Selepas solat subuh, bersiap seperti biasa - macam nak pergi kerja. Keluar rumah bersama En. Suami terus ke Medan Selera Hospital Kuala Lumpur. Makan nasi lemak (ehem Adik, kakcik makan sesekali je tau..) dan minum milo panas. En. Suami makan nasi lemak dan minum air barli panas.
Lepas makan minum, kami menuju ke Subang Jaya. Ke pusat servis Toyota. Selalunya En. Suami servis kereta di Jalan Kuari, Cheras saja. Kali ini dia ingin berjumpa dengan kawannya yang kerja dekat Subang jaya tu. Habis servis kereta, kami terus balik ke rumah. Nasib baik! sampai je kat rumah ada kawan menanti untuk meminjam bekas makanan bufet. Kepala aku sebenarnya dah nenong-nenong pening semasa dalam kereta lagi. Kawanku datang tak lama pun, selepas ambil apa yang dia nak, mereka suami isteri terus balik.
Dah jam 9.30pg, anak-anak kecuali Along belum bangun lagi. Along pergi mengajar budak mengaji Quran. Aku dan suami ambil kesempatan untuk tidur sementara menunggu anak2 bangun. Suami dah berjanji dengan anak-anak untuk membawa mereka mandi di Desa Water Park seagai ganti tak jadi pergi ke Port Dickson.
Jam 11.30pg kami keluar dari rumah menuju ke Desa Water Park. Aku dah tahu, makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam taman air tersebut. Bagaimanapun, aku masukkan juga dua botol air mineral dan satu bekas nasi goreng ke dalam beg sandang yang kubawa bersama tuala dan pakaian adik. Bukan main seronok adik, bangcik dan ayahnya main air. Aku cuma duduk di kerusi menjaga barang2! Jam 4.15ptg baru kami keluar dari sana.
Selepas solat Asar, aku ingat nak tidur sekejap. Walaupun aku tak mandi manda atau main air, dengan keadaan sekarang, aku merasa agak letih dan mual. Kalau dah duduk dengan jejaka idaman malaya ni, susah aku nak tidur.. ada saja rengeknya. Padahal bukak sekolah ni, dah masuk darjah 3 pun.
Lepas Maghrib, aku dan suami keluar berdua-duaan lagi. Tak tahu nak ke mana, akhirnya kami ke Kg. Baru. Makan bubur nasi bersama lauk pauknya. Selesai makan, pusing-pusing kat Bukit Bintang. Lepas tu balik ke rumah. Ingatkan lepas solat Isyak nak tidur, tapi hati meronta nak buat catatan kat sini. Lagi pun, tadi aku dan makan 7 jenis ubat yang dibekalkan oleh doktor. Jadinya, aku susah nak tidur. Rasa resah semacam je. Patutnya, dah makan ubat banyak-banyak tu, bolehlah terus lena. Yang jadi, sebaliknya pula.
byknya ubat akak..
BalasPadamapapun saya doakan akak sihat sentiasa
kakcik,
BalasPadamHmmm.. siap jalan-jalan ke desa waterpark lagi...
bila nak rehat ni???
Baca catatan kak cik jelas mcm kak cik seorang ibu yg kuat..harapnya begitu kak cik yea. Saya doakan kak cik sentiasa dibekalkan dgn kecekalan yg kuat olehNYA dan senantiasa bertenang...AMIN
BalasPadamSalam, seorang wanita bergelar ibu biasanya akan kuatkan diri demi anak2. Wpn tahu bdn tidak lah sekuat mana, tp gagahkan juga.
BalasPadamkakcik, makan ubat banyak kdg2 beri kesan mcm tu, rasa resah dan tak boleh tido, mungkin sebab tindakbalas dari ubat tu atau sebab badan kita tak tahu nak proses yg mana dulu, hehe( ni teori rosnanie jer, bukan teori doktor)
Mimi..
BalasPadamikutkan hati, memang tak larat dah nak telan ubat2 ni.. tapi dah TERpaksa.. :(
Terima kasih utk doa Mimi tu. Amin....
Adik...
BalasPadamtak tahulah kat mana rehatnya. Nak tidur pun mata tak mahu lelap. Pagi ni kakcik dah siap masak untuk brunch. Cuma masak nasi, tenggiri goreng sambal dan telur goreng bersama bawang. Malas masak sayur.. nanti tong sampah yang makan.
Kakcik makan oat dengan susu panas je macam Fa :)
Semalam kakcik ingat nak singgah kat Papparich di Bandar Seri Permaisuri, tapi memikirkan anak2 yang letih lepas mandi, terus ak jadi.
Annie...
BalasPadamterima kasih utk doa tu. Jadi ibu mmg kena kuat, tambah2 kakcik yang tak punya anak perempuan ni. :)
Nanie..
BalasPadambetul gak teori Nani tu.. usus pun keliru.. mana yang nak diproses dulu.. :)
Salam Kak Cik
BalasPadamlenkali mai ler servis toyota tu kat Shah ALam.
Leh kita date ..
Moga cepat sembuh nyer
Salam. Betullah cara Kakcik tu. Banyakkan aktiviti(tak termasuk banyakkan makan) supaya supaya darah dalam badan beredar dengan baik, di samping elak diri daripada melayan perasaan yang bukan-bukan. Membaca al-Qur'an juga satu kaedah yang mendamaikan...
BalasPadamSalam pB..
BalasPadamseksyen berapa Shah Alam tu? Kakcik pun ada adik duk kat Shah Alam. :)
Babah...
BalasPadamhari ini pun rasanya kakcik nak gi jalan2 (naik kereta) dengan En. Suami. Nak pergi FRIM tengok tempat perjumpaan tu nnt. Babah tak ikut serta ke? :)
Hmmm Kak Cik pi Bukit Bintang semalam? uishhh... ujan semalam petang, kalu idak bleh gak pi sergah...hehehe
BalasPadamSelamat berehat Kak Cik.. Simpan tenaga untuk bergelak berburak burak hari Sabtu nanti...hehehehe
Salam Kak Cik..
BalasPadamUntungnya anak2 Kak Cik dapat ibu macam Kak Cik ni, dalam tak sihat pun sanggup berkorban demi kebahagiaan anak2 dan suami..
Semoga Kak Cik cepat sembuh :)
Kena rehat banyak Kak Cik. Badan saya ni rasa kebas-kebas sebab kurang berehat selepas pembedahan tempohhari (kes degil). Saya mula mengurangkan aktiviti berat dan lasak
BalasPadamSalam Azie...
BalasPadamkakcik bukan pergi petang, tapi malam... saja tak de kerja cari kerja :)
Salam Nida,
BalasPadamrasanya kalau Nida di tempat kakcik, Nida juga akan lakukan perkara yang sama. Bagi seorang isteri dan ibu, rumah tangga adalah keutamaan kita. Betul tak? :)
Salam Zool..
BalasPadamkita ni mungkin sama saja. Selagi terdaya, semua nak dibuat. Sudahnya yang menanggung sakit, kitalah juga.. :)