Klik klik

Ahad, Disember 13, 2009

Kemalangan.

Aku memang takut pada kemalangan.

Bukan setakat takut ditimpa kemalangan (na'uzubillahhiminzalik).
Aku juga takut berhadapan dengan kemalangan yang berlaku di hadapan mata - terutamanya kemalangan jalanraya. Suamiku sering 'memarahi'ku. Apa tidaknya.. setiap kali nampak atau mengetahui ada kemalangan, aku awal-awal lagi akan menutup mata. Aku ngeri! Berbanding dengan suami yang seboleh-bolehnya akan berhenti apabila terserempak dengan kemalangan - sama ada untuk memberi bantuan atau untuk menyibuk!

Pagi tadi, dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur - dari Jalan Loke Yew memasuki Jalan Maharajalela, betul-betul di jalan memasuki terowong (sebelah atasnya dahulu adalah Bulatan Edinburgh atau Bulatan Dewan Bahasa) berlaku satu kemalangan. Dari jauh, aku nampak beberapa buah motor, kereta dan beberapa orang berkerumun. Aku cakap pada suami, 'ada kemalangan' sambil cepat-cepat menutup mata dengan tangan. Adik ipar ku yang duduk di belakang dengan berani memandang ke arah kemalangan tersebut. Dua orang - lelaki dan wanita, telah terbaring di tepi jalan. Menurut adik iparku, mata lelaki tersebut terbeliak dan mulutnya pula ternganga.

Sambil meneruskan perjalanan, suami menyuruh aku mendail talian kecemasan. Kata suami, 'kalau korang semua tak ada, dah tentu saya berhenti'. Selalunya, kalau aku ada pun, dia akan berhenti juga.. tapi, sebenarnya kami ada urusan yang perlu disegerakan. Aku tahu sangat suamiku, seboleh mungkin dia akan berhenti. Tidak lama kemudian, suami mendapat panggilan semula dari pihak ambulans yang bertanyakan keadaan mangsa. Tak dapatlah hendak diberitahu keadaannya kerana kami tidak lagi berada di situ. Menurut kata pemanggil itu, ramai yang menelefon tapi sambil berlalu. Mereka perlukan orang yang berada di tempat kejadian bagi memudahkan mereka menyediakan peralatan yang perlu dibawa. Suamiku berkata padaku..'itulah.. lain kali, kalau ada kemalangan, jangan asyik takut..takut..., kalau kita berhenti tadi, senang kita nak beritahu keadaan mereka..' Dah.. aku pulak yang salah!

Kesimpulannya.. lain kali tahulah aku, kalau nak membantu dengan menelefon nombor kecemasan, kita perlu menunggu di situ...hehehe...aku akan tunggu dalam kereta la jawabnya seperti beberapa kali yang pernah berlaku sebelum ini!

Sewaktu melalui jalan berkenaan semasa balik, kami nampak sebuah motosikal, dua biji topi keledar, sepasang selipar wanita dan botol air terbiar di tepi jalan. Entah apalah nasib mangsa kemalangan tersebut. Entah apa pulalah punca terjadinya kemalangan itu..mungkinkah angkara peragut??

22 ulasan:

  1. Salam Kak Cik..

    Saya pula tak takut nak lihat kemalangan, tapi lepas tu mulalah tak tidur malamduk terbayang2 jer.... "Tulah sapa yang suruh tengok kemalangan tadi,lepas tu dah mula terbayang2".. kata suamiku kepada diriku

    BalasPadam
  2. salam kakcik, kakcik jenis mabuk darah ker?Kalau mabuk darah memang takley tgk sume2 tu.

    bagus suami kakcik mau berenti sebab nk tlg, bukan mcm sikap segelintir kita, mmperlahankan kenderaan sebab nk tgk jer, pastu buat jln sesak, jam berjam2

    BalasPadam
  3. saya juga macam nida, bila nak tido akan terbayang2 insiden itu, kadang2 sampai beberapa hari, tambah2 kalau mangsa meninggal. x tahu penyakit apa.

    BalasPadam
  4. jangan tengok...jangan ingat....buat dek aje.

