Klik klik

Rabu, Disember 16, 2009

Semakin hampir..

Mahu tak mahu, sedar tak sedar, perjalanan hidup ini semakin hampir ke destinasinya. Walaupun kita cuba menafikan, saat itu akan tiba jua...

Malam tadi, pukul 9.00 lebih waktu di Kuala Lumpur, saatnya bagaikan begitu hampir denganku. Bersediakah aku? Bersedia atau tidak ... andai saatnya tiba, siapakah yang dapat menghalang?

Aku terjaga dari tidur. Tiba-tiba saja tekakku terasa begitu kering. Aku sudah tidak tahu bagaimana hendak bernafas. Terawang-awang tanganku - tak tahu apa yang hendakku capai. Tercungap-cungap. Langsung tidak terasa liur yang ku telan. Tidak juga terasa udara yang kuhirup. Rengkungku bagai langsung tidak berfungsi lagi. Ternganga-nganga.

Dari beberapa hari lepas, aku memang amat mengingati tarikh 'pemergian' mak. Dan saat aku 'bergelut' itu, aku masih sempat berfikir - 'apakah aku akan menyusuli mak ke sana?'

Suamiku bagai hilang arah melihat keadaanku. Terjerit-jerit memanggil Angah (Along masih belum balik dari masjid). Ke atas ke bawah suamiku - tak keruan. 'Cepat..cepat.. ayah nak bawa mak ke hospital...'. Dalam keadaan begitu, aku masih waras. Masakan aku hendak ke hospital dengan berkaftan? Cepat-cepat aku menyalin pakaian dalam keadaan termengah-mengah.

Suami meminta Angah 'mendukung' (biar betul?!) aku. Sebenarnya mungkin dia maksudkan 'memimpin' aku ke kereta. Sementara itu, dia (suami) sendiri membawa kereta ke depan pintu. Kalau namanya Angah, memang lambat sangat bertindak.. masih lagi nak menyalin pakaian (agaknyalah..), sedangkan aku sudah pun masuk ke dalam kereta. Tak mahu berlengah, tanpa Angah, suami terus memandu ke arah hospital sambil mengingatkanku supaya sentiasa ingat pada Allah, pejamkan mata dan tenangkan fikiran.

Jalan pulak agak sesak. Sampai saja di hospital (aku tak mahu sebut hospital mana - sebab ada rasa terkilan di hatiku!), suami dengan segera ke kaunter. Tak sampai 10 saat, dia berpatah balik ke kereta dan memarkir kereta betul-betul di hadapan pintu masuk Kemalangan dan Kecemasan. Pembantu Hospital segera membawa kerusi roda dan aku disorong ke kerusi untuk terus menerima rawatan nebulizer. Beberapa kali aku termuntah yang hanya mengeluarkan lendir jernih.


Selepas selesai mengambil gas, dalam sejam aku dibiarkan duduk di kerusi kononnya untuk berehat. Malas nak komen lebih-lebih. Mungkin itu yang dinamakan 'prosedur'. Dah le sejuk menggigil. Akhirnya aku boleh bernafas seperti biasa - itu yang penting.



Selepas mengambil Asthalin Inhaler di kaunter, aku masuk ke kereta untuk balik ke rumah. Sempat lagi aku cakap kat suami, 'saya nak makan prosperity beef burger'. Masa tu, dah jam 11 malam. Tak kira - aku nak makan juga (dah beberapa hari sebenarnya aku tak makan nasi.. konon nak turunkan berat badan!). Suami pun ikut sajalah kehendak isterinya ini.





Pagi ini, aku rasa badanku teramat-amatlah lemahnya. Mahu tak mahu, aku terpaksa bangun juga untuk ke pejabat. Cutiku cuma tinggal sehari dan doktor juga tidak memberikan cuti sakit. Nasib baiklah, tidak banyak yang perlu kulakukan di pejabat ini. Alhamdulillah.

40 ulasan:

  1. Hello Kakcik Serojah, I am very sorry baca your health problems. You please take care, ya.
    Kakcik nak jaga2 makanan.....and kalu ada obat, always bring with you.
    Saya harapkan Kakcik will be okay soon.
    Aha, saya nampak Menoner atas gambar, ha ha.

    You keep well Kakcik, and have a nice day, Lee.

    BalasPadam
  2. kakcik,
    familiar betul cerita kakcik ni...
    bila kena begini, betul2 insaf kan...
    Alhamdulillah, kakcik masih di sini.....

    BalasPadam
  3. Hello Lee..

    terima kasih sebab datang sini :)

    Aha.. itu Menoner manyak pedas wooo.. kakcik makan sampai keluar air mata!

    BalasPadam
  4. Adik..

    Alhamdulillah, Allah masih beri kakcik kesempatan untuk segala-galanya.. mudah2an saja kakcik tidak mengambil kesempatan untuk berbuat yang tidak elok! :)

    (memang rasa macam dah tak ada harapan je semalam... huhuhu...)

