Klik klik

Khamis, Disember 03, 2009

Duduk di wad

bukanlah sesuatu yang menggembirakan seperti duduk di hotel. Sebilik untuk 4 orang. Tak mahu duduk bilik seorang - takut!

Bila ramai, mesti banyak ragam. Aku tak ada pelawat pun.. Cuma Along atau suami datang menjenguk. Itupun sekejap. Iyalah.. masing2 sibuk. Aku tak sedih pun. Wanita di katil berhadapan katilku, disyaki ada tumor dalam kepala (atau otak?). Dia akan dirujukkan ke HKL atas alasan yang aku tak tahu.. nak bertanya, nanti dikatakan penyibuk pulak.. dia bercerita, aku dengarlah. Malam tadi, ramai saudara maranya datang melawat. Riuh rendah dengan anak buahnya (3 orang kanak2 perempuan) siap tidur baring atas katil kosong di sebelah katilku...aduh! sabar jelah. Setakat tidur baring tak apa lagi.. suara hiruk pikuk yang tak tahan tu... :( Jururawat pun tak boleh buat apa-apa... (kalau hospital kerajaan, mahu dah kena tengking agaknya..)

Dua orang pesakit lagi (nenek-nenek) dah discaj. Malam ini, aku mungkin tinggal seorang. Tapi tak apalah, bilikku di hadapan kaunter jururawat.

Hari pertama buat fisio, aku tak merasa pun regangan yang dilakukan, mungkin disebabkan sakit yang kualami mengatasi rasa regangan yang dibuat. Hari kedua (semalam) barulah ada rasa pinggang ke bawah ditarik-tarik.

Doakanlah, mudah2an selepas ini sakit kakiku tidak lagi menjadi satu masalah yang membataskan pergerakan dan aktiviti seharianku. InsyaAllah.

39 ulasan:

  1. kakcik,
    Doa dari kami sekeluarga semuga kakcik akak cepat sembuh... kakcik memang kena banyak rihat dan physio..Inilah salah satu cara nak baik. MC kena lama sikit...
    (Kalau kami datang ziarah, tak apa ker?...)

    BalasPadam
  2. Salam kakcik. Sabarlah..... duduk kat wadlah saat menyayat hati bila tiada orang ziarah kita.Tapi rakan-rakan maya akan sentiasa ziarah.

    BalasPadam
  3. betul tu kakcik...sabar no...
    masa I duduk ward dulu pun...rasa sedihhh sgt, hubby sibuk urus anak2 sekolah, bila mlm baru riuh, sumer bermalam dlm ward...
    bak kata abu muaz, kami sentiasa dekat di maya..
    dgr nasihat doktor ya...

    BalasPadam
  4. Salam My dear kakCikS..!!:)
    Aduhaii sis..
    Moga akak cepat sembuh..
    Miss U..

    BalasPadam
  5. Salam Kak Cik..

    Saya doakan semoga akak cepat sembuh dan boleh mjalani khidupan seperti biasa semula... aminnn.

    BalasPadam
  6. sabor kak cik. kawan2 MAYA ramai..
    cuma berbeza lokasi..
    mereka di luar entahkan tidur di atas tikar mengkuang (mcm saya)..walaupun sikit sihat...

    BalasPadam
  7. insyaAllah kakcik tak lama lagi boleh balik ke rumah. Bertahan dulu ye.....

    BalasPadam
  8. Kak cik ...semoga cepat sembuh, besabar dan bertahan laa duduk di wad...kak cik strong woman...yess...

    BalasPadam
  9. Sabar Kak Cik... moga tabah dengan ujian ini. Yang diuji itu yang disayangi Nya, kan?

    Get well soon..

    BalasPadam
  10. Kak Cik...
    Semoga cepat sembuh dn kembali berblog yer....

    BalasPadam
  11. Salam kakciks
    baru sempat jenguk sini..byk hal yg mendatang..harap kakciks sabar dgn ujian ni dan akan beransur pulih dari sakit tu ye..x pe la duk ward demi nak pulih kesihatan kaki tu kan..cuma harap ada la n3 pendek2 pun x pe..perkembangan sakit kakciks dpt tau gak ni..doa N semoga kakciks akan bersabar dan sembuh seperti sediakala..
    Sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa...

    BalasPadam
  12. semga kak cik cepat dapat balik rumah...

