Klik klik

Rabu, Februari 17, 2010

Shamsudin Sulaiman


untuk kisah selanjutnya sila layari :
http://lailagmi.blogspot.com/2010/02/maaf-atau-mati.html

Catatan : Shamsudin (kupanggil beliau Din) adalah teman sepejabatku satu waktu dulu.. besar sangatkah kesalahan yang dilakukannya? Allah jua Yang Maha Mengetahui. Bagiku dia seorang yang baik, rajin belajar agama, suka menegur perkara-perkara yang ditegah agama (dan kerana itu ada yang membencinya). Aku sedih bila mengenangkan nasibnya.. :(

44 ulasan:

  1. kakcik,
    bukan Samsudin seorang yang teraniaya malah ramai lagi. amat memalukan bila perundangan di negara ini menolak hak asasi manusia. dianggap pesalah tapi tak dibicarakan. islam sendiri amat syumul tapi terang2 manusia membuat hukum sendiri. kadang2 bila dah tak sanggup nak memikir, fa akan pulangkan balik pada
    Dia yang maha mengetahui agar satu hari nanti orang-orang yang menganiaya ini akan diberi ganjaran yang setimpal kerana doa orang yang teraniaya amat makbul. tongkatlah dunia selagi mana yang mereka mahu. tak boleh nak bayangkan keadaan keluarganya. 7 tahun dikurung. dan kita tak tahu apa yang mereka alami walaupun fa pernah dengar sendiri dari special branch bagaimana mereka dilayan.

    BalasPadam
  2. salam Fa..

    memang menyedihkan.. Awal2 Din ditahan dulu, kakcik masih sepejabat dengannya. Terbayang2 anak isterinya datang ke pejabat meraih simpati.. Kita pulangkanlah kepada Dia Yang Maha Mengetahui..

    BalasPadam
  3. Salam

    moga Samsudin terus tabah

    BalasPadam
  4. Salam pB..

    mudah2an begitulah.. walaupun kakcik rasa, ketabahannya telah bertukar menjadi 'kekakuan'.. :(

    BalasPadam
  5. Salam Kak Chik,

    Entahlah tak tahu lak nk bg komen apa kali ni. Entahlah kadang tu fikir hukuman yg dijatuhkan manusia ni lebih zalim dari hukuman Allah s.w.t

    BalasPadam
  6. Salam kakcik...
    sekali fikir, siapalah kita untuk terus mempertikaikannya...semua ini adalah salah satu kebenaran tanda2 dunia semakin ke titik akhir..telah diberitahu bahawa para ahli agama akan dibunuh dan dipenjara dan yang bebas berleluasa ialah...

    Ini bukan baru terjadi bahkan sebaik kewafatan baginda Rasul saw (bukankah baginda itu nabi akhir zaman?)... kita tunggu dan lihat saja kebenaran janji2 Allah yang seterusnya....disamping menjalani kehidupan spt biasa yg tidak melukakan hati sesiapa... kerana kita tahu apa matlamat hidup kita.... dan bagaimana kita inginkan pengakhirannya....

    Alhamdulillah suami sahabat I dah dibebaskan sebelum Ramadhan...kini masih menjalani kehidupan yg termangu2....dipisahkan sejak anak berusia 9 tahun hingga anak nak ambil SPM. Segala2nya pedih...khabarnya Din dah tak kisah tg pembebasan lagi...apakhabar isteri dan anak2 beliau? mereka masih suami isteri?
    - luv QJ.

    BalasPadam
  7. Salam Aidah..

    Allah itu tidak zalim walaupun Dia boleh menurunkan sehebat-hebat hukuman. Tapi, manusia suka kalau dilihat hebat.. maka dibuatlah apa sahaja agar orang lain menjadi 'takut'.. :(

    BalasPadam
  8. kasihan kepada beliau. masa mudanya habis di dalam pusat tahanan. atas nama prinsip dia, dia rela mati ! saya kekurangan fakta untuk memberi sebarang komen mengenainya.

    "truth will always prevail"

    BalasPadam
  9. Salam QJ..

    Din dan isterinya telah berpisah. Isterinya menuntut cerai. Iyalah.. nak tunggu pun tak tahu sampai bila. Anak-anak pun tak kenal ayah.. Kita doakanlah agar mereka mendapat kehidupan yang lebih baik. InsyaAllah.

