Klik klik

Jumaat, Februari 15, 2013

Putrajaya...

Aku ke sini, hanya seketika memenuhi tuntutan yang diperlukan. Untuk bermastautin di sini, memang sangat jauh dari keinginan hati...





Khamis, Februari 14, 2013

Ingin kuhidupkan semula...

rumah ini yang sekian lama kehilangan nyawa
ditinggalkan terbiar
bersawang di sini sana

biarpun setelah pintu dan tingkapnya kubuka
tiada siapa yang tergerak untuk menyapa
bagiku tidak menjadi apa
kerana di sinilah langkah pertamaku bermula

perlahan-lahan
aku kusapu sampah dan sawang
aku kutebas semak dan lalang
lalu akan bermainlah aku kembali
di laman yang sekian lama sunyi dan sepi


iya, aku akan kembali mencoret  di sini...