Klik klik

Jumaat, Januari 15, 2010

Perlukah aku dibedah?

Pagi tadi pergi ke Klinik Pakar Ortopedik di Hospital Sungai Buloh. Penerangan yang diberikan oleh Mr. H dan Dr. S berkenaan tulang belakangku berdasarkan gambar dari MRI Scan adalah amat jelas.

Kata Mr. H, 90% dari pesakit tulang belakang atau slip disc, boleh baik dengan sendirinya andai mengikut peraturan tertentu dalam tempoh 2 tahun. 10% lagi akan mengalami sakit yang semakin teruk dan perlu dibedah sekiranya ingin sembuh. Aku tak pasti aku masuk dalam golongan yang mana. Yang pasti rasanya dari hari ke hari, kakiku semakin sakit. Sekarang aku mula merasa kebas-kebas di kaki terutama di hujung jari. Tumitku pula terasa sakit mencucuk-cucuk.

Sepatutnya aku akan kembali berjumpa dengan Dr. S, Khamis depan. Disebabkan ada urusan yang tidak dapat dielakkan, temujanji ditetapkan pada Khamis 2 minggu lagi.

Kata Mr. H, perumpamaan kalau dilakukan pembedahan (pembedahan kecil dengan peralatan serba canggih) bagaikan mencabut daging yang terselit dicelah gigi. Sebaik dicabut daging tersebut, kesakitan terus tidak terasa lagi. Klinik Pakar Ortopedik Sg. Buloh merupakan pusat pembedahan tulang belakang bagi Negeri Selangor.

Apa pun keputusannya nanti, mudah-mudahan memberikan harapan untuk aku tidak lagi menanggung kesakitan yang berterusan. Insya Allah.

35 ulasan:

  1. salam kakcik,
    macam saya pernah beritahu dulu, kawan saya dr ainol pun pernah membuat pembedahan tulang belakangnya dan alhamdulillah, selepas pembedahan, dia rasa tak sakit dah. Dia pun risau dengan kemungkinan2 yg akan dia hadapi kalau tidak berjaya tapi dia dah tak tahan menahan sakit. Risiko memang akan ada.. berdoalah agar pembedahan tersebut berjaya.
    Saya doakan agar kakcik dapat jawapan yang kakcik inginkan.

    BalasPadam
  2. Salam Dik Mah..

    mudah2an saja kakcik akan sihat sepenuhnya selepas 'itu' nanti, Insya Allah.

    BalasPadam
  3. salam kakciks
    kalau pilihan bedah tu demi kebaikan akak.. buat je kak..jgn risau..hospital skrg ni dah moden dan canggih peralatan dorang..lg pun kalau mmg dah begitu takdir kita..kena lalui dgn tabah ye kak...
    N doakan kesihatan akak lebih baik dgn pembedahan nanti..lakukan demi org2 tersayang kak..juga kesihatan akak..boleh bergerak seperti biasa lagi nanti..

    BalasPadam
  4. salam kakciks sayang..
    buatlah yg terbaik mengikut kata pakar..berdoa dan buat lah solat istikharah, muga diberi petunjuk dr Dia..insyaallah...mudah2an kakciks akan sembuh setelah dibuat pembedahan..

    BalasPadam
  5. Salam N...

    terima kasih untuk kata2 peransang tu.. ya, mudah2an segalanya akan berjalan dengan lancar.

    BalasPadam
  6. Salam Ida Sayang...

    Terima kasih kerana memberi dorongan dan doa. :)

    BalasPadam
  7. Salam Kakciks. Kadang-kadang kena ikut suara hati juga. Untuk memandu suara hati keputusan yang dibuat tepat, buatlah solat hajat. Buat dengan suami dan anak secara berjamaah. Saya pernah melakukan sedemikian, tetapi bukan perkara yang kritikal seperti Kakciks. Saya buat untuk menghadapi temuduga. Alhamdulillah berjaya...Allah malu untuk tidak memperkenankan doa orang yang betul-betul ikhlas.

    BalasPadam
  8. Salam sdri.