    BalasPadam
  5. Salam kakciks..
    Aduhaiiii....
    Tup2 jek dgr sis sakit camni..!
    Hari ini jgn laa buat keje teruk sgt..
    Kakcik pun baru jek nak sembuh tuu...

    BalasPadam
  6. Salam Tinie...

    kalau kakcik masih boleh berblog ni.. kira masih ok la kan?? :)

    BalasPadam
  7. Salam kakcik, jaga kesihatan kakcik please, ramai yg mengambil berat dgn kakcik ni, ngape dh berapa hari tk makan ni? Diet biar dgn cara yg betul, kalau betul nak diet, bykkan mkn mknn berkhasiat yg masih boleh memberikan tenaga, kakcik google ler cari cara diet yang tidak memudaratkan

    jgn lupa ubat tu tau

    BalasPadam
  8. Salam Nanie..

    Terima kasih kerana ambil berat. Nama je kakcik tak makan nasi, tapi yang lain semua kakcik bantai.. :)

    Buat masa ni, kakcik berhenti dulu ambil ubat, kecuali inhaler. Dalam mulut kakcik dah pecah2...mungkin sebab kepanasan banyak sangat makan ubat (sampai 7 jenis!).

    BalasPadam
  9. Salam Kak Cik

    kenapa dr tu tak bagi mC??
    Pelik nya .....

    Jangan makan makanan sejuk sejuk, tau.

    pB pernah dengar orang tua tua kata , kalau lelah , minum air yang direndam hati unta. Mujarab atau tidak , tak pasti pulak pB.

    Selamat beristirehat.

    BalasPadam
  10. Salam Kak CIK... Azie dah selalu tanya soalan yang sama sejak tahu Kak Cik sakit.. mesti Kak Cik bosan..

    Dah makan ubat?

    BalasPadam
  11. Salam Kakcik. Kita memang disunatkan mengingati saat itu supaya setiap masa kita menginsafi siapa sebenarnya diri kita. Namun, kita juga dituntut supaya kuat semangat menghadapi sebarang musibah atau kepayahan itu. Maksudnya kena seimbang. Saya teringat satu hadis Nabi s.a.w yang kira-kira mafhumnya berbunyi, orang yang reda dan sabar menerima musibah atau penyakit akan gugur dosa-dosanya yang lampau dan ditokok pula dengan pahala tanpa batas daripada Allah azzawajalla. Wallaualam.

    BalasPadam
  12. pB..

    mungkin Dr tu tengok kakcik dah boleh bernafas dengan baik, jadi tak perlulah bercuti. Pelik juga dekat hospital tu, dalam sibuk kempen cegah H1N1 ni, petugas di situ (tak payahlah kakcik sebut jawatannya), selamba saja bersin berkali-kali tanpa menutup mulut. Penutup mulut (mask) pun tak pakai!

    Kat mana nak dapat hati unta tu, ya?

    BalasPadam
  13. Azie..

    bila orang bertanya, maknanya orang ambil berat, kan? Sehari dua ni kakcik tak makan ubat.. lidah dan mulut kakcik masih perit. Tapi, kakcik masih gunakan inhaler tu. :)

    BalasPadam
  14. Salam Babah,

    terima kasih untuk nasihat tu. Bila difikirkan semula, kalau kakcik tak kuatkan hati dan semangat, mungkin kakcik dah terjelepok semalam. Mudah2an Allah ampunkan dosa2 kakcik yang leka dan alpa ini.

    BalasPadam
  15. kakcik makan ler supplement, vitamin atau produk2 kesihatan lain, susu kambing (boleh ambik paket kalau tak suka yg asli) pn elok, ayah saya darah tinggi pn minum

    BalasPadam
  16. Itu hanyalah peringatan dari tuhan secara direct agar kita dapat berfikir bertapa tiap yg hidup pasti akan pergi..
    Tahniah kakcik dan suami kerana tabah dan kita semua masih diberi kesempatan utk bersama di-maya pada ini..
    ps/- Kenapalah Dr tu tak beri MC..?

    BalasPadam
  17. hrp kakcik dah semakin ok.. nnti jgn lupa mkn ubt ye.. kuat gak angah angkat kak

    BalasPadam
  18. Nanie..

    kakcik bukan tak nak makan supplement.. tapi, kakcik ada sedikit fikiran negatif ttg supplement2 ni.. nanti kakcik cerita kemudian :)

    BalasPadam
  19. LB..

    memang kakcik selalu mengingati bahawa setiap detik yang berlalu, kita semakin hampir 'ke sana'.. masalahnya, bilalah kakcik ni nak betul2 insaf! :(

    BalasPadam
  20. Dik Maiyah..

    angah tak angkat pun kakcik, kalau dia angkat - mahu patah pulak tulangnya.. hehehe..

    BalasPadam
  21. memang terasa...saya dah semakin hampir ke destinasi tersebut...