    BalasPadam
  10. Salam Kanda AL..

    untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang Din, bacalah blog Cikgu Laila GMI. Cikgu Laila pun mengenali Din menerusi suaminya yang baru dibebaskan pada tahun lepas. Kakcik kenal Din masa kakcik kerja bancuh air kat KKM dulu.

    BalasPadam
  11. KakChik,
    Insyallah, masing-masing ada prinsip mereka.
    Saya pun keliru..dan pernah discus isu " Pengganas itu Islam atau Islam itu Pengganas?" kerana semua list pengganas adalah Islam...pelik????

    .....kita tanya SB-TugasTugas Khas betoi ke Sudin msh dgn prinsipnya?

    BalasPadam
  12. Salam Ikan Emas..

    salah siapa agaknya Islam dilabelkan sebagai pengganas walhal ramai juga bangsa atau penganut agama lain yang berlintak di luar batas hukum dan kemanusiaan? (tak payahlah kita tuding menuding kerana jawapannya tetap kabur..)..

    tentang Din.. kita doakan agar beliau terus tabah dan menyerahkan dirinya kepada ketentuan Yang Esa..

    BalasPadam
  13. Salam, begitu berat ujian yang ditanggung.
    mungkin Din sudah tidak mengharapkan pembebasan apatah lagi apabila isterinya sendiri sudah menuntut cerai.

    Itulah salah satu saksi kekejaman ISA. Apakah kita perlu merestui ISA terus digunakan di Malaysia ini. Saya perhatikan, masih ramai yang masih menyokong ISA ni. Agaknya dh terkena batang hidung baru mereka sedar langit itu tinggi atau rendah

    BalasPadam
  14. Salam kakcik..
    Itulah yg I dengar, isteri dia tuntut cerai... itu yg Din dah tak ambil pot hal duniawi lagi... biarkanlah apa yg terjadi semahu2nya...
    hmm...sedih perjlanan hidup seorang lelaki bernama Din ni...
    I doakan bekass isterinya dpt menyempurnakan pendidikan anak2nya, cukuplah. - luv QJ.

    BalasPadam
  15. Salam Nanie..

    kakcik pun tak tahu nak kata apa dah.. memang sedih dengan segala bentuk hukuman manusia yang rasanya tak masuk akal (sedangkan hukum Tuhan dipilih2 sesuka hati).. tapi, cakap lebih2 nanti kita pulak dikata pelampau dan dikatakan suka pada keganasan.. hakikatnya hanya Dia Yang Maha Mengetahui... Semoga kita terlindung dari kemurkaan Yang Maha Berkuasa..

    BalasPadam
  16. Salam QJ..

    itulah.. tapi, rasanya bukan setakat pasal isterinya menuntut cerai.. banyak lagi yang membuatkan Din kecewa. Seolah2 tiada langsung pembelaan buatnya.. :(

    BalasPadam
  17. Salam... saya hanya dapat merasa simptai sahaja...

    BalasPadam
  18. Salam umi_e..

    iyalah, kita tak punya tangan ajaib untuk membebaskannya. Hanya doalah senjata kita.. :)

    BalasPadam
  19. Salam Maiyah...

    Dia sudah cukup bersabar rasanya...

    BalasPadam
  20. Salam Kakcikseroja,

    Salam simpati saya pada bekas rakan kakcikseroja, yang dipanggil Din.

    Saya tidak dapat mengulas lanjut mengenainya kerana tidak tahu pucuk pangkal cerita.

    Terkadang prinsip kita akan memenjarakan diri kita sendiri samada dialam yang terbuka luas ini, atau di dalam minda yang tidak bertepi.

    BalasPadam
  21. Salam Kak Cik..

    Sedih mengenangkan nasib anak-anak yang membesar tanpa kasih sayang seorang ayah

    BalasPadam
  22. Salam!
    Apabila berada dalam sistem yg salah, maka macam2lah undang2 dan peraturan2 mengikut kepentingannya tanpa mempedulikan hak keadilan, kebebasan seseorang! Malah hukuman yg lebih dahsyat dr itu pun mrk boleh lakukan apabila kuasa ditangan mrk.

