Klik klik

Selasa, Januari 19, 2010

Mari berpantun


Sungguh tinggi pohon kuini
buahnya banyak gugur di perdu
andainya aku tiada di sini
apakah mungkin ada yang rindu?

Harum mewangi bunga melati
basah daunnya disiram kabus
bila rindu bertandang di hati
utuskan doa tulus dan kudus

Wajah yang cantik usah dipuja
akan luntur ditelan masa
aku menghilang bukan sengaja
tidak juga menduga namun terpaksa

:)

46 ulasan:

  1. Takkan balai tegak berdiri
    Kalau tiada orang di hilir
    Takkan lah sampai membawa diri
    Kerana ulcer hinggap di bibir !

    BalasPadam
  2. Salam Kanda AL:

    usah berdayung kalau ke hilir
    perahu hanyut jangan dibiarkan
    bukan kerana ulcer di bibir
    ada urusan perlu didahulukan :)

    BalasPadam
  3. Salam Kak Cik,

    Wah berpantun2 pulak dah pagi2 ni. Sy ni tak pandai nk pantun2. Kak Cik dh sihat.

    BalasPadam
  4. kakcik,
    pembayangnya memang saya suka...
    'buah kuini'....
    saya ada beberapa batang pokok kuini masa saya kecik2 dulu...

    pokok serai pokok pulasan
    pokok mangga pokok kuini
    jika selesai segala urusan
    jangan lupa kami disini..

    BalasPadam
  5. Salam Aidah..

    Alhamdulillah, hari ni mulut kakcik dah lebih baik dari semalam. :)

    BalasPadam
  6. Salam Dik Mah..

    masa kakcik kecil dulu, di hadapan rumah kakcik ada sebatang pokok kuini. Kakcik suka sangat makan buahnya yang manis. Sekarang pokok tu dah tiada lagi...

    makan kuini sampai sendawa
    minum pula air kelapa
    biar jauh badan di bawa
    sahabat yang baik takkan kulupa :)

    BalasPadam
  7. Salam Abu Muaz..

    hari ini kakcik rasa lebih baik, cuma sakit kaki ni, kakcik terpaksa juga bertahan dengan menelan ubat! :)

    BalasPadam
  8. alamak kakcik,
    acu nie failed la bab berpantun nie..hehehee

    BalasPadam
  9. Salam acu sayang...

    tak apa.. kakcik ni memang suka berpantun. Tapi kat blog ni cuma bila teringat je kakcik berpantun. :)

    BalasPadam
  10. boleh masuk berbalas pantun lah kot.

    BalasPadam
  11. Salam Endiem..

    kakcik memang pemantun yang mewakili tempat kakcik bekerja ke pertandingan berbalas pantun peringkat kebangsaan. :)

    BalasPadam
  12. Kakcik punya pasal, demam2 pun I pantun jugaklah..

    Gugur kuini serak melata,
    dikutip dijual di Pekan Sari;
    Biarpun hilang jauh di mata,
    rindu mendalam hari ke hari.

    Bila rindu ku sebut namamu,
    hati resah dibuai ingatan;
    doaku sentiasa mengiringimu,
    setinggi langit seluas lautan.

    Air perigi di tepi huma,
    di ambil orang bawa ke hulu;
    Dikau menyepi usahlah lama,
    bimbang kita pergi dahulu.

    Boleh kakcik?...amor-QJ.

    BalasPadam
  13. Sepi teritip di tepi muara,
    Diam bersantai tiada berteman,
    Doa ku titip semoga sejahtera,
    Segera selesai segala urusan

    BalasPadam
  14. Salam QJ...

    masak gulai ayam belanda
    jangan lupa curahkan santan
    biar di mana daku berada
    kalian tetap dalam ingatan

    betapa indahnya gelang suasa
    jadi pakaian si anak dara
    daku menyepi kerana terpaksa
    untukmu puan kudoakan sejahtera

    eceh.. macam le nak pergi berbulan2!
    orang pergi luar negeri pun tak kepoh kan?
    tapikan tapiiiii... meninggalkan blog ini walaupun sehari... macam ada yang tak kena je!

    BalasPadam
  15. Salam Zool...

    Cantiknya puteri jadi bualan
    ramai putera tergila-gila
    doamu tuan mengiringi perjalanan
    semoga segera bersua semula :)

    BalasPadam
  16. salam..
    ooo.. saya sudah jem.. indah betul pantun2 itu..

    BalasPadam
  17. Salam maiyah....

    jom kita joget2 lambak.. cak pong cak pong.. :)

    BalasPadam
  18. Salam Uda..

    jem kenapa? atau jem apa?
    jem strawberi ke?

    Uda pandai berpantun tak? :)

    BalasPadam
  19. Salam Aida..

    marilah kita berpantun. :)

    BalasPadam
  20. KAK CIK..

    Harum sungguh si bunga tanjung,
    Harum juga si bunga kemboja,
    Budi baik jarang disanjung,
    kerana rupa indah yang selalu dipuja-puja..

    wuaaaa...!

    BalasPadam
  21. Pergi teman buatku pilu,
    Kerna urusan memaksa segalanya,
    Memang benar apa yang penting didahulu,
    Moga nanti ketemu jua akhirnya...

    ermmmmmmmmm....ok kee??hehehe..:)

    BalasPadam
  22. Dear KakCik, dah senja2 nih, bertambahlah kelat minda nak berpantun pantin. Siang tadi cuba gak berpantun tapi bila tekan ruang komen, tingkap untuk mengomen tak keluar langsong.