    Ikut saja nasihat Pakar. Pada saya lebih baik lakukan pembedahan itu, kalau dengan lakukannya cepat akan sembuh. tetapi kalau nak tunggu sembuh sendiri dalam dua tahun amatlah menyiksakan.

    Insya Allah cepat sembuh nanti.

    BalasPadam
  9. Salam Babah...

    insya Allah, kakcik akan ikut nasihat Babah. Ikut suara hati dan mohon petunjuk dariNya.

    BalasPadam
  10. Salam Sdr. Mountdweller...

    terima kasih kerana sudi singgah dan beri pandangan. Sebenarnya kakcik dah mula sakit dari Januari tahun lepas lagi. Maknanya, dah setahun lebih. Sakitnya makin terasa.. Insya Allah, kakcik rasa pembedahan juga jawapan akhirnya.

    BalasPadam
  11. Salam Kakcik, klu utk kebaikkan, turutkan je kak, mudah2an benar seperti kata Mr H, umpama menarik daging di celah gigi. Insyaallah

    BalasPadam
  12. elok juga dapatkan second opinion kerana kadang2 Dr pun boleh terkhilaf. dia pun manusia juga. tapi kalau semua mengatakan baik bedah, saya rasa bedah sahaja lah, kalau penyakitkannya makin bertambah memudaratkan.

    BalasPadam
  13. pilihlah yg terbaik, kedua terbaik dan ketiga terbaik.pilihan...

    BalasPadam
  14. kalau boleh sihat sediakala ikut je...

    BalasPadam
  15. Salam Kakcik...
    Saya cuba letakkan diri ditempat kakcik, setuju dgn cadangan minta pendapat kedua...menghadap hidangan pun ada rezeki, saya akan terus berdoa agar kebaikan sentiasa berpihak pada kakcik, insyaAllah, amin.

    Jgn berputus asa ya...
    senyum selalu.

    BalasPadam
  16. Salam Annie...

    mudah2an begitulah hendaknya. Tengoklah macam mana 'keputusan bersama' pada 28/1/2010 nanti. Doakan kakcik, ya.. :)

    BalasPadam
  17. Salam Zeq...

    semestinya kita mahukan segala yang terbaik. Betul tak? :)

    BalasPadam
  18. Salam AL...

    Sebelum ini, Dr di KBMC kata elok dibedah. Dr di HSB pun memberi pendapat yang sama w/pun keputusan muktamad belum dibuat. Insya Allah, keputusan akan diketahui nanti. Kakcik rasa dah tak larat menanggung kesakitan ini. Kakcik sedar, ini semua ujian yang perlu kakcik lalui dengan tabah.

    BalasPadam
  19. Salam QJ...

    semalam kakcik singgah di rumah baru QJ.. tapi, tak dapat nak tinggal jejak..huhuhu.. Pagar banglo tu tinggi sangat agaknya!

    Doakan kakcik, ya.. :)

    BalasPadam
  20. Salam kakcik

    Sakit apa pun, sekiranya ada jalan mengubatinya, saya rasa sebagai manusia kita harus berusaha. Lagipun tulang belakang adalah tunggak, perlu sihat untuk semua kegiatan termasuk ibadah...

    Saya doakan kakcik selamat

    BalasPadam
  21. Salam Kak Cik,
    Pada pendapat sy lah. Dlm hidup ni apa jua yg kita buat mesti ada risikonya. Apa2 pun bertawakkal pada yg esa je lah. Moga semuanya dlm keaadan baik dan selamat hendaknya.

    BalasPadam
  22. Salam Anne

    terima kasih untuk pandangan Anne. (Pssttt..kakcik cuba cari blog Anne, tapi tak jumpa!) :)

    BalasPadam
  23. Salam Aidah...

    kakcik tak berani nak fikirkan tentang risiko! Semoga segalanya akan baik2 sahaja nanti. :)

    BalasPadam
  24. salam
    kalau pembedahan jalan terbaik utk sembuh.. elok lakukan.. kalau dibiarkan takut akan lebih memudaratkan kesihatan diri.. apa2 pun berdoa dan bertawakal pada Allah..