    BalasPadam
  5. Salam Kakcik. Beberapa tahun lalu adik saya cuba menyelamatkan mangsa kemalangan di Jalan Loke Yew. Beliau membawa mangsa ke HKL. Risau akan terjadi apa-apa terhadap mangsa, adik saya membuat laporan polis. Apa yang berlaku selepas itu merupakan satu mimpi ngeri. Beliau diminta membayar denda RM300 atau memberi duit kopi. Adik saya mengadu perkara ini kepada BPR (sebelum bertukar menjadi SPRM)) dan Polis Bukit Aman. BPR membuat lakonan semula dan terbukti perkara itu benar. Pegawai polis yang hampir pencen itu disoal siasat dan kemungkinan akan dipecat. Bermula dari hari itu, adik saya terus-terusan diganggu dengan panggilan telefon daripada polis (?) yang bernada ugutan,lucah dan maki hamun supaya menarik balik tuduhan. Hampir sahaja adik saya menarik balik tuduhan itu. Tetapi pihak BPR menasihati supaya adik saya bertahan supaya usaha mereka selama ini tidak sia-sia. Polis Bukit Aman pula menasihati adik saya berpindah ke tempat lain dan menukar nombor telefon. Begitulah kadang-kadang niat kita untuk menolong tetapi berkesudahan dengan kesusahan... Wallahualam.

    BalasPadam
  6. Salam..
    Tak pernah tengok kemalangan yg serius. Pernah tengok yg jatuh atau luka kecil saja. Saya pun jenis takut tengok tapi kalau terpaksa tolong, insyaAllah tolong juga. Kita kena selawat banyak2 dan berdoa pd Allah semoga kita tak terganggu dan dilindungi Allah... InsyaAllah

    BalasPadam
  7. biasa kalo accident saya tgk gitu2 je kak...nak stop mmg x berani...
    nampak kucing/anjing mati kena langgar kat jalan pun saya dah seriau2 kak

    BalasPadam
  8. fa pun sangat2 fobia dgn accident ni. cumanya walau rasa ngeri tapi nak tengok jugak! sambil2 tengok tu, mulut tak renti2 cakap....Ya Allah, eee...MasyaAllah....(sambil2 tutup mata)

    few times dah bertembung dgn accident ni, satu malam tu balik dari KL, accident di Gambang, bomba tengah nak keluarkan pemandu. fa nampak pemandu tu dah tersepit kat celah2 stering kete!

    BalasPadam
  9. mmg fobia bab kemalangan ni heee

    BalasPadam
  10. Salam kakCikS..:)
    Berani hanya dari kejauhan...aduhai...
    Tp kalau nak tgk dekat tu...takut jugakkk..!!:)

    BalasPadam
  11. Salam Nida..
    kakcik memang penakut.. boleh terketar-ketar kepala lutut bila berhadapan dengan kemalangan!

    BalasPadam
  12. Nanie...

    kakcik bukan setakat mabuk darah, tapi kakcik ngeri bila tengok keadaan mangsa yang luka sana sini ataupun sudah tak bernyawa lagi!

    BalasPadam
  13. AL..

    tu namanya penyakit 'teringat-ingat' kot... :)

    Selamat kembali AL..

    BalasPadam
  14. Cikgu Jang..

    walaupun tak tengok, tapi teringat juga.. apalah nasib mangsa tu... :)

    BalasPadam
  15. Babah..

    kerana itulah kadang-kadang orang malas nak menolong.. lain pula ceritanya selepas itu :(

    BalasPadam
  16. Niza..

    walaupun takut, beberapa tahun lalu kakcik 'rela dalam takut' mengikuti suami membawa mangsa kemalangan ke hospital. Sambil memandang ke depan, kakcik berkali-kali mengingatkan lelaki itu supaya mengucap dan ingatkan Allah. Selepas selesai urusan di hospital, suami terpaksa membersihkan kereta berkali-kali dari kesan darah. Sehingga kereta itu dijual, kesan darah masih ada di tempat duduk belakang...

    BalasPadam
  17. Mimi..

    betul.. tengok haiwan 'tergelatak' di tengah jalan akibat dilanggar pun tak sampai hati rasanya :(

    BalasPadam
  18. Fa..

    itu kiranya berani la juga.. kakcik nak intai dari celah jari pun tak berani.. rasa macam-macam.. kesian, takut, ngeri...

    BalasPadam
  19. Maiyah..

    maiyah pernah mengalami sendiri kan? lagilah terasa fobianya...

    BalasPadam
  20. Tinie...

    kakcik dari jauh pun dah siap tutup mata..tutup muka.. keji sikap kakcik tu, kan? :(

    BalasPadam
  21. Salam Kak Cik..

    semoga dijauhkan dari kemalangan..aminnnnn
    (Sebenarnya taktau nak komen apa, sbb dah lewat...hehehe)

    BalasPadam
  22. Salam Azie..

    takkan dah tak ada ilham kot? Azie penat agaknya tu... Iya, semoga kita semua dijauhkan dari segala malapetaka.. Aminnn...

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...