Dua hari lepas, semasa aku terjumpa semula puisi Buat Suami, aku juga terjumpa sebuah puisi yang kucoretkan di buku catatan harian seorang teman. Waktu itu, aku belum lagi bertemu jodoh dengan suamiku. Bagaimanapun, aku dan En. Suami bernikah pada penghujung tahun yang sama. Saat aku hulurkan kad undangan pada teman tersebut, dia bertanya padaku apakah kekurangan dirinya menyebabkan aku tidak menerimanya? Aik???? bila masa pulak aku bercinta dengannya? Bukankah hubungan kami selama ini setakat 'teman tapi mesra' sahaja.. hehehe..
Dipendekkan kisah, selepas lebih 4 tahun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak, aku bertukar tempat kerja. Tanpa disangka, aku menerima sekeping kad dari teman tersebut bersama sebuah puisi yang dikembarkan bersama puisi yang kutulis di buku catatan hariannya dulu...
Inilah puisiku itu...
Esok dan Semalam
esok yang kunantikan
telah menjadi semalam
yang tak bermakna
dibelit seribu kehampaan
yang bersarang
di teluk perasaan
hanyalah perjalanan waktu
di rimbunan sepi
menjadi pembelenggu
yang tak pernah menjanjikan
sebuah kebebasan
semalam
tetap menjadi kenangan
yang membuatkan aku
begitu segan
untuk menampung lagi pengharapan
pada hari yang bernama esok
meski esok kan datang lagi
dan arus waktu
menghanyutkan usiaku
ke kuala kedewasaan
aku masih belum pasti
di sana
apa atau siapakah
yang menanti...
(2/4/1986 - 2.00 ptg)
ini pula puisi tanpa tajuk dari 'sidia'
Sahabat..!
antara dua rona senja
kita terpaku dalam pertemuan
dan terisilah ruang-ruang perantaraan
di cecelah senyum dan tangis
hati kita menjadi satu
meneruskan langkah-langkah selari
menuju hari tua
Sahabat..!
pun tiba-tiba waktu menjadi terlalu cemburu
untuk kita terusan berbicara
tentang hasrat dan kehidupan
tentang dunia dan kematian
dalam termangu kau pergi..
meninggalkan kami..
Sahabat..!
kerna janji seputih salji mengikat hati
lantaran medan perpisahan ini mendaki
dalam diam-diam
kita sebenarnya
mengutip sebutir rindu dan kemesraan.
(30/10/1991)
kakcik,
BalasPadamwalaupun saya juga pernah putus cinta, putus tunang...putus kasih... tapi alhamdulillah...
bila tiba jodoh kita dgn suami kita... itulah yang TERBAIK buat kita... Kan..kan..kan...
kakcik...
BalasPadamsaya nombor satu..saya nombor satu..
Hello Kakcik, your suami very handsome, macham bintang filem.
BalasPadamAt first I thought dia Jins Shamsuddin, ha ha.
You keep well Kakcik, have a nice day, Lee.
Salam Dik Mah..
BalasPadamye betullllll... itulah jodoh yang telah ditentukan dan ternyata TERBAIK buat kita... :)
(adakah sebaik MAKAN TEMPE??? hehehe.. syhhhhhhh)
Manalah adik2 kakcik yang lain ni.. tak jelezzz ke tengok Dik Mah duk kat atas tu??? ;-)
Hello Lee..
BalasPadamyou buat I tersenyum pagi2 ni... 'macam bintang filem?' .. Marah Jins Shamsuddin nanti! :)
Kisah cinta dolu2 memang seronok dikenang, boleh buat bahan lawak lak lagi...:)
BalasPadammenerima jodoh dengan redha dan seikhlasnya, itu yang terbaik, kan?
Heeeee.. kalu lah saya yg dulu jumpa Abg MUS tu, mesti saya pun tak lepas gak.. hahahaha..!
Salam Azie...
BalasPadamAbg Mus tu.. dolu2 lawan kakcik bergaduh.. bukan teman tapi mesra pun.. tapi dah tersurat jodoh kakcik dengannya. Syukur kepada DIA yang memberikan kakcik jodoh yang sebaik Abg Mus tu.. hehehe... :)
salam kakcik sayang...
BalasPadamseronok baca kisah kakcik muda2 dulu walopn x byk..tp bab sajak ni ampun kakcik..nora mmg fail..tp suka baca..hehehe
kadang seronok imbas kembali pasal cerita lama-lama kan!!!!
BalasPadamapa apa pun tu cerita lama.. now ni k.chik dah berbahagia bersama suami tersayang.
Salam Nora sayang..
BalasPadamhati kakcik ni tertanya2 juga bila dah lama nora tak muncul.. tapi, kakcik faham kesibukan nora menguruskan rumahtangga. :)
(sesekali teringat pulak nak mengimbau kenangan lalu .. hehehe..)