    BalasPadam
  22. kakcik ni...buat i nanges jer arini....siannyer... kakcik ada athma ker? Dulu I pun masa kecik2 ada athma, pastu arwah atok n nenek kandung gi Mekah n balik bwk hati unta yg dah dikeringkan ( kebetulan ada rezeki nak dpt benda tu).. hati unta tu my nenek bakar sampai jadi mcm arang, tumbuk2 n campur air mcm kopi O pahit, minum kasi habis, Alhamdulillah, sampai skrg i tak pernh kena athma lagi, minum air tu pun cuma sekali tu jer lar...

    cuba kakcik tanya2 mana2 org kat travel agent yg uruskan org2 wat umrah ker hji ker....tanya2 lah kot2 ada yg boleh carikan hati unta kat sana...byk2an berdoa yg kakcik..

    Dlm panik2 baca tu, tergelak jugak bila sudahnya ke meknoner akhirnya.... jgn lupa..junk fud jer tuh! Jaga kesihatan lebih penting...salam.

    BalasPadam
  23. Cikgu Humairi..

    ye.. setiap saat, kita semakin hampir...

    BalasPadam
  24. QJ..

    you ni jenis 'lembut hati' juga ya?

    Itulah, mana I nak cari hati unta ni? pB pun dah cadangkan, kawan I pun ada cadangkan dan sekarang you pulak cadangkan. You pun ada pengalaman makan hati unta tu... Kalau tidak dalam masa terdekat ni, insyaAllah, andainya Along jadi buat umrah bulan 3 nanti, I pesan suruh dia belikan kat sana...

    I bukan tak ingat pasal junk food tu.. tapi, dah mcm org mengidam pulak.. teringin sgt! :)

    BalasPadam
  25. Salam Kak Cik
    Termanggu teman mace apa yang kak cik tulih. Alhamdulillah, Kak Cik kembali seperti sedia kala. Memang benar, ketika kita sakit, kita mengingati kematian. Tetapi jangan lupa, yang sihatpun boleh mati tiba2.
    Semoga kita sentiasa diberi rahmah dan kebaikan oleh Allah.

    BalasPadam
  26. ooo..kakcik lelah ye. Jagalah makan, jangan minum ais. Suspenlah, mujur ada orang tolong bawakan ke hospital. Kakcik patut rehatlah....ambik je MC.

    BalasPadam
  27. kena rehat tu..paling takpun 2 weeks

    BalasPadam
  28. Salam KakCik, dah malam baru sempat membaca kesah KakCik. Kesiannya .. diharap KakCik beransur sembuh; boleh kita beronggeng bersama merayap rumah orang yg pandai masak tu.. ehem.

    BalasPadam
  29. kak..
    take extra care kak...
    moga sihat selalu :)

    BalasPadam
  30. arwah suami CM dulu pun athma..
    Inhaler wajib ada walau pun kemana dia pergi!
    Rehat dululah kakcik!

    BalasPadam
  31. inhaler itu boleh simpan dirumah tak? atau hanya di hospital??udara sejuk atau kesan habuk..kepada dada??

    BalasPadam
  32. Salam Kak Cik..
    Alhamdulillah berpeluang untuk mendengar celoteh Kak Cik lagi.... Akak jaga diri baik2, pastikan inhaler sentiasa ada di sisi. Kami rakan2 blogger sentiasa mendoakan kesejahteraan Kak Cik sekeluarga.

    p/s: betullah anak kedua selalu lambat sikit bergeraknya.. macam anak kedua saya juga, part ke sekolah selalu dialah yg paling lambat siap. (sempat lagi makan burger ye..:-) )

    BalasPadam
  33. Salam Yop...

    kebelakangan ini, teman selalu saja ingat yang langkah ini semakin hampir untuk berhenti.. tapi di sebalik itu, teman teramat sedih... bekalan bagaikan tiada dan masih tercari2... :(

    BalasPadam
  34. Fa..

    lelah yang kakcik hidapi ni dah lama sangat.. dah lebih 30 tahun. Bermula di saat kakcik hendak menduduki SPM.. :(

    BalasPadam
  35. Cikgu Jang..

    kalau boleh memang nak sangat berehat. Tapi, sebagai wanita, isteri dan ibu juga pekerja.. istilah rehat itu sukar hendak dihuraikan....

    BalasPadam
  36. Salam CS..

    huhuhu.. nak sangat merayap ke rumah orang yang pandai dan rajin masak tu... Biarlah gemuk pun, janji dapat makan masakannya yang sangat menyelerakan walau hanya nampak dalam gambar... Jom CS :)

    BalasPadam
  37. CM..

    betul.. inhaler itu memang wajib di bawa ke mana-mana. Di tepi bantal pun ada satu :)

    BalasPadam
  38. Zeq..

    bagi penghidap athma, inhaler tu barang wajib untuk dibawa ke mana2. Cuma nebulizer biasanya hanya terdapat di klinik atau hospital (kakcik tak pasti kalau ada orang punya nebulizer sendiri di rumah. Mungkin juga ada.. yang mudah alih)

    BalasPadam
  39. Nida..

    terima kasih, dik.

    Ramai juga yang menceritakan tentang anak kedua yang agak lambat dalam bertindak (dan kuat berangan juga!)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...