    BalasPadam
  25. mesti sakit ek. TErseliuh sakit, apatah lagi bila kena slip disc

    BalasPadam
  26. Kakcik..
    Nasihat yg baik adalah datang nya dari pakar ttg penyakit tersebut..
    Dalam kes kakcik Dr lah yg paling arif..
    insyaAllah mereka cuba memberikan yg terbaik utk kakcik maupun pesakit yg lain..
    Kita berusaha dan berdoa serta bertawakkal..
    p/s-utamakanlah temujanji dgn Dr tu..sbb kesakitan dan penyakit kita terus berjalan tapi pemeriksaan dari dr kenalah berterusan dgn link masa yg lebih dekat..
    bersegera adalah lebih baik dari bertangguh2..
    Bersabarlah kakcik...segalanya adalah pengampunan dosa buat diri yg sabar..

    BalasPadam
  27. Susah juga ya kakcik nak buat keputusan. Walau apapun keputusan kakcik, saya doakan kakcik sihat dan dapat menjalani hidup dengan tenang

    BalasPadam
  28. Fa selalu anggap...operation is the last resort. Bukan tak percaya pada kecanggihan perubatan moden sekarang tapi kadang2 bimbang mendengarkan keluhan2 pesakit yang dah operate tapi tetap bermasalah. Kadang2 disebabkan kecuaian la, begitu begini.

    Tapi dalam kes kakcik ni, mungkin kakcik boleh berhubung dengan pesakit2 yg dah menjalani pembedahan yang sama, ask them sedikit sebanyak.

    Sekiranya itu yang terbaik, ramai yang akan mendoakan kakcik insyaAllah....istikharah dulu ye...

    BalasPadam
  29. Salam kakcik. Moga diberikan kekuatan dalam menghadapi ini semua.

    BalasPadam
  30. Salam Kak Chik
    saya doakan semoga akak dapat membuat keputusan yang tepat demi kebaikan akak.mungkin akak boleh dapatkan 2nd opinion dari mana2 pakar.apapun pasti mereka tahu apa yang terbaik untuk pesakit mereka.
    elok jua kita adakan solat hajat dan istikharah mohon petunjuk Allah.
    bagi saya,(saya on wheelchair kadangkala)operation adalah keputusan terakhir.

    BalasPadam
  31. Salam Kakcik,
    Pembetulan - menghadap hidangan pun ada risiko (bukan rezeki heh2)...

    Kakcik ada idea tak mcm mana nak runtuhkan tembok yg tinggi banget tuh? Taktau naper lah kali ni plak tak dpt nak terima komen, bukan kakcik sorang tau, saya dpt byk email yg luahkan perasaan yg sama...apa boleh saya buat lagi? ada idea tak>

    Apa2pun insyaAllah doaku akan sentiasa menemanimu....love, QJ.

    BalasPadam
  32. Hello Kakcik, yes, you will be fine soon. Disini pun ada la banyak orang2 ada slip disc, and a lot suda cured, but have to take it easy.

    You take it easy, ya?
    Jangan main silat gayong, tolak kueh dodol, no Tango dancing, ha ha...

    You keep well Kakcik, ada senang datang ke pondok saya, tetapi jalan slow ya, jaga your slip disc tada slip slip. Just joking, ya.
    Best regards, Lee.

    BalasPadam
  33. salam,saya sudah membuat pembedahan slipdisc, masa tu saya dah tak boleh jalan, semua saya dah cuba untuk elak pembedahan, jalan terakhir saya terpaksa juga dibedah,alhamdulilah,sekarang saya dah sihat banyakkan doa agar pembedahan itu berjaya.

    BalasPadam
  34. Salam kawan-kawan semua...

    kdgkala mendengar pendapat dr orglain boleh membuatkan perasaan berbelah bahagi. Apa2pun, keputusan akhirnya kakcik serhakan pada Dia Yang Maha Mengetahui dan kepakaran Dr yang merawat.

    Terima kasih untuk semua pandangan, nasihat dan doa. Kakcik amat menghargainya. :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...