Klik klik
Khamis, Januari 07, 2010
Beranilah berhadapan...
Bagi yang mengikuti blog ini, mungkin masih ingat tentang kisah isteri kepada kawan suamiku yang sering menelefon, mengadu konon suaminya asyik bermain sms dan bersayang-sayang dengan seseorang (wanita berusia 46 tahun dan belum berkahwin).
Aku namakan siisteri sebagai A, suaminya sebagai B dan wanita yang dikaitkan itu sebagai C.
Kerana merasa agak rimas dengan panggilan-panggilan telefon dan sms-sms setiap hari (dan malam!) dari A, suamiku telah mengambil satu tindakan. Beliau menghubungi C (suamiku dan wanita itu di bawah satu syarikat - suamiku di Ibu Pejabat dan wanita itu di negeri P). C hanya ketawa dan dia menafikan yang dia mempunyai sebarang hubungan dengan B. Malas memanjangkan cerita, suamiku menyuruh C menghubungi A untuk menghuraikan kekusutan yang melingkari antara mereka.
Ternyata C memang berani. Berkali-kali dia menghubungi telefon A untuk bercakap. Yang terjadi sebaliknya pula. A takut untuk menjawab panggilan dari C. Siap dia sms suamiku mengatakan dia menggigil dan belum bersedia untuk bercakap. Pulak dah! Akhirnya C menghantar sms kepada A, 'kak tolong angkat telefon'. A segera mengadu kepada suamiku, 'huh! dia panggil saya KAK sdgkan dia lagi tua dari saya'... Terkekek-kekek suamiku ketawa bila dia menelefonku untuk bercerita tentang apa yang sedang terjadi. (Untuk perhatian para wanita, lelaki akan tertawa dengan kebodohan yang kita tunjukkan walaupun di hadapan kita mereka menunjukkan simpati!)
Akhirnya C berjaya juga bercakap dengan A selama lebihkurang setengah jam. A kemudiannya menelefon lagi suamiku menyatakan rasa bimbangnya takut-takut si C akan mengadu kepada suaminya (B). Aduhhhh... macam-macam hal la pulak. Entah bila nak habis kisah ni...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hahahah.... gelak saya baca. Macam-macam hal...
BalasPadamSalam Echam...
BalasPadamhmmmmm.. tu la.. macam2 hal..
kakcik,
BalasPadamdalam hal ini A,B dan C kena bincang sesama mereka. A jgn nak mengada-ngada mengadu kat suami orang lain... apa?.. nak minta simpati ke nak menghimpit?...Hal rumahtangga sendiri.. sendirilah kena ikhtiar... beritahu segalanya kat suami orang lain seumpama nak bergayut didahan lain jer... boringlah orang begini...seelok-eloknya jangan dilayan....takut nanti cerita ini akan berpanjangan pulak....
hmmm
BalasPadamlain kali kalau si A talipon you je lah yang layan dia...kasi sebijik kat dia...
saya bukan marah kat si C atau si B tu..geram kan si A yang nampak sangat mengekor suami you.Cisss!!!!
Salam Dik Mah..
BalasPadamkakcik pun tak faham, dia lebih suka bercerita dengan En. Suami daripada bercerita dengan kakcik. Adalah sesekali dia telefon kakcik, tapi berkali-kali kepada En. Suami. 21 - 23/1 ni, Cik Abg tu nak ke sana nun.. rasa mcm nak ikut je...
Salam Kak Ezza..
BalasPadamw/pun tak 100%, kakcik masih percaya pada suami. A dan B di Malaysia Timur (tapi masih 1Malaysia la kan?). Tapi banyak juga terjadi, mengadu punya pasal terus bermadu! Na'uzubillahiminzalik...
kakcik,
BalasPadamkak ezza dan saya sama setuju dan kami berpendapat si A ni bukan kawan... dia nak simpati abg mus saja.. takut nanti lain cerita. Kakcik kena ikut...(titah perintah)
Kalau si C berani menelefon untuk menjelaskan keadaan - kemungkinan dia memang tak ada apa-apa. Berani kerana benar. Mungkin si A ni saja yang ngada-ngada, nyata bila si C telefon dia (A) pulak tak berani angkat sebab mungkin selama ini dia saja yang mengada-adakan cerita.
