang ek? Ada ke sampai 100 orang? Kawan-kawan Angah ada 4 - 5 orang. Nak masak banyak mana ek? Aku sorang-sorang kena masak ni!

Aku cuma pandai masak sejenis dua makanan je. Mudah2an segalanya berjalan lancar. Ada sapa-sapa yang membaca ni nak datang tak? Silalah... kita jamah apa yang ada. :)

18 ulasan:

  1. Salam pagi jumaat kakcik,
    Berkat sungguh kakcik nak bagi makan org masjid..
    boleh kami tumpang?..

    BalasPadam
  2. Salam Adik...

    tentu saja boleh. Silalah.. rumah kakcik kat Tmn. Kencana, Cheras. Berhampiran Pandan Indah. Ini no hp kakcik : 0122830569

    BalasPadam
  3. Salam kakcik,
    terima kaseh atas pelawaan kakcik tu. siap bg hphone no lagi.... saya pun bagi no hp lah kot-kot kakcik ada rancangan nak pergi arah bangi.
    Esok, suami saya bzz dengan conference dari pagi sampai malam... insya'Allah, ada kelapangan, sampailah saya.
    rahmah 0125626469.

    BalasPadam
  4. Terimakasih Adik.. kakcik simpan nombor tu tau.. manalah tahu, kot ada jodoh kita nak berjumpa nanti :)

    BalasPadam
  5. Salam Kak Cik,

    Sejuk hati zai mendengar pelawaan kak cik, boleh rasa kak cik nie seorang isteri dan emak yang baik sbb rajin melayan tetamu yg bertandang...Zai pun ada 4 orang anak lelaki dan 1 perempuan, mudah2an mereka kenang jasa dan tak melupakan kita dimasa tua nanti ye..

    BalasPadam
  6. Salam Zai..

    kata orang, tetamu yang datang itu membawa rezeki.. jadi kita kena terima dengan hati terbuka dan dada yang lapang. Mudah2an Allah mengasihi dan meredhoi kita. Kalau Zai dekat, memang kakcik 'wajibkan' Zai datang tau... bukan apa, untuk bantu kakcik! hehehehe....

    BalasPadam
  7. salam..
    Buat rumah terbuka ye..
    Teringin nak pi tapi jauh sangat..

    BalasPadam
  8. Salam Shaniza...

    buat makan-makan je. Sekadar termampu. Meh le datang :)

    BalasPadam
  9. nak saya tolong ker...

    erkkk

    tolong tengok..

    BalasPadam
  10. ala kuina..

    dari tolong tengok, meh le tolong makan! :)

    BalasPadam
  11. Salam Kakcik,

    Apa-apa sahaj, yang penting ikhlas dan menyelerakan. Yang pasti saya tak sempat hadir.

    BalasPadam
  12. wah.. nak masak pe kak, mesti best

    BalasPadam
  13. masaklah makanan yang dah terkenal kakcik buat sebelum ini.

    BalasPadam
  14. Salam Zed...

    alangkah bagusnya kalau Zed dapat datang dan berkenalan dengan keluarga kakcik kan? Mungkin di lain kali kot, InsyaAllah

    BalasPadam
  15. AL...

    memang kakcik masak masakan yang biasa kakcik buat sebelum ni.. nanti kakcik cerita dalam catatan akan datang. :)

    BalasPadam
  16. Salam Dik Maiyah...

    masak yang biasa-biasa je. :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...