    BalasPadam
  13. kakcik, salam kenal..salam ziarah

    BalasPadam
  14. Salam KakCik.. Semoga cepat sembuh.

    p/s: katil sebelah tu kosong ke? Jangan toleh ketepi ya? hehe..

    BalasPadam
  15. Kadang-kadang ada orang tak tahu adab melawat orang sakit. Masa saya sakit ramai pelawat hadir melawat saya, cuma ada pelawat yang melawat saya hampir 2 jam! Saya perlu berehat. Mungkin mereka tak faham kot.

    Saya doakan Kakcik segera sembuh dan boleh masak yang sedap-sedap buat keluarga tersayang.

    BalasPadam
  16. salam kak cik, banyakkan rehat ye, fizikal dan minda

    BalasPadam
  17. salam kakcik seroja... semoga dipermudahkan allah segala urusan... mohon doa kepada Allah banyak2

    BalasPadam
  18. Salam Kakcik. Semoga cepat sembuh. Kirimkam salam saya "assalamualaikum" kepada jiran-jiran katil Kakcik. Kirim salam juga buat Along.

    BalasPadam
  19. Bersabarlah kakcik..
    InsyaAllah ..kesihatan kembali spt biasa..
    Nak kena suruh Along bawakan L/Top tu selalu kehospital..kurang lah tension nya tu nanti..

    BalasPadam
  20. Adik..

    kakcik dah discaj slps buat fisio ptg td.. tp, sakitnya masih sama! :(

    BalasPadam
  21. Abu Muaz..

    terimakasih. Kakcik sentiasa rindu pada blog ini kerana kawan2 maya kakcik sentiasa ada utk menemani kakcik di sini. :)

    BalasPadam
  22. QJ...

    bersendirian di wad mmg menyedihkan. Tp, disebabkn wad dah macam rumah kedua kakcik, dah jadi lali pulak!

    BalasPadam
  23. Tini dear..

    trmksh utk doa. Kalau x baik juga, pilihan terakhir mungkin kena dibedah juga..:(

    BalasPadam
  24. Zeq..

    x sakit ke badan kena duri mengkuang tu??? ;-0

    BalasPadam
  25. Fa..

    kakcik dah balik ni... tapi masih sakit... apa2pun, hidup kena diteruskan :)

    BalasPadam
  26. Ros, Maiyah, endiem, Echam, Azie..

    terimakasih :)

    BalasPadam
  27. N..

    terimakasih.. mudah2an dosa2 kecik kakcik dimapunkanNya..insyaAllah

    BalasPadam
  28. Mak Su ..

    salam kenal dan terimakasih :)

    BalasPadam
  29. CS..

    malam tadi kakcik tinggal sorang.. 3 katil kosong...kakcik pasang lampu terang benderang tau! :)

    BalasPadam
  30. Salam Zool..

    masa kat wad, kakcik mmg teringat pada Zool. Teringat cerita Zool masa di wad.. Iyalah, kadang2 niat baik menjadi sebaliknya kalau kita x tahu adab kan?

    BalasPadam
  31. Babah..

    kakcik dah balik.. x sempat nak sampaikan salam Babah! :)

    BalasPadam
  32. LB..

    kakcik bawa kitab dan novel.. x lah tension sgt..:)

    BalasPadam
  33. Salam kak Chik, semoga Allah beri kekuatan untukmu sekeluarga.
    kalau kat hospital kerajaan memang dah kena marah dengan guard sebab wat bising. Ia boleh mengganggu ketenteraman pesakit lain. Saya pernah tinggal satu bilik 2 orang tapi pesakit sebelah asyik buka radionya,lagu ritual anutannya sehingga jururawat yang masuk check saya pukul 2 pagi pun meremang jadinya. saya memang tak dapat tidur malam tu dan syukurlah esoknya rayuan saya diterima untuk wad lain.

    BalasPadam
  34. Ummu..

    kes kakcik lain pulak.. Kat HPAI, siaran TVnya dikawal. Cuma siaran2 yang 'Islamik' yang di pasang. Setiap masuk waktu solat, pengumuman dan azan disiarkan. Pesakit di hadapan katil kakcik dengar lagu melalui hp.. dah tu bukan main kuat dipasangnya! Terganggu juga dibuatnya...

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...