    BalasPadam
  23. kemanisan seorang pejuang,PUAS.

    kepada waris terdekat atau yang ada darah daging.

    sila sujud sejadah selama 40 hari, buat secara IKHLAS,sekali lagi IKHLAS.ikhlas tanpa marah kepada insan lain

    MINTA tolong dari ILLAHI..


    niat sujud bukan untuk membalas dendam.
    niat untuk sejahtera..
    hanya ILLAHI tempat minta tolong.,dengan IZINNYA

    keikhlasan dan airmata yang terjatuh ke sejadah.

    BalasPadam
  24. Salam Hj. Zed..

    setiap manusia punya pandangan yang berbeza walaupun memegang anutan yang sama.. mcm orang kata, tidur sebantal.. mimpi lain-lain..

    Catatan kakcik kali ini hanyalah sebagai rakaman simpati terhadap Din.

    BalasPadam
  25. Salam Nida..

    kalau ayahnya telah 'kembali ke sana' lain ceritanya. Kalau ayahnya menghilangkan diri kerana enggan memikul tanggungjawab, lain juga ceritanya.. tapi dalam kes ini... ada ayah, tahu di mana, tapi tiada apa yang dapat diharapkan darinya kecuali doa... :(

    BalasPadam
  26. Salam Tajnur...

    apabila manusia diberi kuasa, mereka akan mudah lupa kepada Yang Maha Berkuasa. Selalulah ingatkan diri kita agar kita tidak termasuk dalam kelompok yang begitu...

    BalasPadam
  27. Salam Zeq..

    hanya Dia tempat bergantung harap.. mudah2an keikhlasan yang dihulurkan mendapat imbuhan yang sewajarnya.

    BalasPadam
  28. Kita doakan keluarga Din tabah dan terus tabah dengan ujian Allah ini

    BalasPadam
  29. combi tak berani nak komen sbb kekadang apa yg berlaku mesti ada sebab musababnye.biar lah mereka yg pakar dlm bidang masing-masing mengulas apa yg berlaku sbb kita yg tak tahu ni takut jadi mcm tikus membaiki labu pulak... :)

    BalasPadam
  30. Agenda yahudi lagi bahaye ....tapi sedarkah mereka????

    BalasPadam
  31. Salam Combi..

    kadangkala, pakar pun membuat ulasan bukan mengikut kepakaran tetapi mengikut keperluan!

    BalasPadam
  32. Salam Hj. Jang..

    bukan kata agenda Yahudi.. amaran Allah pun ramai yang tak peduli!

    BalasPadam
  33. Hello Kakcik, minta ma'af, my bahasa not good, unable to understand your posting.
    Anyway, wishing you well, best regards, Lee.

    BalasPadam
  34. Hi Lee..

    macamana CNY di Toronto?

    kakcik juga berharap you sihat dan gembira selalu..

    BalasPadam
  35. Kak Cik,

    saya pun PAKAR juga, tapi pakar PUKAU mengulas ikut PERIUK NASI..

    BalasPadam
  36. Salam Zeq..

    iya, ramai yang pentingkan periuk nasi lebih dari segalanya... Tapi, bermaknakah periuk nasi tanpa beras?

    BalasPadam
  37. salam puan. sudah ramai menderita angkara ISA yg gila ini.

    BalasPadam
  38. Salam Abu Muaz..

    kita doakanlah untuk kebaikan semua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

    BalasPadam
  39. salam kak cik..."tidak akan meningkat iman seseorang itu selagi belum di uji." mungkin ujian allah terhadap hambanya

    BalasPadam
  40. Salam Abeli..

    iya.. inilah ujian yang perlu dilalui oleh Din.. Kita juga tidak terlepas dengan uijian - hanya bentuknya berbeza..

    BalasPadam
  41. salam,,Kak cik semalam ada mimpi yang dibawa oleh sang burung,,

    Din boleh keluar bersiar-siar.. ke luar


    dengar cerita berjuta2 KUTUKAN sang beburung, kita tunggu dengan IZINNYA..mana tau datang taufan.KAMUNTING hilang dari peta...(burung bercerita dalam mimpi)..IZINNYA sesaat jerr..

    BalasPadam
  42. Salam Zeq..

    malangnya kakcik tak pandai mentafsir mimpi..

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...