Klik klik

Ahad, Januari 17, 2010

Datangkah ilmu pengetahuan hanya dengan memakan pil?

Pagi ini semasa merayau dari blog ke blog, singgah di blog ONDSCENE. Aku suka singgah di blog ini untuk mendapat berita2 terbaru (terBAHARU?) tentang kemalangan atau serbuan yang lengkap dengan gambar terkini.

Pagi ini, terdapat artikel tentang 'ubat cerdik' (dalam bahasaku sendiri). Hmmm.. apakah mungkin hanya dengan memakan pil, anak2 akan menjadi cerdik. Senanglah kalau begitu. Tak perlu susah payah belajar, mentelaah, mengulangkaji. Telan saja pil. Pergi ke sekolah sekadar syarat. Boleh jadi pandai. Cemerlang dalam peperiksaan.

Sama juga macam yang taksub pada kecantikan. Tak perlu berdiet, tak perlu bersenam. Telan pil. Jadi langsing. Sapu krim di muka, dapat wajah yang cerah berseri.

Model yang digunakan untuk produk kecantikan biasanya mereka yang memang dah kurus semulajadi, memang dah cantik dan kulit memang dah putih bersih.

Dalam hal produk kecerdikan pula, susah hendak kukatakan. Budak yang petah itu, dieksploitasi (betul ke ejaanku ini?) sepenuhnya oleh keluarga dan mereka yang nampak peluang untuk mengaut keuntungan secara mudah.

Yang jadi mangsa? FIKIRLAH SENDIRI....

30 ulasan:

  1. memang cerdik si penjual ubat tu. ejaan 'eksplotasi' tu adalah betul .. tahhniah ! pandai kakcik eja. kakcik ada makan pil tu ke?

    BalasPadam
  2. macam2 nak cari wang..
    dah akhir zaman..

    menipu ker tak..asalkan masyukkk..

    pil kuat ada tak??sakit lutut..kena bubuh orang gergasi..(macam orang gergasi bunuh nyamuk.)

    BalasPadam
  3. kakcik..bab pndai 2...x msuk dek akal...dlm islam dh kata;keturunan n pemakanan!!bab kelgsingn pon xleh caye...huh..depa nk bg laku produk depa je...

    BalasPadam
  4. Salam Kakciks. Ejaan eksploitasi Kakciks betul, yang salah al-lavendari. Tak ada 'i'. He..he..Untuk komen N3 ini, Kakciks juga boleh gabungkan isu percaya sangat pada air jampi/ air yasin/ air zam-zam untuk memandai anak-anak. Sedangkan semua itu hanya sebagai faktor dorongan sahaja. Allah tidak akan membantu orang yang malas berusaha dan hanya rajin makan ubat atau minum air jampi untuk segera pandai. Wallahualam.

    BalasPadam
  5. Salam Kakcik,
    Mcm2 idea org nak cepat kaya skrg ni, kan kakcik? Yg herannya boleh berjaya plak tu, tu maknanya ada keizinan dari Allah....
    Biarlah mereka jwb sendiri nanti, yg penting kita mesti ttp dgn pendirian sendiri, kan?

    Moga kakcik terus sehat ya?

    BalasPadam
  6. Salam kak Cik..

    Sebenarnya lagi banyak neuron yg ada dalam otak kita lagi banyak maklumat yg boleh disimpan (cerdik).. tapi klu setakat neuron je banyak bab membaca@belajar malas pun tak guna juga...

    BalasPadam
  7. Salam AL..

    kakcik makan banyak pil walaupun kakcik tahu tak elok untuk makan terlampau banyak pil penahan sakit.

    BalasPadam
  8. Salam Zeq...

    kerana wang, ikatan kekeluargaan pun boleh putus!

    BalasPadam
  9. Salam Babah...

    kakcik perasan tentang ejaan AL tu.. hehehe.. ingatkan ejaan kakcik yang salah! :) Kakcik setuju dengan Babah bab faktor dorongan tu..

    BalasPadam
  10. Salam QJ...

    kadang2 terlampau memikirkan keuntungan, orang tidak lagi memikirkan dosa pahala..

