Klik klik

Selasa, November 03, 2009

Sakit kaki


Pagi ini datang ke pejabat dengan mata yang bengkak. Sakit belakang (bahagian bawah pinggang) hingga hujung kaki kanan menjadi-jadi. Berdenyut-denyut. Nak bangun pun bertatih. Gagahkan juga diri ini untuk menyediakan hidangan yang ringkas. Teh O panas, masak nasi, tumis sardin dan rebus telur (permintaan bangcik).

En. Suami bising suruh mandi dengan air panas. Ikutkan saja. Tak panas mana pun. Ikutkan hati, lepas solat subuh, nak saja baring semula. Tapi... cuti dah tinggal edisi terhad. Nak jumpa doktor malas.. sakitnya macam tu juga.. :(

20 ulasan:

  1. kakcik,
    belakang kakcik ni kena rehat lah...
    (jangan selagi rasa boleh buat, kakcik buat juga...)[kan dah dengar bebel pagi-pagi]...
    Ini sakit-sakit macam2 buat sarapan...
    Nak kena rotan kakcik ni....
    apapun, jangan berlasak sangat kat opis tuuu!!!
    banyakkan duduk dan kalau dapat baring rehatkan belakang....

    BalasPadam
  2. Adik..

    kakcik ni kerja bancuh air.. kena buat sambil berdiri tau! :)

    BalasPadam
  3. kakcik,
    bancuh air sambil duduk pun manis jugak airnya...
    dah lama kakcik sakit belakang macam tu..kakciklah wanita pertama kat rumah, kena delegate kerja2 kat rumah tu, sakit nanti sowang-sowang[sorang-sorang-pelat aisyah].

    BalasPadam
  4. salam kakcik..

    cemana sampai jd cmtu plk..duk kt ofis tu pakai selipar atau sandal jer..toksah bergerak byk sgt..

    BalasPadam
  5. Kak Cik kena banyak rehat dah tu. Jangan dipaksa diri tu kak cik kalau tak larat. Nanti makin teruk plak.

    BalasPadam
  6. Adik..

    mungkin kakcik kena banyak baring kut.. sebab bila kakcik duduk..nak bangun punyalah sakit. Selalu, lepas maghrib kakcik ambil peluang untuk tidur dulu sebelum bangun semula kemudian untuk Isyak dan bereskan kain baju yang belum berelipat atau bergosok...

    BalasPadam
  7. Nora sayang...

    kat ofis ni kakcik memang pakai sandal je... zaman kasut bertumit dah berlalu. Mungkin juga kakcik kena kurangkan berat badan. Tapi, nak kata makan banyak sangat tak la pulak.. nak exercise.. hmm.. faham2 je la... Nora, Wan & anak2 semua, sihat?

    BalasPadam
  8. Echam..

    kdg2 terfikr juga nak duduk di wad seminggu dua.. tapi, kalau setakat tidur baring dan sakit ini macam ni juga.. tak ada maknanya kan? :(

    BalasPadam
  9. Salam dear Kakciks..
    Aduhai kakciks..kalau dh tk thn tu better sis cuti..erm..runsing lakk dgrnya..
    Tido tak nak berair-cond...mandi taknaklah air sejuk2...kasut tak nak high heel..tapak rata jekk...ermm...byk lakk pesanan penajanya..:)

    Kak dah jumpa doktor?

    Pe2 sis take care..

    BalasPadam
  10. Tini Dear..

    Kakcik ni bukan setakat jumpa doktor, dah masuk wad, dah buat mcm2 scan.. tapi, doktor kata tak ada apa2... itu yang musykil tu... High heel dah melepasi zaman w/pun kdg2 teringin :)

    BalasPadam
  11. salam kak chik


    tak gie mengurut ker?

    BalasPadam
  12. Salam pB..

    kakcik rasa takut pun ada nak berurut. Dah pernah berurut, tapi macam tu juga. Lagi sakit kesan kena urut tu.. :( (nak cuba perubatan tradisional, En. Suami tak setuju..)

    BalasPadam
  13. kakcik..

    kita ni,
    bila umu dah meningkat, segala macam kessakitan akan singgah
    mama harap kakcik banyak berehat,
    riadhah ringan2...

    salam..

    BalasPadam
  14. Mamamin.. memang betul.. di usia emas ni, penyakit memang suka sangat nak siggah. Kakcik memang tabik pada mereka yang dah berusia tapi masih sihat dan gagah.. Sakit ini juga adalah ujian dariNya...

    BalasPadam
  15. Kak cik..
    Ubat skit pinggang ke..kaki ke..tu senang je..
    boleh hilang dgn segera ..garenti punya!!!
    Kalau en-Suami tu berbisik : "Bersiap sekarang kita pergi melancong!!"
    Hee..amacam betoi dak?

    BalasPadam
  16. LB.. tak juga. Pergi melancong pun tak ada maknanya dengan sakit begini. Masa pergi Kuching tu.. memang kakcik banyak tidur. Nasib baik lah budak dua beradik tu dah pernah pergi sebelum ini. Tak adalah mereka bising 'baik duduk kat rumah'.. Kakcik tidur, diaorang main PS2..

    BalasPadam
  17. kalau dah malas jumpa doktor, jangan komplen !

    BalasPadam
  18. AL.. nak komplen jugak.. sebab dah jumpa doktor berkali-kali.. tapi doktor kata tak ada apa2.. tapi, dia bagi juga 'dadah'... :(

    BalasPadam
  19. salam kakcik.. saya sarankan kakcik ambil supplement mcm kalsium dan vit B kompleks selain dari brsenam. Atau kalau kakcik ada lebih skit2, bole try susu kambing keluaran HR Marketing, susu ni pure tapi tak hamis. Ayah dan mak dah 70+ dan mula minum sebelum puasa hari tu, alhamdulillah, kesihatan mereka makin improved

    BalasPadam
  20. Salam Ros...

    nanti kalau ada rezeki lebih, InsyaAllah kakcik cuba. Terimakasih atas saranan tu.

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...