BalasPadamApa-apa pun, suami Akak dah buat apa yang patut - biar diorang A dan C settle sendiri mana yang salah faham itu. Jangan layan lagi si A.
Berani kerana benar? atau berani kerana tidak mahu kalah? mungkin berani kerana nekad?
BalasPadamhmmmm wanita vs wanita ler jugak kisahnya
Mana ada lelaki vs wanita? tak macho laaarrr...
macam tu punya org pun ada...
BalasPadamSalam Kakcik. Harap-harap episod A, B dan C akan berakhir di C. Jangan pula nanti hadir Si D. Jadi serabut...
BalasPadamDik Mah..
BalasPadamcadangnya mmg nak ikut. Tengoklah mcmn. Esok nak gi jumpa Dr. S dulu. Temujanji kul 11.30, x sempatla nak ke Hosp. Serdang.
Salam Tanpa Nama (bagilah nama - senang kakcik nak panggil) :)
BalasPadamMasalahnya si A masih juga 'mengadu' pada suami kakcik. :(
Salam Azie...
BalasPadamsampai bila agaknya kakcik boleh sabar, ek? ;-)
Salam Acu Sayang...
BalasPadamdah abis bercuti, ek? Doniya punya dalam.. macam2 worang juga ada la acu (bukan aci)... :)
Salam Babah...
BalasPadamkalau pun tak selesai, harap2 tiada lagi gangguan kepada yang tak berkenaan (suamiku la itu) :)
takmboh nye selesai masalah tu....silap2 makin parah adalah...maklum le kemajuan teknologi mengatasi segala2nya..
BalasPadamCikgu Jang...
BalasPadammungkin betul kata cikgu tu. Aduhai... pening..pening...:(
Okay, ni pandangan fa ye kakcik.
BalasPadamSekarang kakcik kena ikut perintah Fa pulak!! hehee...
1. C dah call A. Settle.
2. Yang B tu pulak...tak boleh becakap ke?
A ni yang fa geram ni...dok menelepon, sms tak habis2..tak prihatin ke, kakcik kan ada????
Kang lebih2 kang, nak kena kang nii...
Yang patut kakcik buat :-
Bagitau suami kakcik tak selesa dgn keadaan ni. Bukan jealous tak tentu, tapi sbg langkah2 berjaga weiiii....
Pernah dulu ada student adult (single mother) belajar English dgn hubby. Ntah kenapa dia suka benor mencurahkan masalahnya kat office ngah hubby. Hubby pun tahu Fa tak selesa. Senang je, hubby said, `if you ada problem kat office, the best person to talk to is my wife'. Lepeh tu idak le pulak dia mengadu2...sabor je le.
Kakcik, dah banyak kejadian, mula2 mengadu, lepas tu jadi rapat, lepas tu keluar2.
Dalam soal adab pun, rasanya tak sesueeiiii dia buat macam gitu...wallahualam.
Salam Fa...
BalasPadamptg semlm, balik ofis, kakcik ngan mr hubby singgah tesco. Balik umah, kakcik terus ke dapur - masak. Tetiba tipon umah berdering. Mr hubby angkat. A tipon rupanya, mengadu kat mr hubby dia rasa bimbang kalau C bagitahu kat B. Elok letak tipon, B lak kol mr hubby. Kakcik dengo berckp hal kerja. Letak tipon, berbunyi lagi. B kol lagi, sambung ckp pasal kerja. Kakcik rasa mcm ada yg B nak ckp, tp tak lepas...
Pagi tadi, A kol lagi mr hubby, mengadu pulak. Smlm B balik ke rumah dgn muka masam dan tak tegur A. Hmmm.. apa kena mengenanya dgn suamiku?? Itu suamimu, berckplah dgn dia utk menyelesaikan apa juga masalah. Apakah dgn menelefon suamiku, masalahnya akan selesai?
