Saja suka-suka nak buka kelas ejaan hari ini, semoga ada manafaatnya. :)
Esok bukan esuk
oleh bukan olih
boleh bukan bolih
tengok (pandang) bukan tenguk
tempoh (menunjukkan waktu) bukan tempuhlagi apa ya, Babah?
bukan apa, kadang-kadang tak seronok juga membaca bila perkataan-perkataan itu disalah eja. :)
kakcik,
BalasPadamgores bukan guris....
Salam Dik Mah..
BalasPadamterima kasih :)
macam cikgu la kakcik nie..hehehee
BalasPadamSalam Acu...
BalasPadamhehehe.. sesekali nak merasa jadi cikgu. :)
Salam Kak cik,
BalasPadamhehehe.... macam cerita Pendekar Bujang Lapuk. Alif Ya Mim bunyinya buaya hahaha
Salam Aidah..
BalasPadambegitulah gayanya bila mengajar orang tua yang tak kenal huruf.. hehehe. :)
salam kakcik, sekali sekala ajar mengeja, ok ler tu
BalasPadamSalam Kak Cik
BalasPadamMane satu yang betui, telur telor atau telor telur?
Salam Nanie..
BalasPadamtentu saja tak boleh lawan Nanie yang ada ijazah untuk mengajar. :)
Salam Yop..
BalasPadamtelor adalah untuk slanga atau loghat percakapan. Yang keluar dari perut ayam itik tu, ejaannya TELUR. :)
(Yop saja nak menduga teman, ya?)
Sebab tu wajar ada Kamus Dewan kat rumah... cuma Kamus Dewan ni mahal benor... dan siri nya banyak sebab ejaan pun kadang2 ada tukar..
BalasPadamnak murah pun beli masa Pesta Buku jer..
MAMAMAT, rasanya masih dieja “telur”...kan KAK CIK?
Salam Azie..
BalasPadamtu la pasal. Kamus Dewan pun kadang-kadang keliru dengan ejaan. Macam mana boleh jadi begitu, kan?
Ya, ejaannya TELUR.
tapi cucuk dengan cocok, dua-dua boleh pakai sebab dua-dua ada makna tersendiri.
BalasPadamcontoh: Al-Lav dengan Kakcik adalah pasangan berpantun yang cocok. Kakcik kalau makan satay sampai 5o cucuk seorang !
Betul tak ?
salam,
BalasPadamleh tulis ape aje kat cni...
bahasa santai...asalkan paham,
kalau bahasa persuratan..x leh kompromi.
Salam KakCik ... untuk warga emas dikecualikan, 'bolih' tak? hehe..
BalasPadamSalam AL..
BalasPadamtepat sekali! :) Tapi tak ada maknanya kakcik makan sate 50 cucuk sekali hadap.. melampau sungguh! hehehe....
Salam Cikgu Humairi..
BalasPadambetul juga pendapatAN cikgu tu! :)
Salam CS...
BalasPadamish ish ish... tak terkata kakcik! :)
kakcik.
BalasPadamsoalan saya betul tak Al-Lav dgn Kakcik pasangan berpantun yang cocok, bukannya betul tak kakcik makan satay 50 cucuk. ada orang terasa ni kenapa ? hahaha
AL..
BalasPadamha.. betullah tu, kita pasangan berpantun yang cocok.. jangan cucuk-cucuk tau.. nanti kakcik melatah! hehehe..
biasanya yang tua-tua macam saya selalu salah eja.
BalasPadamabu muaz janganlah mengaku tua .. saya terasa tau !
BalasPadamSalam Abu Muaz...
BalasPadamyang tua2 dimaafkan! :) (kakcik muda lagi tau..)
makan bukan makang!!
BalasPadamAL...
BalasPadamdah tua rupanya, ya? Kakcik baru nak masuk 19 tahun. :)
Salam Fa...
BalasPadamhaha.. betul tu..
jalan bukan jalang! :)
kalo nk wat utk perbinbcangan atau pebentangan yg serius melalui blog mmg le seharusnya pakai bahasa yg elok tapi kalo blog yg utk santai xde salah kot.. sronok gak baca dgn bahasa pasar lambak nih
BalasPadamterpulang pd memasing.. kalo rasa x suke jgn baca je hehe
Salam Maiyah...
BalasPadamkalau guna bahasa pasar yang melambak-lamabak kat dalam blog tu, kakcik tak pernah komplen pun. Tapi yang guna bahasa betul , susun aturnya cantik, tapi ejaan salah, itu yang kakcik tegur. Terpulanglah kalau orang tak suka dengan teguran kakcik. Kakcik tak rugi apa-apa pun!
Salam..
BalasPadamBoleh ganti cikgu BM la kakcik nanti..
Saja nk tambah..."memperoleh" bukan memperolehi.
Salam Kakcik. Saya ada perkataan yang sering disalah eja kalau tidak beribu, beratus jumlahnya. Jika kakcik hendak, saya boleh beri emel. Ini emel saya samsudin.jidin@yahoo.com. Saya ada format yang Kakcik boleh buat kuiz, siap dengan jawapan.
BalasPadamSalam kakcik, sihat??
BalasPadamMacam kat kelas prasekolah saya lah pulak
salam kakciks
BalasPadamMulai ESOK..
N nak jadi pelajar ni...BOLEH?
ilmu banyak didatangkan OLEH mybabah..
mesti la kena TENGOK dulu tulisan tu kan sebelum orang lain baca...
dan semoga hari2 diTEMPOH akan ceria ye kakciks..
hehehe buat ayat dari perkataan kakciks kat atas tu..
ps : kadang pening jugak dgn ayat shorthand
sms budak2 skrg..lg x faham..aduhhh
koi pulak...dalam blog je nulis salahnya, tapi ajor budak kena ikut buku....hehehe
BalasPadamSalam dear sis:):)
BalasPadamAda bakat jadi guru bahasa niiih..:):)
Baguslah Kak Cik ni.. nanti bolehlah bukak kelas untuk saya pulak ek?... bayaran kira murah2 je ler kak..hehe
BalasPadamSalam Niza...