    BalasPadam
  11. Salam Nida..

    kakcik setuju dengan Nida :)

    BalasPadam
  12. kakcik,
    mana ada ubat yg boleh bg cerdik... ramuan dadah yg membuat otak bertindak adalah... ramuan ini mmg digunakan masa perang dunia dulu..disalah gunakan sekarang... kalau selalu amalkan, otak boleh 'mengong'...

    BalasPadam
  13. salam..
    kalau malas berusaha dan belajar.. mcm mana nak pandai.. telan 10 botol pun blm tentu lagik.. lain la kalau org tu dah di anugerahkan dgn IQ yg bijak..

    BalasPadam
  14. sebab apa orang suka kepada perkara dan benda-benda ajaib seperti itu? kerana semua orang nak anak-anak mereka cemerlang dan berjaya. bukankah sistem pendidikan negara kita terlalu mengagungkan kejayaan dibidang akdemik...inilah padahnya.

    ubat cerdik ada sebenarnya.....beramallah makan madu,kismis , minyak zaitun..... tapi kalau merokok semua ubat-ubat cerdik tu akan dimamah oleh kepulan-kepulan asap rokok.

    BalasPadam
  15. mmg mcm2 skrg.. tp ada gak yg bleh percaya bende camni

    BalasPadam
  16. yg penting faktor pemakanan....kalau makanan x de zat, gone badan nak sihat, pastu bila badan x sihat...camna otak nak fikir..yg penting kandungan ubat tu mengandungi bahan ape...halal ke haram ke...

    BalasPadam
  17. Salam Dik Mah..

    macam dadah la.. mula2 ambil, seronok. Lama2 ambil..mengong! :)

    BalasPadam
  18. Salam Uda..

    kalaupun semulajadi bijak, andai disalahguna atau tidak digunakan langsung, tak beerti juga. :)

    BalasPadam
  19. Salam Abu Muaz..

    bila sebut pasal kanak2 bijak, kakcik sering terkenang kepada Mohd Shukri Hadafi. :(

    BalasPadam
  20. Salam Maiyah..

    manusia ni kalau boleh, semuanya nak yang memberi hasil segera!

    BalasPadam
  21. Salam Hj. Jang..

    dah masuk blog Ondscene? Ada satu laporan tentang kicap/sos.. menggelikan! :(

    BalasPadam
  22. mmmm...zaman nak cari duit lebih la ni. Itu sebabnya macam2 produk ada sampai naik keliru.

    Kalau diamalkan berwudhu sokmo2, insyaAllah muka automatik jadi bersih gitu.....

    pelikkan kakcik, orang yang botoks tu dia tak ingat ke, lama2 wajah jadi makin kelakor....

    BalasPadam
  23. Salam Kakcik,

    Orang tua2 kita dah lama bagi petua...kalau nak parang yang tajam kena lah giat mengasah.

    Obat-obat mungkin boleh menyiapsediakan (ada ke perkataan ni?) neuron kita, tapi masih perlu di isi dan digilap.

    (Sori ye kakcik, bahasa saya lintang pukang)

    BalasPadam
  24. salam my dear sis..:):)
    Ingat masa muda2 dulu..masa zaman sek men..ada jgk leee doktor bagi "pil cerdik" ..:):)rasanya pil tu juz vitamin yg utk tambah nutrien berkhasiat pd otak!!cerdik depends on usaha individu..:):):)

    Moga sis mantain ceriaaaa..:):)Muahhss:):)

    BalasPadam
  25. Salam Fa...

    sesekali bila menonton drama Melayu kat tv, memang kelako tengok muka sesetangah pelakon. Cuba kalo tanya, dia kata muka bersih sebab selalu ambil wudhu'!

    BalasPadam
  26. Salam Anne...

    bila baca ayat Anne yang dalam kurungan tu, rasa macam baca ayat dari Uncle lee pulak! :)

    Tiada kejayaan tanpa usaha kan?

    BalasPadam
  27. Salam Tinie sayang..

    betul... tanpa usaha, besi pun akan berkarat! (bukanlah besi itu boleh menggilap dirinya sendiri pulak...)

    BalasPadam
  28. Tetap juga laku pil-pil di pasaran...

    Sebab mereka yang meniaga dah makan dulu pil tu... :D:D

    BalasPadam
  29. Salam Azie...

    hmmm... ontahlah! den pun tak ghoti nak kato apo laei.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...