Kakcik rasa lepas ini, kakcik nak cakap dengan mr hubby, tak perlulah jadi kaunselor tak bertauliah lagi. Cukup2lah. Mr hubby pun dah bercakap dengan B sblm ini, dan B juga mengatakan tak ada apa2.
Sebaliknya B begitu teruja kalau disebut ada meeting dsbgnya yang akan diadakan di Negeri P atau yg berdekatan. Kakcik cakap dgn mr hubby, blacklistkan nama B dari menghadiri mesyuarat atau apa2 acara di sana. Menurut A, B juga telah menukar hpnya dan tak siapa ahli keluarganya boleh menyentuh hp tersebut.
Sakit kepala kakcik ni!
haaaa...daripada citer2 tu kan, fa rasa memang `ada yang tak kena'. Bila suami berahsia, tak boleh pegang2 handphone....ada la tuu...bukan ke suami isteri kena telus?
BalasPadamOkay, maybe A dalam dilema, dia serabut, terganggu, macam2....tapi...apa-apapun, janganlah asyik nak menalipon je, ghimeh teman!!
Betul saranan kakcik tu, jangan bagi suami kakcik jadi counselor bukan saja tak bertauliah tapi tak de gaji!!!! hahahaha....
Suruh suami kakcik cakap dgn A, suruh A cari kawan paling baik dia ke, sepupu sepapat dia ke, yg boleh dengor masalah negara ni...kakcik janganlah pulak ambik alih tugas counselor tak bertauliah tu!
Dan jangan lupa pesan pada suami kakcik, ada orang dah mula pening kepala niiiii.....kang takut2 jadi incredible woman kang....haiitttt!!
Kakcik jangan pening2....
saya lelaki tapi tak ketawa pun, malah Mengutuk, lain kali jika nak buka RAHSIA hantar kepada saya, mana tau boleh hantar ke TERJAH tambah kuah nama pangkal DATO'.,HUH (ini kutuk nama)
BalasPadamsuruh suami ajak dating dengan A, saya dating dengan C, bagi nasihat berdepan kalau boleh berdua-duan..
gelap .....
BalasPadamSalam..
BalasPadamBetul ckp iu n abah dan kak ezza.. dh jadi pd saya satu ketika dulu. Saya ada kwn baik tp ada masalah dgn suami. Minta suami tolong n selalu tel suami tak kira masa (masa tu saya tak cemburu sbb simpati dgn kwn)Dgn saya tak tel pun.Bila dtg rumah pun byk ckp dgn suami dr saya. Tp bila suami dia meninggal dan dia ada masalah lain pula,simpati kami lg bertambah.Akhirnya suami saya tanya soalan yg menyebabkan jantung saya mcm nk luruh...minta nk ambil kwn saya jd isteri ke 2. Saya minta suami pertimbagnkan semula dan akhirnya kwn saya mengundur diri pindah ke negeri lain (dia kata tak mahu kwn mkn kwn)... skrg pun masih menjanda.
Jd hati2lah..wlau baik n rapat sgt2 pun dgn kwn kita, kalau tak rela bermadu jgn bg suami layan perempuan mcm A tu...amat bahaya!
kisah ini boleh di adaptasi utk jadi drama bersiri di tv. boleh buat duit kakcik !
BalasPadamsalam..
BalasPadamhaa.. A,B,C.. saya dah pening..gelap
Fa..
BalasPadamsmlm teman dah kabo kat tunang teman tu.. peh ni tak payah la layan lagi panggilan dari A tu. Ni, tunang teman nak ke tempat A tiga empat aghi. Memandangkn teman tak berapa sihat, maleh nak ngikut. Tapi, tak boleh jadi.. ghasenya teman kena ikut titah peghentah Dik Mah. :)
wahwahwah Zeq...
BalasPadamlain macam je bunyinya (ada bunyi ke?) tuuuuuuuu...
Salam Abu Muaz...
BalasPadamgelap dan suram! :)
Salam Niza...
BalasPadamtu yang kakcik risaukan tu...
Salam AL...
BalasPadamdah banyak drama cenggitu kan? :)
Salam Uda...
BalasPadamjangan pening2.. biar kakcik pening sensorang!
:)