Klik klik
Jumaat, November 06, 2009
Stokin
Pagi tadi menitis lagi airmataku dek sakit yang mencucuk-cucuk di kaki. Bila pijak lantai, bagaikan ada duri-duri halus yang mencucuk kedua-dua belah tapak kakiku. Dengan segera aku menyarung selipar yang biasa kupakai di rumah. Aduh.. bilalah sakit ini nak hilang? En. Suami bertanya samada aku mahu ke hospital. Aku cuma mendiamkan diri. Tak tahu apa yang nak kuperkatakan.
Selepas siap memasak nasi goreng dan telur goreng untuk anak-anak, aku mandi. Lepas solat dan bersiap, aku turun ke bawah. Kulihat ada sepasang stokin baru di sebelah TV. Aku ambil keputusan untuk menyarungkan stokin tersebut ke kakiku. Biarlah apa pandangan orang. Yang penting aku boleh mengurangkan rasa sakit di kakiku ini. Sampai saat ini, stokin lelaki bewarna hitam itu masih tersarung di kakiku.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KakCik ada masalah sakit kaki yang camne??? Kat tumit ke apa??
BalasPadamNanti kak cik email kat saya email kak cik. Ni email saya hanisham79@gmail.com
BalasPadamJgn ambil ringan masalah tu nanti merebak ke tempat lain atau bertambah berat..susah nanti jadinya..
BalasPadamEcham..
BalasPadamsakitnya mencucuk2.. kdg2 rasa macam bisa.. :)
emel kakcik : emzekjay@hotmail.com
LB..
BalasPadambukan tak ambil berat.. tp, tak tahu nak buat apa dah. Hari ini, ada kawan syorkan makan maajun..sbb kata mereka, mereka juga menghadapi masalah yang lbhkrg sama dan dah berkurang sakit sejak makan maajun tu. Kakcik dah beli dan akan cuba amalkan. Mudah2an berkurangan sakit ni.. Badan kakcik pun dah bertambah berat ni.. :(
Ops! Echam.. kakcik juga ada YM.. kakcikseroja@yahoo.com.sg
BalasPadamkakcik,
BalasPadamlama dah kakcik mengalami sakit belakang ni, kena usahakan sesuatu biar sakit itu reda...kalau makan ubat, berhati2.. ada ubat mengandungi steroid, sakit tak terasa lagi tapi tulang rosak. Selera makan juga akan bertambah....
Adik..
BalasPadamsebab itulah juga, kakcik takut nak ambil ubat2 yang 'tak diketahui asal usulnya'. Tapi, bila dah tak tertahan sakit ni.. kakcik pasrah je ttg ubat tu. Ada yang mencadangkan rawatan lintah.. ampunnnnnnn.. mmg kakcik tak sanggup, boleh pengsan kakcik! geliiiiiii.....
Jangan tunggu, pergi klinik cepat. Teringatkan kes saya, kalau lambat pergi hospital tak tahulah saya apa yang akan terjadi
BalasPadamZool..
BalasPadamsebenarnya bukan setakat klinik, dah jumpa dr pakar pun.. dah masuk wad pun... tapiiiiii.. depa kata 'x dak apa-apa'.. abih camno???
Salam Kak Cik
BalasPadamcuba kak cik baca blog zareda
www.ibuika.blogspot.com
kakcik, kalau jumpa doktor pakar, tak tau apa masalahnya, kakcik tak cuba cara alternatif? Jumpa Dr Harun Din ke...jgn dibiarkan melarat. Bahaya nanti.
BalasPadambab penmyakit ni, jgn pandang ringan kak oiii..nanti melarat....sian kat ce abang tu...hehehe
BalasPadamkagum ngan kakcik, sakit2 pn sempat siapkan makanan. Saya tak mampu nak buat tu. Hari2 cuma sempat masak untuk makan malam je. Insya Allah kakcik, Allah akan beri balasan yang setimpal.
BalasPadamBTW, sakit tu jgn diabaikan, buat lah sesuatu, jgn biarkan melarat
Salam kak ciks
BalasPadamdulu saya pun ada penah rasa mcm tu..dalam tahun lepas..saya byak kan minum air bertapis..saya minum air Dr Sukida..sampai skrg minum air tu jer..x minum air lain kecuali kat luar atau umah org la kan..tapi balik umah cepat2 bilas..atau air aura life..boleh buat rendam kaki jgak..boleh bg elok blood circulation kita pun..skrg alhamdulillah dah x de sakit2 kaki cucuk2 tu dan dulu saya batuk2 x berenti2..skrg dah ok..lepas minum dalam 6 bulan jer alhamdulillah..kena usaha la kan..harap kakciks ok la yer..pakai stokin ek..
akak kena gi spital nanti melarat
BalasPadamKekadang sakit jasmanu itu adalah peringatan kepada rohani agar selalu ingatkan Tuhan.
BalasPadampB...
BalasPadamterimakasih dik.. nanti kakcik kunjungi blog tu :)
Fa..
BalasPadamkakcik sedang menanti persetujuan En. Suami untuk mencari rawatan alternatif tu.. x tahu la bila. Susah2, kakcik pergi sendiri je...
Cikgu Jang...
BalasPadamjangan2 cik abe koi tu lg suka kalau koi dah x de ... ;)
Ros..
BalasPadamselalunya kakcik masak dua kali sehari.. subuh dan senja. Kesian kat budak dua beradik tu.. diaorang tak pandai nak keluar cari makan kat kedai. :)
Mungkin minggu depan kakcik akan masuk wad semula sblm keluar ke Utara..
NJ...
BalasPadambukan x mo minum air bio aura tu.. tapi, mahal sangat dispensernya!
Maiyah.. InsyaAllah.. nanti kakcik pergi ye dik :)
BalasPadamIM.. betul tu. Mungkin juga utk beri kakcik rasa mcmn sakit yg pernah dirasai oleh orang lain.
BalasPadamCuba amal minum kopi Radix dan teh misai kuching keluaran HPA setiap hari...dan doa kpd Allah utk kesejahteraan dan kesihatan...
BalasPadamSurajagat.. insyaAllah, nanti kakcik cuba.. Along pun dah jadi ahli HPA :)
BalasPadam