    Selamat makan angin dibawah bayu..

    BalasPadam
  23. Minum air kelapa muda
    Boleh juga mencuci muka
    Untuk cantik wajah berseri
    Walau diri mu telah tiada
    Walau kita tak pernah bersua muka
    Namun blogmu tetap tinggalkan memori

    Ni N bantai jer..6 kerat la pulak jadi..hehe

    BalasPadam
  24. Salam..
    Tak berapa reti pantun ni. Adilah (blog keluarga adam)pernah 'marah' saya sbb bg pantun kt dia tak kena pembayang dan maksud. Ni kalau tak kena, jgn marah eaaa..

    Cinta di ukir di dalam hati ,
    Takdir terpisah di tengah jalan ,
    Masih merindu di dalam hati ,
    Seribu tahun takkan menghilang...

    dalam tasik terlihat bayang
    dibalik kabus bertukar kelam
    berpisah bukan tiadanya sayang
    sekadar akur hukumnya alam

    BalasPadam
  25. Salam Kak Cik

    Ataih pokok kuinin ade saghang lebah
    bawah pokok macang ade semut api
    Doa keme Kak Cik akan segeghe kebah
    haa.. tak sempat dua Jumaat, udah ade di sini?

    BalasPadam
  26. Salam Azie..

    kalau hendak memasak peria
    campurkan udang dibuat gulai
    begitulah lumrah sikap manusia
    selalu tersasar dalam menilai :)

    BalasPadam
  27. Salam Tinie...

    indah kerawang di baju kebaya
    pakaian Nyonya dari melaka
    selama ini berjumpa di maya
    entah bila bersua muka :)

    BalasPadam
  28. Salam CS..

    kakcik yang suka berpantun ini pun kadangkala tak datang juga ilham. :)

    Rasanya bukan makan angin kat sana nanti.. tapi makan hati! Sementara En. Suami bertugas, kakcik terperap dalam bilik je kot. :)

    BalasPadam
  29. Salam N..

    bantai je.. janji sampai maksud yang tersirat di hati :)

    usah di usik sarang tempua
    anaknya di dalam sedang menanti
    walaupun kita tak pernah bersua
    sokonganmu puan amat beerti :)

    BalasPadam
  30. Salam Niza..

    bagi kakcik pantun Niza tu dah amat cantik. :)

    usah dibuang gayung yang lama
    buat menimba air di perigi
    berpisah cuma sebentar cuma
    diizinkan Allah berjumpa lagi :)

    BalasPadam
  31. Salam Yop...

    berlabun sakan sampei leke
    balik ke ghomah dileto bini
    terima kasih untuk doa mike
    ate.. mike tak suka ke teman di sini? :)

    hehehe.. jangan maghah yop.. teman selogho je...

    BalasPadam
  32. Salam Zeq..

    pandai Zeq buat pantun dua kerat. :)

    BalasPadam
  33. Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  34. Hello Kakcik,
    Angin menderu menolak awan,
    Awan berarak hingga ke senja.
    Mula berkenal lalu berkawan,
    Berputik puls rasa cinta.

    Tikar pandan tikar jerami.
    Tikar dihampar sambut pendita.
    Runtuh langit terbelah bumi,
    Janji berpadu ke mana kita?

    You stay young and keep a song in your hati, best regards, have a nice day, Lee.

    BalasPadam
  35. aduhhhhh semua orang berpantun nih! bukan main meriah rasanya! fa pun nak pantun lahhh!

    kakcik dengar ni ye..

    buah pauh
    buah betik
    kakcik jgnlah pegi jauh2
    cepatlah balik!!!

    kihkihkih....jadi tak pantun fa ni?

    BalasPadam
  36. kakcik berpantun plak dah ke??...:)

    BalasPadam
  37. Salam Goldman...

    hmmm.. yg free tak ada? ;-)

    BalasPadam
  38. Hello Uncle Lee..

    pandainya you berpantun :)

    Angin menderu menolak awan
    Awan berarak hingga ke senja
    Andai berkawan ingin perpanjangan
    Elakkan dari perasaan cinta

    Tikar pandan tikar jerami
    Tikar dihampar sambut pendita
    Runtuh langit terbelah bumi
    Moga di sana berjumpalah kita

    Semoga Lee sihat dan ceria selalu.

    BalasPadam
  39. Salam Fa..

    tersengih2 kakcik baca pantun dari Fa.. ok la tuuuu.. (sambil pusing2 jari telunjuk) :)

    gantung buaian di pohon sena
    tempat bermain dua beradik
    kakcik pergi tak jauh mana
    esok lusa muncullah balik :)

    BalasPadam
  40. hehehehe....hubby fa pun nak berpantun, dia kata...


    ketung ketang
    ketung keting
    minggu depan kami nak turun Kelang
    kalo x sempat jumpa jgn le melenting...

    hahahaha...dia kata pantun ni memang mengikut sukatan KBSR untuk UPSR yang terkini....

    BalasPadam
  41. Salam Mr. Atip (betul,kan Fa) :)


    ditampi ditempa
    tak juga kuat
    tak sempat jumpa
    apa nak buat

    hehehe.. itu pulak pantun yang mengikut sukatan KBSM untuk STPM! :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...