Salam Chik Na..
BalasPadamAlhamdulillah.. syukur kerana kami tetap bersama mengharungi susah dan senang.. :)
Salam Kakcikseroja,
BalasPadamPuisi kakcik memang sangat puitis. Jika dihantar ke akhbar dan majalah perdana tentu akan tersiar agaknya. Memang indah kenangan masa remaja yang tidak mampu untuk kita mengapainya hari ini.
Salam Kak Cik,
BalasPadamMula2 hubby nk kenal sy , sy memang tak suka langsung kat dia. Tapi dh jodoh agaknya. Kat sebulan gak dia cuba nasib, tapi jodoh tak kemana dari benci at last jadi hubby hehehe
Salam kakcik. Kedua-dua sajak, sajak kakcik dan bekas "boy" kakcik memang mempunyai nilai yang tinggi, bersahaja dan jujur...
BalasPadamSalam Hj. Zed..
BalasPadammuda2 dulu ada juga karya kakcik tersiar di akhbar.. tapi, dah lama kakcik tak buat 'kerja' tu lagi.. segan! :)
Salam Aidah...
BalasPadamitu yang dinamakan 'jodoh'. En. Suami kakcik dulunya hanya tempat untuk saling meluahkan perasaan ttg apa saja.. akhirnya dah tersurat memang kami telah dijodohkan.. :)
Salam Babah...
BalasPadam'sidia' itu hanya kawan biasa masa muda2 dulu... :) Hmmmm... ada nilai ke puisi kakcik tu? Kakcik rasa macam 'belia' sangat! Segan kakcik. :)
saya pun nak tambah pantun sikit..
BalasPadambila rambut sudah luntur
bila mata sudah kabur
bila batuk tersembur-sembur
bila mula makan bubur..
maknanya kita dah nak masuk kubur..
pantun untuk yang gagal bercinta..
kerana cinta Allah saja yang sejati.....
Salam Cikgu..
BalasPadambetul.. hanya cinta padaNya sahaja cinta sejati.. tapi, tetap ada yang leka ...
sekarang ada jumpa lagi tak ? ada tak kadang2 tu rasa teringin terjumpa .. bukan sengaja nak jumpa.
BalasPadamSalam kakcik. Indah dan puitisnya sajak tu. Boleh saya copy?
BalasPadamAslmkm Dik Seroja.
BalasPadamLama Kak G tak nampak. Kejap tadi terperasan di laman Azie.
Nak ucapkan 'Happy Belated Birthday' utk suami, ya, hensem la kiranya :)
Kak G ikut terbuai juga dgn alunan rasa dalam puisi tu .. jiwang gak le .. mmg masa tu alam jiwang kan?
Nak sambung la:
'Kini kita meniti usia
remaja dan muda
tiada lagi di sisi
semua sudah berlalu pergi.
Kini yang nyata ada
hanya lambaian dan lantunan tua
menggamit dalam sepi
agar insan tidak lupa diri
petanda kita mesti menghitung hari
kerana ketentuan Ilahi
akhir itu pasti'
Kira2 masih boleh diterima sbg berbakat lg tak? Terkenang jer masa sekolah dulu ... :)
Salam kanda AL..
BalasPadamdah tak pernah jumpa pun.. tak payah la nak jumpa2 lagi..:)
Salam Cikgu Aida..
BalasPadamboleh.. silakan.. (nak letak kat mana?) :)
Salam Kak G..
BalasPadamkak G juga berbakat rupanya...
cantik kata-kata yang tersusun :)
Hello Kakcik, have a great year of the Tiger with lots of good health and laughter.
BalasPadamBest regards, Lee.
Salam!
BalasPadamPuisi kokcik ni nampak mcm baguih tapi mmg baguih pun sbb bkn senang nak beidak mcm gtu je! Itu merupakan anugerah Tuhan, tak semua org dapat walorpun kerah piut dahi, munkalor tak buleh idak ler. Kena hayati, ilhamkan berhari2 tak tentu makan minum. Teman hargainya wpun teman ni buta puisi...
Hi Lee..
BalasPadammacamana CNY.. seronok tak? :)
salam tajnur..
BalasPadamkengkadang teman teghingin juga nak nganto karya teman ke mana2 penerbitan.. tapi, teman tak ada keyakinan.. sebab teman ghase karya teman tu.. ijo sangat (tak cukup masak)! :)
Salam kakchik,
BalasPadamwaaah pusi yang penuh maksud tersurat tersirat tuuu.rindu nak berblog. hu hu.seronok lah catatan kawan-kawan kat sini.
kaya dengan pengalaman, sarat dengan pengajaran,buat bekalan kehidupan,agar tak tersasar cinta dan haluan..
p/s:kakchik,ini url rumah baru saya http://myraudhatulukhuwah.solihin.net/
tapi masih dlm pembinaan.