Klik klik
Isnin, Februari 22, 2010
Satay Station di Kg. Pandan
gambar-gambar diambil dari rumah pakcik google
Semalam selepas Maghrib, aku bersama ES dan anak-anak pergi makan di Satay Station, Kg. Pandan. Selalunya, aku makan satay ini yang dibeli oleh Along. Sataynya besar dan lembut. Kuah kacangnya pun sangat sedap. Di sini, hanya ada dua jenis makanan sahaja iaitu satay dan mee rebus. Mee rebus pun sedap - memang berbaloi-baloi.
Along kenal dengan pemilik restoran ini iaitu En. Zul. Semalam, En. Zul datang ke meja kami dan bersembang mengenai sejarah bagaimana beliau memulakan perniagaan ini. Masa awal pembukaan restoran ini dulu, nak jual 100 cucuk satay sehari pun payah. Sekarang, beliau mampu menjual sehingga 12,000 cucuk sehari. Alhamdulillah.
Syukur juga ke hadrat Illahi, semalam kami anak beranak makan percuma. En. Zul belanja. Semoga rezeki En. Zul terus melimpah ruah dan perniagaannya berkembang maju.
Memang selesa makan di restoran ini, kalau makan di sebelah dalam, ada penghawa dingin dan bilik-bilik disediakan. TV pun ada tapi bukan di semua bilik.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Kak CIK...
BalasPadamPengalaman Azie pertama kali makan di Sate Station ni, adalah pada bulan lepas... 31 Januari..
Kebetulan masa tu cuti... orang punya lah ramai, sampai susah nak book tempat.. (Booking meja hanya pada Isnin Selasa dan Rabu sahaja)..
so hampir sejam baru kami dapat meja panjang yg kosong utk group 20 orang.. Meja dlm rumah tu memang tak dapat lahhh... Penuh dgn pelancung mat saleh..
Yang best.. kat laman (sbb gerai ni adalah rumah lot rumah kampung..) ada kumpulan Ghazal yang mendendangkan lagu-lagu lama yang sangat mengasyikkan...
Makanan memang sedappp.. Milo dia spesel — MILO AIS TABUR..! perhhhh..!
Tq..kerana beri maklumat ni..
BalasPadamBoleh cuba nanti..
kakcik,
BalasPadamsaya tak berapa minat satay..
tp suami saya.... cukup suka..
nanti saya suggest kat suami.. sebab saya boleh pekena mee rebus...
kata sedapkan....
Salam Azie..
BalasPadamsemalam Along telefon dulu kat En. Zul, minta reservekan tempat. Kakcik minum milo suam semalam..memang sedap. :)
(bila kita nak dating lagi?)
Salam LB...
BalasPadambolehlah ajak kakcik sekali.. hehehe...
Salam Dik Mah..
BalasPadambagi kakcik, mee rebus tu memang sedap. Mula order semangkuk, lepas tu Abg Mus pun nak. Lepas tu Bangcik pulak nak.. Berbaloilah dengan harga RM6 semangkuk. :) (tapi smlm kakcik makan percuma, Alhamdulillah)
tak pernah lagik sampai kat area tu.. kalau makan satay.. kat kajang jer..
BalasPadamSalam Uda..
BalasPadamkat sini sataynya lagi best dari satay kajang.. (satay kajang dah tak sesedap dulu..) :(
Benar... Sate Kajang dah tak sesedap dulu. Tapi bezanya Sate Hj Samuri ada sambal pedas yg berasingan..
BalasPadamSate Station ni adalah cawangan (yg keberapa ntah...). Ada juga di tempat lain, rasanya di Mont Kiara.. Pucung? tak berapa ingat. Yang pasti di Ampang, Waterfront ada, kan Kakcik?
berapa ek secucuk... RM0.70 secucuk kan? hehehe.. taktau sbb ritu makan orang belanja...
Betul tu Azie.. RM0.70 secucuk.. kalau Along beli, selalu dapat diskaun... :)
BalasPadamKakcik pun tak pasti kat mana cawangannya. En. Zul kata, dia baru bukak perniagaan ni dalam setahun lebih saja. :) Dia beli rumah (dengan tanah sekali, kot) tu dengan harga RM220,000.00 dan dijadikan restoran..
Memang selesa makan di restoran ini, kalau makan di sebelah dalam, ada penghawa dingin dan bilik-bilik disediakan. TV pun ada tapi bukan di semua bilik.
BalasPadampenghawa dingin ke pendingin hawa ? Mybabah boleh jawab ni !
dah lama x mkn satay ni.. dulu slalu mkn satay beli kat kedai dekat ngan umah
BalasPadammacam best le tempat En Zul ni
Salam Kanda AL...
BalasPadama ah .. betul juga kan.. sepatutnya pendingin hawa.. bukan penghawa dingin.. aduhai... dengan bahasa sendiri pun boleh keliru.. itu sebab agaknya, orang lebih suka guna perkataan ekon (air cond)!
Salam Maiyah..
BalasPadambolehlah cuba datang.. :)
Salam Kakcik,
BalasPadamDulu masa muda2 20 cucuk sekali hadap jer..., sekarang dah tua2 ni... 2 cucuk sate pun belum tentu lagi...
Selera dah tumpul agaknya yeaa....
Hello Kakcik, wow, I suka tempat ni. Bila saya balek kampong satu hari, saya belanjar kakcik semua kita pergi makan satay.
BalasPadamBy chance, sini pun ada satu tempat makan nama 'Markham Station', serves from breakfast to dinner, tetapi panjang Q, macham nanti nak tengok Thomas Cup, ha ha.
Kakcik, you stay young and simpan satu lagu dalam hati, Lee.
Salam ISA..
BalasPadambetul lah.. seiring peningkatan usia.. nak habiskan 5 cucuk satay pun, semput! :)
Hello Lee..
BalasPadambila nak balik ke Malaysia? Nanti kakcik boleh tunggu dan kita pergi makan satay ramai-ramai. :)
You stay young and keep a song in your heart :)
tak tau bila nak sampai... tgk gambar cukup la. Saya makan satay radix aje tu pun besar gak.. sendat perut...
BalasPadamSalam Kuina..
BalasPadamjaga kesihatan.. jangan lasak sangat.. nanti baby tak selesa tau.. :)
Salam Kakcikseroja,
BalasPadamTahniahlah kepada tuan punya satay station kerana berjaya dalam perniagaannya. Harap lebih ramai bangsa kita yang maju macam dia.
Kakcik, nampak gambar pun dah terliur, memang sedap sangat tu. Mudah-mudahan rezki tuan punya lebih bertambah kerana belanja kakcik dan keluarga makan percuma..Nyammmm nyam... nya.
Salam Hj. Zed..
BalasPadammudah2an begitulah hendaknya. Aminnnn...:)
Salam..
BalasPadamSaya suka sate n mee rebus...memang nampak sedap tu. Kalau di sini saya suka makan sate HPA sbb besar2 dan tak ada lemak...kuah pun sedap.
Salam kakcik. Baru saya perasan, lama dah saya tak makan satay. Terliur pula asanya
BalasPadamSalam kakcik...
BalasPadamada phone no dia ker, utk reserve tempat...kalu kena tunggu lama mmg I tak sanggup tp nak jugak try la....nak rasa mee rebus tu...
jaga diri ya - QJ.
sedapnya kak tengok satay tu.rasa nak 'terbang' je gi sana. hu hu
BalasPadam