Klik klik

Rabu, Disember 16, 2009

Tarikh ini - 2 tahun yang lalu


jam 10.00 malam di ICU Hospital Ipoh, emak kembali kepada Maha Pencipta buat selama-lamanya. Semoga roh emak ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman dan dikasihi Allah. Al- Fatihah.

14 ulasan:

  1. assalamualaikum kakcik,
    A-fatihah buat ibu kakcik... semuga beliau ditempatkan bersama2 orang yang beriman....

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kakcik. Al-Fatihah untuk ibu Kakcik. Saya pun sejak kebelakangan ini selalu teringat kepada arwah mak saya. Luluh hati apabila terbayangnya senyum manis mak. Dengan adanya gambar di ruang paling atas dalam blog saya, membolehkan saya berdoa untuk beliau setiap kali membuka blog. Sememangnya, kita berkongsi kesedihan Kakcik...

    BalasPadam
  3. Alfatihah.... moga dirahmatiNYA..

    bila orang tua sudah tiada... terasa benar kehilangannya...

    BalasPadam
  4. Wa'alaikummussalam Adik...

    terima kasih. :)

    BalasPadam
  5. Wa'alaikummussalam Babah..

    tadi kakcik ke blog Babah.. Melihat wajah Arwah emak babah, hati kakcik digayut sayu. Semalam.. kakcik rasa masa kakcik hampir sampai untuk mengikut emak (nanti kakcik ceritakan di catatan selepas ini...) :(

    BalasPadam
  6. Azie..

    ketiadaan mengajar kita erti kehilangan...

    BalasPadam
  7. Al-Fatihah..
    Moga Roh dicucuri Rahmat..

    Tini masih ada mak & ayah..Syukur..

    Namun tak dapat bayangkan............
    Moga tabah menghadapi segala berkemungkinan..

    BalasPadam
  8. Salam Tinie..

    terima kasih. Sayangilah mereka selagi ada hayat masing2 w/pun mungkin 'selera' kita tak sama dengan selera mereka...

    BalasPadam
  9. Al_Fatihah....
    en3 nih telah menghanyutkan perasaanku pada yg telah pergi jauh....amat jauh...tak tercapai tgn, tak terdengar suara...teramat rindu... rindu serindu2nya...
    ( sambil menimba air dikolam mata...)

    BalasPadam
  10. QJ..

    Al Fatihah untuk mereka yang telah mendahului kita. Ubatilah kerinduan itu dengan mengirimkan segala doa yang baik-baik sebagai bekalan mereka di sana...

    BalasPadam
  11. Al Fatihah.. Dari Dia kita datang kepada DIA kita kembali....

    BalasPadam
  12. Echam...

    iya.. semua kita akan ke sana juga akhirnya...

    BalasPadam
  13. salam takziah..tiada yang lebih baik untuk mengenang bonda melainkan doa tulus ikhlas,,,saya masih memiliki bonda dan akan menggunakan peluang ini sebaik2baiknya...untuk membahagiakannya..insyaaalah

    BalasPadam
  14. Salam Siti..

    gunakanlah peluang yang masih ada. Sebagai manusia biasa, kita tak dapat mengelakkan dari tersinggung dan menyinggung, namun kita kena sentiasa bijak untuk mengawal situasi. Semoga Siti menjadi anak yang sentiasa menyejukkan hati bonda.

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...