BalasPadamkadang-kadang kebiasaan membuatkan kita menulis sesedap rasa. Kata orang 'betulkan yang biasa dan biasakan yang betul'.
Hehehe.. kakcik tak layak jadi cikgu. Jadi tukang bancuh air bolehlah. :)
Salam Babah...
BalasPadammemang banyak, kan? Tapi kita orang Melayu selalu merasakan bahawa Bahasa Melayu itu bahasa kita, jadi tak perlu bersusah payah belajar tentang ejaan atau tata bahasa atau pembinaan ayat. Semuanya dianggap mudah. Akhirnya, dalam peperiksaan ramai anak Melayu gagal sepenuhnya atau gagal mendapat kredit dalam bahasa sendiri. Alangkah sedihnya. :(
Kakcik sendiri masih perlu belajar ...
Salam Annie...
BalasPadamAlhamdulillah, kakcik masih 'sihat untuk datang ke pejabat'. :)
Pelajaran untuk prasekolah tu penting untuk anak-anak kita mengenal mana intan mana kaca. :)
Salam N...
BalasPadamkelas bahasa kakcik tu untuk suka-suka sambil menegur sahaja. Tengoklah nanti kalau kakcik rajin nak buat kelas seterusnya. :)
Salam Cikgu Jang..
BalasPadamjangan buat pasal mengajar guna loghat daerah pulak! Dah betullah cikgu mengajar guna bahasa yang betul. :)
Salam Mindaku...
BalasPadam(kenapa tak buat catatan dalam blog mindaku tu??)
Kakcik tak ada bakat untuk mengajar di sekolah. Setakat suka-suka di blog ini, boleh la. :)
Salam Nida...
BalasPadamhuhuhu.. buat malu je. Nida lebih pandai dari kakcik. Nida cikgu, kakcik ni cuma pandai bancuh air. Itu pun selalu kena tegur ... :)
kalau blog combi masuk exam mmg fail ler bahasa rojak bah!
BalasPadamcombi rasa macam formal sgt kalau guna BM utk SPM ler kakcik :p
blog utk suka-suka jer..bole??
azie >> tak yah beli kamus dewan search & check kat wikipedia jek.cepat dan mudah :)
BalasPadamSalam Combi...
BalasPadamtak ada masalah untuk suka-suka. Lagipun penulis blog ikut selera sendiri. Bantai le Yong nak guna ayat macam mana pun! Cumanya, kakcik tak puas hati bila tengok perkataan yang kakcik senaraikan di atas, disalah eja. Kakcik tahu, itu bukan kerana gaya penulisan, tapi memang kerana penulisnya keliru dengan ejaan yang sebenar.
Dalam blog kakcik, memang kakcik suka nak guna BM yang betul, tapi bila menjawab, kakcik akan ikut gaya penulis komen... hehehe... kakcik pun boleh jadi rock, rap, hip hop dan sebagainya.. wakakaka... :)
Kak Cik...
BalasPadamPonk...
POn....
PUN.....
Yang mana yg betul eik?
Walaupun
Walaupon
Walauponk - Ayat Dj Epoi heheheh
Salam Kak Cik,
BalasPadamDah nak jadi cikgu le pulak, tapi sangat bagus kekadang dalam N3 kita pun banyak kesalahan ejaan. Nak masuk kelas balik le nampaknya macam ni.
Tambah perkataan lagi kak cik, yang selalu blogger salah heja......he he..
Salam Epoi..
BalasPadamapa-apa aje lah... walaweiiii... :)
Salam Hj. Zed...
BalasPadamhari ini kakcik sakit kepala, rasa tak ada ilham untuk dicatatkan. :)
Salam Perkenalan kakcik
BalasPadamSelalu tengok komen kakcik pada QJ, CS dan Ja. Suka gaya kakcik yang amat bersahaja.
Nak kawan boleh? Saya suka kawan dengan tea lady sebab dia pandai buat teh sedap!
Apa pun, suratkabar atau suratkhabar?
Salam Anne..
BalasPadamhehehe.. terima kasih kerana sudi berkawan dengan kakcik. Kecik tapak tangan, pantry kakcik tadahkan.. :)
Jawapan kakcik : surat khabar :)
Salam Kakcik,
BalasPadamTQ,Pantry pun pantry lah...Tapi memang best pun dok lama2 sikit kat pantry kan?
Ada sorang budak yang kata,
Besar tapak tangan, nyiru saya tadahkan!
Apa nak jadi ni, ek?
pelancong bukan pelancung.. ehehe, salamm kakcik tewww
BalasPadamAnne...
BalasPadamtadi kakcik singgah kat satu blog (lupa pulak blog siapa), tengoklah kertas karangan yang ada gambarnya kat situ. Ya Allah, teruknya BM budak tu.. sedih!
Duduk kat pantry memang seronok, tambah-tambah kalau ada banyak makanan. :)
Salam en_me..
BalasPadambetul tu. Sama juga, melencong bukan melencung.
(anak-anak kakcik pun selalu salah mengeja.. memang nak kena rotan!)
ECHAH > aku tak beli pun. Kamus Dewan yang ada tu, anak aku dapat hadiah masa Anugerah Cemerlang..
BalasPadamAku pun selalu masuk web DBP dan PRPM > Pusat Rujukan Persuratan Melayu (http://prpm.dbp.gov.my/)