Bulan ni (bulan-bulan lepas pun Along tolong juga) Along dah tolong bayar bil lebih RM400. Bil-bil Tenaga Nasional, TM, Syabas dan duit van adik. Alhamdulillah, bila Along dah ada pendapatan sendiri ni, bolehlah dia bantu mak dan ayahnya. Itupun, tiap-tiap bulan Along kena bayar ansuran Myvinya sebanyak RM422.00.
Bilalah Along boleh kumpul duit ya? Along ni kalau bab makan, memang tak berkira. Sebab, dia pun suka makan!
Along teringin sangat nak menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Mudah2an impian Along akan dipermudahkan oleh Allah Subhanahu wa Taala. Dapat mengerjakan umrah dulu pun, Alhamdulillah. Aku pesan kat Along, buatlah kerja dengan ikhlas. Manalah tahu, ada yang bermurah hati nak menaja Along mengerjakan Umrah. Rezeki Allah, bukan boleh kita jangka kan?
kakcik,
BalasPadamAlhamdulillah kerana Allah mengurniakan kepada kita anak-anak yang sentiasa kasih dan ingat pada ibu bapa,
Semoga along sentiasa dirahmati Allah, dan semuga cita-cita along hendak ketanah suci akan terlaksana jua sehari nanti.. amin~~~
Mamamin,
BalasPadamAlhamdulillah.. pastinya sebagai ibu, kita akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak.. betul tak? :)
Tak sabar nak tunggu anak2 saya besar. Mesti seronok ada anak2 besar ni.
BalasPadamKredit untuk Along...
Alhamdulillah...
BalasPadammacam inilah datangnya ayat sejuk perut ibu mengandungkannya.
(masa mengandung dulu panas perut ker?...)
Bertuah sungguh kakcik mendapat anak macam Along. Dengan berbagai masalah anak2 muda sekarang, Along dah menjadi seorang yang berakhlak tinggi dan membantu kakcik dan suami lagi... Nak jelezzz pulak rasanya saya..
Echam..
BalasPadammasa membesarkan anak memang masa yang mencabar. Tapi, sedar tak sedar anak yang kita kendong rupanya dah lebih besar dari kita sendiri! :)
Adik..
BalasPadammcm selalu kakcik kata, Along masih muda.. cabaran banyak menanti. Apa2pun kakcik tetap berdoa agar imannya ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa...
Tahniah kakcik.Moga along menemui gadis yang menyenangkan hati kedua ibu N bapanya.Nak besarkan mereka hingga tahap ini sebenarnya bukan suatu yang mudah. Banyak perkara manis dan pahit kita laluinya.
BalasPadamBetul Abu Muaz.. sakit mereka sakitlah kita.. malangnya ada anak2 yang bila dah besar melupakan kita.. Kita juga hendaknya bila anak dah ada kehidupan sendiri, jgnlah pula mengada2 utk meminta lebih perhatian dari mereka.. kerana mereka juga ada t/jwb utk dilaksana...
BalasPadamBahagia ibu ayah...
BalasPadamLB.. Amin.. mudah2an begitulah...
BalasPadamTak semestinya anak lulusan menara gading akan membahagiakan kita, dan tak pula harus dihukum anak yang tiada kelulusan dan bekerja di ladang sebagai anak yang tiada gunanya.
beruntung kakcik, moga anak sy satu hari nanti mcm anak kak gak.. Amin
BalasPadamSalam kakchik,terharu saya dengan pengorbanan Along dan entry dari hati seorang ibu... kerana saya juga anak sulong.Semoga Allah beri kelapangan rezki pada Along.Berbakti pada ibubapa insyaAllah, Allah akan beri kelapangan dan kebahagiaan walaupun pada zahirnya seseorang itu tak berupaya.sesungguhnya janji Allah itu maha benar.
BalasPadamanak2 saya ada juga yang ulur tiap2 bulan, tapi samua masuk ke dalam akaun anak pak mertua saya!
BalasPadamDik Maiyah..
BalasPadamsemoga anak2 Maiyah akan menjadi anak2 yang soleh dan mengerti betapa besarnya pengorbanan ibu mereka terhadap diri mereka. InsyaAllah.
Salam Mrs Insanfakir..
BalasPadamApa lagi yang dapat diberikan oleh seorang ibu buat anak2nya selain dari doa-doa baik yang berterusan. Nak tinggalkan harta, harta pun tiada. Ilmu pun terpaksa diserahkan kepada orang lain untuk anak2 menimbanya.. mudah2an doa tulus seorang ibu menjadikan perjalanan anak2 di dunia dan di akhirat diberkati Yang Maha Esa.
AL.. ok la tu... anak pak mertua AL tu, ibu pada anak2 AL kan? :)
BalasPadamsalam kak cik dan kawan2 maya.
BalasPadamAlhamdulillah, kakcik, semoga along murah rezeki, Insya Allah berkat rezeki sebab ikhlas tolong ibu dan ayah, doakan anak2 saya nanti pun begitu
Salam Ros..
BalasPadamInsyaAllah, berkat doa Ros dan suami, anak2 akan sentiasa mengingati, menghormati dan menghargai Ros dan suami. :)
Alhamdulillah..sejuk ati nora bila baca..mudah2an anak2 nora dh besar nnt ada yg ikut jejak mcm along..kirim salam nora kt along kakcik yer..InsyaAllah dipermudahkn dn diberi rezeki utk along ke Tanah Suci..
BalasPadamNora..
BalasPadamkalau ada rezeki dan diizinkan Allah, InsyaAllah, bulan 3 tahun depan, Along akan berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Ada yang sudi menaja dengan bayaran untuk urusan paspot/visa dsbgnya sebanyak RM1k sahaja. Mudah2an impian itu akan jadi kenyataan.