Klik klik

Khamis, Disember 24, 2009

Hari ini - 24/12/2009

bangun seperti biasa. Lepas solat subuh, masak air. Duduk-duduk sekejap tengok tv. Semalam En. Suami kata nak pergi ke FRIM, tengok jalan (hehehe.. mcm tak pernah tengok jalan la pulak!). Tapi, biasalah.. kalau cuti2 ni, kan sedap peluk bantal? Sudahnya aku ke dapur semula. Masak nasi, masak ikan tenggiri goreng sambal, goreng telur.. senang punya kerja.

Sebenarnya hari ini ada temujanji dengan Dr. S di HPAI, Kg. Baru. Pukul 9.00pg kami tiga beranak keluar dari rumah (sikecik yang sepet tu mana nak tinggal kalau dah terjaga). Sampai ke hospital, rupanya Dr. S hanya ada sebelah petang. Hmmm.. macamanalah jururawat tu bagi temujanji dulu?

Sudahnya, aku dan suami buat keputusan untuk ke Shah Alam dulu (kalau ada nombor telefon pB, boleh juga buat temujanji!). Kami ke kilang roti Gardenia di Seksyen 23. Sebelum itu, singgah sarapan pagi di restoran sebelah De Palma Hotel. Lupa pulak nama restoran tu. Maisha ke apa ke.. ish.. nampak betul dah tua.. Sedap juga roti canainya. ABC dia pun sedap. Kami ke Gardenia kerana aku ingin membeli sejumlah roti Quick Bites untuk hari Sabtu nanti (aku malas nak masak dan malas nak bawa bekas yang banyak.. baik tak aku?). Terpaksa beli hari ini sebab esok cuti. sabtu nanti tak sempat pulak.

Selesai uusan di Gardenia, kami terus ke FRIM. Saja nak tengok tempat. Pergi sampai kat pintu gerbang saja. Lepas tu patah balik ke Kg. Baru. Sampai kat Kg Baru dah masuk Zuhur. Pukul 1.45ptg, aku masuk ke HPAI. Dr. S hanya tiba pukul 2.30ptg. Masuk jumpa dia. Dia tanya tentang sakitku. Setelah bercerita (?) begitu begini, Dr. S kata mungkin aku terpaksa diubat dengan 'pisau' juga. Aku kata, tunggu bajet tahun depan la. Tahun depan pun berapa hari saja lagi, kan?

Habis urusan, kami balik. Dalam perjalanan, singgah pula di Delcol untuk beli 2 kotak air mineral. Untuk hari Sabtu juga, InsyaAllah. Sampai kat rumah dah pukul 4.00ptg. Lepas habis taip catatan ni, nak solat Asar. Lepas tu nak bummmmmm kejap. Tapi... dak sepet dah 'tempah' mak dia ni untuk suapkan dia makan...

16 ulasan:

  1. kakcik,
    jelezzz nyer saya bila kakcik dapat join hari sabtu ni... kahar takda mulai hari ni sampai ahad... saya tak dapat nak pergi...
    nak menangis mcm ni... huhuhuhuhuhuhuhu........

    BalasPadam
  2. Salam kak cik..
    Dulu pernah juga kami tidur di De Palma Hotel tu.. tak tahu pula ada restoran yg best sebelah tu... rugi...rugi..

    BalasPadam
  3. salam kakcik syg
    amboi bz nya...kakcik nk g pd sbtu ni ke..atau dah lepas..ida ni sntiasa ingat kat kakcik,akak(rahmah)maiyah dll tp pc ni kerap sgt buat hal..geram..nak beli baru budjet tkde la pulak..anak2 nk sekolah bnyk nk pakai duit..selamat bercuti kakcik..

    BalasPadam
  4. Adik..

    bawakle kereta. Dr. pergi ke mana? Atau Adik nak kakcik ngan abgbob ambil kat BBB? Tak seronok la Adik tak ada...huhuhu....

    BalasPadam
  5. Salam Nida..

    restoran tu baru kut... tapi makanannya ok gak.. roti canai pun Melayu yang buat, bukan mamak :)

    BalasPadam
  6. Salam Ida...

    bercuti ni kalau boleh memang nak berehat je, tp keadaan tak begitu mengizinkan :(

    BalasPadam
  7. Salam. Life KakCik ni boleh tahan vewwy aktif ek? Terdaya juga dgn tidak keselesaan yg dihidapi tu. Salute 2 tangan ..

    BTW, roti Gardenia tu kenapa beli banyak2? Maaflah kalau terlepas ketapi tak ferasan.

    BalasPadam
  8. Salam CS..

    esok cadangnya kakcik nak ikut serta dalam perjumpaan blogger yang dianjurkan oleh Mazidul. Makanan dibawa secara pot luck. Sebab kakcik ni tak pandai masak dan ada penyakit M, jd dr tak bawak apa-apa, kakcik bawak roti dengan air mineral je. Lagipun kalau roti tak habis, masih boleh disimpan untuk 2@3 hari. :)

    BalasPadam
  9. salam kakcik, nampaknya takde rezeki nak jumpa kak cik, kak azie dan yg lain2 esok. En suami kena kerja pulak. Patut lah bila ajak gathering tu dia ckp tak boleh janji, rupanya dia dah tahu dia kena kerja, sediiiihhh.....

    BalasPadam
  10. Salam Nanie..

    aduhai.. tak bestnya.. AKAK pun tak dapat pergi.. Kalaulah kakcik boleh ambil Nanie sekali....

    BalasPadam
  11. salam kakcik, kak cik nak ke dtg ambik sy kt shah alam ni beserta 4 gerabak ni,

    kalau boleh, sy ok jer, hehehe..

    BalasPadam
  12. Nanie..

    rumah kakcik ke Shah Alam tu x la jauh mana..
    tapi takut tak muat la pulak kereta kecik kakcik ni.. :)

    Bagilah nombor utk di hubungi, kalau kakcik ke Shah Alam lg, boleh la kita berjumpa.

    BalasPadam
  13. Salam Zeq..

    Zeq tak nak jumpa dengan kakcik ke? :)

    BalasPadam
  14. salam kakcik, sy bg email dulu, kakcik email kt sy, nanti sy bg no fon, yek

    rosnanie2201@yahoo.com

    nanti balik dr gathering, cite byk2 ek

    BalasPadam
  15. Nanie sms je kat kakcik - 0122830569. Tadi kakcik cuba muat naik gambar pertemuan, lambat la pulak. :(

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...